Luruskan saf-saf kamu!!

September 4th, 2008 by ainohikari

Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatu permasalahan yang kian terabai.

Ramai dari kalangan masyarakat hari ini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di masjid-masjid dan surau-surau sekeliling kita.

Saf-saf solat mereka kelihatan renggang, tidak sekata. Lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri tidak ambil peduli berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis Rasulullah SAW dan athar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.

Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: luruskan saf-saf kamu, sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat. (riwayat al-Bukhari, Kitab: Azan, Bab: Iqamah al-solah min tamam al-solah, no:723, Muslim, Kitab: al-solah, bab: taswiyah al-sufuf wa iqamatiha… no:973).

Hadis yang lain daripada Anas bin Malik: adalah Rasulullah SAW memalingkan wajah baginda ke arah kami (menoleh ke arah kami) sebelum baginda bertakbir seraya berkata: luruskan dan betulkan saf kalian. (al-Bukhari, Kitab:Azan, Bab: Taswiyah al-sufuf…,no:718, Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-sufuf…, no:975).

Dalam hadis yang lain, daripada al-Nu’man bin Bashir telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.” (Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-Sufuf…, no:978, Abu Daud, Kitab: al-Solah, bab: Taswiyah al-Sufuf, No: 663, al-Tarmidzi, Kitab: al-Solah, Bab: Ma ja fi iqamati al-Saf, no: 227.)

Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan”. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm: 443)

Pendapat ini juga dipersetujui oleh Imam al-Nawawi. Beliau berkata, “Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika bersaf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati”.

Sementara Qadi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan, “Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)”. Hal itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (iktidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah keldai.

Imam al-Kirmani menyimpulkan, “Akibat dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya”.

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajipan.

Juga lafaz ‘amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jemaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khattab r.a. pernah memukul Abu Uthman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm:447).

Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, “Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?” Dia menjawab, “Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian”. (al-Bukhari, no: 724)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas bahawa kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf dalam solat. Solat yang ditunaikan tanpa meneliti kepada kelurusan saf serta tautannya dengan saf-saf yang lain akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

Yang paling malang ialah Allah SWT memalingkan wajahnya daripada golongan yang tidak mempedulikan kesempurnaan saf. Sedangkan solat itu ditunaikan untuk menghadap Allah SWT, komunikasi seorang hamba kepada penciptanya secara langsung, tapi malangnya Allah memalingkan Rahmat dan Kasih sayang-Nya.

Sekiranya saf yang dibentuk terputus dari imam tanpa sebarang punca atau alasan syarie, maka solat jemaahnya tidak sah. Lebih-lebih lagi masih ada ruang yang diisi di dalam dewan solat atau yang boleh menggabungkan antara saf-saf dalam masjid atau surau.

Wallhua`lam

Remaja perlukan bekalan akhirat

August 10th, 2008 by ainohikari

PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60
tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga
20-an.


Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak
diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma
pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi
ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut
akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada
dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim
berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya.


Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman
bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di
studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan
bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang
melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada
dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada
program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari
akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan
sebagainya.


Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda
inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah
tua barulah bertaubat.

Media kini sudah melampau

Justeru, konsep taubat dalam
konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah
berkaki tiga (bertongkat), yang bongkok, yang terlantar di hospital.


Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat
golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi
jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai
ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang
dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan
agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti
perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah
disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah
SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan
bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita
pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau
pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah
negara yang mengamalkan Islam.


Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang
membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang
macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam
Pluralismekah?


Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini
menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada
semua bohong belaka.


Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak
bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang
melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan
dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.


Konsep hiburan yang mengelirukan

Pokoknya di sini, jika
pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama
khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi
konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan
ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari
akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu
menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera
segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi
selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the
Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti ‘Akademi Nasyid’. Banyak
pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang
bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa
lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid
ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya�, berkorban untuk agama,
mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan,
penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim
dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.


Peserta perempuannya pula ‘bertabarruj’ atau bersolek sama seperti
artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program
itu adalah untuk mengimbangi ‘Akademi Fantasia’ yang sudah masuk musim
keenam ‘jahanam’, atau ada perkara yang tersirat.

Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting
setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah
golongan remaja adalah sasaran tepatnya.


Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin
akan jadi ‘back fire’ kepada penganjur dan institusi agama dalam negara
di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan
‘mati’.

Remaja perlu mengingatkan diri

 

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan
sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa,
apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita
bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana
manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk
dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak
tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan
mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian
akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda
dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum)
dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri
kejahatan."

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman
baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja.
Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain
perkataan tidak mahu ‘enjoy’ pada usia demikian.


Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang
membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan
syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan
bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah
contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara
hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.


Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA
dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut
pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan
akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu,
sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang
bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda
Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah
yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para
pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada
kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah
al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa
kisah ‘Ashaabul Kahfi’ dan ‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di
antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi
ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat
dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada
Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji
siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya,
tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan
benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian),
semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami
ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak
sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami
menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu
Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

Begitu juga
dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga
sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai
supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan
izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang
sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang
pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama
hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat
memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan
dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan
kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk
nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar,
nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:


1-
Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua
atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi
kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga
berlakunya hari Kiamat.

Dua Tabiat bawa Wanita ke Neraka

April 2nd, 2008 by ainohikari

Assalamu’alaikum wbt

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang
tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena
sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan
oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di
atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama
hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.

Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.
Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri
baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu
senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Isu Undi, PIlihanraya & Wakil Rakyat : Pandangan Ringkas

February 19th, 2008 by ainohikari

Oleh :  Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


PRU Malaysia

Pilihanraya  adalah suatu
proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan
seseorang calon dipilih mengetuai sesebuah kawasan-kawasan tertentu
atau organisasi-organisasi tertentu, dengannya juga dipilih pimpinan
sesebuah negara.

Adakah proses ini terdapat di
zaman Nabi s.a.w ? Yang nyata, bentuk yang ada hari ini sememangnya
tiada terdapat di waktu pemerintahan Baginda Rasululallah s.a.w.

Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai haram, Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.

Ia berbeza dengan hal ehwal
ibadat yang tidak perlu dikaji hikmah tersirat bagi sesuatu pergerakan
ibadah. Undi dan pilihanraya adalah tergolong dalam bab muamalat (
urusan hubungan manusia dengan manusia ) yang diberikan kelonggaran di
dalam Islam yang mana  penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan
objektif yang ingin dicapai.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau “Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah” pernah menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir semata-mata. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir ).

Pilihanraya

Lalu dalam hal ini, maksud
pilihanraya dan undi yang utama adalah proses melantik pimpinan yang
diyakini rakyat, dipercayai dan disenangi rakyat untuk diberi tugasan
dan amanah pentadbiran kawasan dan negara.

Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas membolehkannya kerana ia hanyalah bentuk-bentuk dan alat bagi mencapai Maqasid as-Shariah, iaitu Negara yang mempunyai pemimpin, bukankah mempunyai pemimpin itu satu kewajiban.

Manifesto & Kempen

Rasulullah s.a.w semasa di
permulaan dakwah juga melakukan kempen bagi menerangkan kepada rakyat
Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut
Islam.  Justeru proses kempen adalah diterima dalam Islam selagi mana
ia tidak berbohong melaluinya. Di zaman ini, amat perlu bagi rakyat
untuk meneliti manifesto dan bukan hanya terpesona dengan rupa wajah
calon bertanding serta kandungan percakapannya semasa kempen.

Manifesto sepatutnya menjadi
penentu utama samada kita diharuskan untuk mengundi seseorang calon itu
atau tidak. Ia ibarat perlembagaan calon dan parti yang bertanding.
Mungkin kita menemui manifesto yang menawan hati namun selepas itu track record serta kemampuan peribadi calon perlu diperhatikan pula.

Tidak wajar juga, untuk kita
hanya menilai manifesto serta calon berdasarkan penilaian aqal serta
material semata. Kerana sesuatu yang baik di sisi aqal dan mata kita
kemungkinan sahaja tidak baik di sisi Allah swt, demikian sebaliknya.
Bukalah hati dan iman bagi berperanan menentukan pilihan kita yang amat
penting ini.

Memang benar, calon yang
berkualiti perlu dititik beratkan, namun dalam konteks Malaysia hari
ini, kehebatan calon sahaja tidak cukup untuknya berperanan, kerana ia
akan terikat dengan manifesto partinya. Kerana itu, manifesto serta
dasar parti perlu dilihat selain kemampuan calon.

Perlu diingat bahawa
Islam meletakkan pertimbangan utama undian atau kesaksian tidak boleh
kerana selain dari Allah swt sebagaimana firman Allah :

وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ
مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَن
كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ
يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

Ertinya : …persaksikanlah
dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu
tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran
dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang
siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya
jalan ke luar. ( At-Talaq : 2)

Selain itu, tidak
boleh pula rakyat tidak keluar mengundi sedangkan ia berkemampuan
sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan penyaksian
sebagaimana firman Allah
terutamanya apabila diminta untuk membantu proses keadilan dan kebaikan.

وَلاَ تَكْتُمُواْ الشَّهَادَةَ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Ertinya : …dan janganlah
kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barang siapa yang
menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa
hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”


Amat jelas serta terang lagi nyata, sikap Islam terhadap penyaksian
dalam hal hutang dan lain-lain isu yang berkaitan urusan muamalat
sesama manusia (yang meliputi undian dan pilihanraya) adalah HARUS
malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi
apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang membawa
manifesto yang menjurus ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Penentu peribadi bagi calon
sudah tentulah agama, pemikiran dan perjuangan seseorang calon itu.
Kita tidak mahu bertanggung jawab kelak di akhirat kerana menaikkan
calon yang menyukai kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w menyebut :-

Ertinya : “Orang yang menunjukkan (membawakan) ke jalan kebaikan akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya”

Demikian juga hadis :-

Dari Abu Hurairah r.a
katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada
petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang
mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya
sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya
dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit
pun dosa orang yang mengikutinya.

Undi kita termasuk dalam
kategori hadis ini, jika kita mengundi calon baik dan dasar baik,
hasilnya mereka mampu melakukan yang baik, maka kita turut mendapat
keberkatan dan hasil pahalanya. Jika sebaliknya, kita juga menanggung
akibatnya di barzakh dan akhirat. Berhati-hatilah saudara dan saudari,
jangan sampai kita mendapat DIVIDEN DOSA berterusan akibat tindakan
kita sendiri, iaitu undi.

Saksi

Oleh kerana kita yang
mengundi dianggap sedang menjadi saksi terhadap calon atau parti calon
dan manifesto calon. Justeru sebagai saksi kita tidak boleh mengundi
secara sembrono, kita WAJIB menjadi saksi yang adil lagi amanah.
Bagaimana caranya?

Jawapnya, kita wajib menilai
apa yang terdapat disekeliling kita mengikut neraca Islam pertamanya
dan realiti keduanya. Cuba perhatikan samada LIMA (5) asas utama yang
perlu dijaga telah dijaga, iaitu Agama, Nyawa, Maruah dan keturunan,
Harta. Perhatikannya dari sudut kehendak Allah swt, kerana itulah yang
bakal ditanya di alam barzakh dan akhirat kita. Bukan penilaian dari
kacata mata yang sama seperti George Bush.

Selepas penilaian, kita
ibarat di mahkamah untuk ‘testify against’ atau ’support’. Saya
hanyamemberikan panduan umum, keputusan di tangan anda.

Undi

Kaedah mengundi bagi urusan
pilihanraya, adalah diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu
perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang.

Selagi lagi diingatkan kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi ertinya :

“Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma’ani (maqasid)”. (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302).

Maka urusan hubungan politik
seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan
sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.

Boleh dikatakan secara
ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini
apatah lagi ia tergolong dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :


وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ


Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”


Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap pemerintah yang dipilihnya untuk kebaikan diri mereka di dunia dan akhirat.



Walaupun sistem undian wakil
rakyat ini boleh diteruskan, namun bagi memastikan ia menepati kehendak
Islam ia perlu diletakkan beberapa syarat dan panduan, agar ia
bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

Ahli Parlimen & konsep ‘Al-Hakimiah Lillah’ sewajarnya hanya bertindak seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam.

Dalam konteks zaman ini, ahli parlimen berkumpul di Dewan Rakyat bagi mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii.Mengawasi undang-undang
yang digubal.Kedua-dua perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas
pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam.

Sudah tentu gabenor-gabenor
wilayah akan bertindak sebagai ‘ahli al halli wal aqd’ iaitu kabinet
utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu menggubal undang-undang baru
yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan juga mengawasi
undang-undang iaitu amar makruf nahi mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, ahli parlimen yang ada hari ini mungkin boleh bertindak menafikan ‘al-Hakimiyah Lillah’
iaitu menafikan kuasa perundangan utama dan asas iaitu hak ALLAH.
Sistem inilah yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang
mengharamkan penyertaan pilihanraya.

Bagaimanapun Al-Qaradhawi
berijtihad menyatakan harus menyertainya bahkan wajib jika dengannya
boleh mengurangkan mudharat terhadap Islam.. DENGAN SYARAT HANYA
MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA
BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK
PERUNDANGAN MILIK ALLAH. [Min Fiqh Ad-dawlah Fil Islam, Al-Qaradawi)

Jangan Menang Undi, Iman Tergadai

Selamat menggunakan seluruh
pancaindera kita, terutamanya hati, iman, aqal dan minda dalam
menentukan pilihan kita, pilihan kita juga adalah untuk menentukan
bentuk Negara di masa akan datang serta untuk anak-anak kita yang
tercinta.

Jangan Menjual Iman Anda Dengan Rasuah Pilihanraya

Akhirnya, sekali lagi saya
mengingatkan, jauhilah rasuah semasa pilihanraya. Kita tidak mahu musim
pilihanraya menjadi asbab seseorang itu terhumban di dalam neraka
dengan lebih lama. Disebabkan setiap kali pilihanraya rasuah diberi dan
diterima, fitnah menjadi mainan, bomoh dirujuk bagi mendapatkan ‘kuasa
luar biasa’.

Hasilnya setiap kali
pilihanraya berapa ramai yang jatuh syirik, menempah bilik neraka lebih
lama dan menjauhkan diri dari Syurga. janganlah jual iman dan nilai
diri hanya dengan beberapa ratus ringgit. Fikirkanlah….


Sekian

www.zaharuddin.net

18 Feb 2008

Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda

February 1st, 2008 by ainohikari

ontario-general-election.jpg

Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi
fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu
lagi petanda semakin hampirnya PRU12.

Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi
kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang
mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan
saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi
tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu
tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk
difahami.

Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.

Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation
kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa
berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya
dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan
ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para
pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi
buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya
dan proses demokrasi di negara kita.

KEMUSYKILAN 1: AKU TIDAK PEDULISMA

Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno
tetapi pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang
melanda masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.

Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa
sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara
kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara
kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.

Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara
yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi
alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti. Anak
muda bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di
pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik
dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda. Lantas, sama ada
pemerintah atau pembangkang, gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.

Namun, ketidak pedulian itu juga mungkin sekadar tip of the iceberg.
Isunya lebih dari itu. Lebih besar dari sekadar malas untuk peduli
kepada pilihanraya. Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya
sering berkait rapat dengan persoalan world view
cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya. Atau dalam
bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga
tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan,
minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam
orang kahwin).

an-aam.gif

Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang
ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada
mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh
al-Quran sebagai binatang ternak.

Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja. Tetapi
binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal
tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.

Apa falsafah binatang ternak?

Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan
berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya
tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa
aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari
ini, dan itu sahaja. Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan
falsafah yang sama. Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari
ini mahu makan apa, bahkan hari ini mahu makan siapa!

Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat
sembelihan, bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah
lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya
sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya?
Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.

Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan,
minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang
perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan
dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal
rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan
perutnya semata-mata.

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.

balhumadhall.jpg
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.

[Al-A’raaf  7: 179]

Apakah sikap tidak peduli, lumpuh reaksi dan hambar terhadap
tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, merupakan simptom
besar kepada melatanya generasi yang hilang arah dan tujuan hidup?

Semua pihak perlu serius memikirkan hal ini. Mereka yang bertanding,
yang berkempen, yang berdakwah, yang bersiasah… isu ini isu semua.
Pilihanraya, demokrasi, baik pulih pemerintahan… adalah isu yang tidak
punya sebarang makna bagi manusia yang hanya berfikir tentang perutnya.

KEMUSYKILAN 2

Disebabkan oleh luasnya capaian internet, pelbagai idea dengan
begitu mudah bertebaran dan tersebar tanpa sempadan. Kita menyediakan
masyarakat yang bebas dalam bermaklumat tetapi pendidikan dan
keseluruhan struktur rakyat kita tidak menyediakan masyarakat yang
bijak mengendalikan maklumat.

Idea bahawa demokrasi itu Barat, tidak Islamik, Haram, justeru
penyertaan sesiapa ke dalam pilihanraya dan sistem demokrasi dianggap
sebagai bertentangan dengan Islam… menjadi sebahagian daripada wacana
anak muda hari ini!

Ini bukan isu baru. Ia sudah lama diperkatakan, malah sudah pun
dijawab dengan hujah dan penjelasan yang bertimbun-timbun. Tetapi ia
baru popular di Malaysia.

Lantas golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah
ini) bercakaran sesama sendiri. Ketika golongan yang sedar dan celik
politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut AKU TIDAK PEDULISMA,
golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana
hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan
penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu
dengan elemen romanticism yang tidak rasional, lantas semua orang menjadi self proclaimed scholars mencampuri diskusi ini bahawa demi Islam, jangan terlibat dalam demokrasi dan pilihanraya, apatah lagi untuk mengundi calon Islamist.

Apakah cara golongan ini bernegara? Ceritanya panjang, namun
pastinya kegagalan generasi muda menyelesaikan isu ini akan sedikit
sebanyak melengahkan mereka daripada bertindak betul dan terus melayan
siang serta malam dengan teori atas angin yang tidak berpijak di bumi
yang nyata.

KEMUSYKILAN 3

Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri
dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang
sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara
terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari
secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi
lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal
oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.

Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan
dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam
kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith
yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan
Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama,
menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih
mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal
menghubungkan teks dengan konteks.

Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur
lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak
lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar
rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia
untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya
semula dengan betul.

Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.

Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?

Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa
internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan
yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan
pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.

Ia adalah contoh kesan structured knowledge  yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.

Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh
dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang
ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang
merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan
jangka masa panjang.

KEMUSYKILAN 4

Beberapa insiden, kesilapan dan kesalahan yang berlaku di pihak
pembangkang, sama ada di dalam urusan parti mahu pun ketika mentadbir
negeri, mungkin menimbulkan rasa kecewa sesetengah kita. Kekecewaan itu
bukan semuanya tidak berasas atau sekadar mainan perasaan. Bagi mereka
yang membaca kritikan setajam kritikan Olivier Roy di dalam bukunya The Failure of Political Islam,
ia mungkin menimbulkan rasa sesak dada kerana golongan seperti ini
tersepit di antara kepincangan pemerintah yang ada, dengan pembangkang
yang gagal.

Kekecewaan itu juga mungkin datang dari kesempitan definisi mereka
terhadap kemenangan. Mereka mengukur kemenangan dan kekalahan hanya
kepada soal mendapat kerusi dan bilangan undi. Lantas mereka menghitung
belasan kekalahan pembangkang dan golongan Islamist di dalam sejarah pilihanraya negara kita.

Sedangkan mereka lupa kepada perubahan yang telah berlaku kepada
masyarakat. Jika perlaksanaan Syariah masih belum berlaku dan ia
dianggap kegagalan, bagaimana pula dengan tahap kefahaman masyarakat
kita tentang Islam sebagai suatu cara hidup 20 tahun yang lalu,
berbanding hari ini? Jika 20 tahun yang lalu, sebutan tentang hukum
hudud diwacanakan secara jahil, hina dan biadab oleh masyarakat kita,
apakah masih kedengaran intonasi yang sama pada tahun 2008?

Bagi ahli politik dan muslim yang berminda faqih, hakim dan qadhi…
seorang yang dahulunya minum 10 gelas arak tetapi kini berkurang kepada
7, tetap dianggap sebagai peminum arak. Namun jika kita melihat
pengurangan 10 kepada 7 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik
dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian, suatu perkembangan
yang positif.

Golongan Islamist mungkin boleh terus menangis atas
kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan
undi. Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai
di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu
kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan.

Maka golongan yang kecewa dengan pencapaian Islamist dan
pembangkang secara umumnya, janganlah menterjemahkan kekecewaan itu
sebagai bonggol-bonggol jalanan yang menyulitkan perjalanan masyarakat.
Sebaliknya gunakan kekecewaan itu sebagai suluhan untuk mengenal pasti
kelemahan yang ada lantas seterusnya mengemukakan penyelesaian secara
bijaksana. Jiwa mengemukakan penyelesaian harus sebesar jiwa
menimbulkan persoalan.

MUHASABAH

Sesungguhnya kemusykilan di atas adalah sebahagian daripada apa yang
sempat saya fikirkan buat masa ini. Ia mendesak saya untuk semakin
percaya bahawa proses demokrasi di sesebuah negara hanya mampu
berkembang sihat jika semangat berpolitik seiring dengan semangat
mendidik dan memahamkan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak
mereka. Bukannya memanipulasikan sifat naive masyarakat yang undinya diubah-ubah dengan baji tahi kelawar, kain pelekat dan surah yasin dengan bookmark RM50.

Jangan gadai negara dengan jual beli undi anda… sekurang-kurangnya
itu pesan Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia selepas beliau turun
dari pesada.

ABU SAIF @ saifulislam
56000 Kuala Lumpur

Wajib tahu ilmu syara - Al - Qardhawi

December 11th, 2007 by ainohikari

Soalan:
Apakah ilmu syarak yang setiap muslim pada masa kini
wajib tahu dan bagaimanakah cara untuk mempelajarinya?

Jawab Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi:

Pendahuluan:
Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu wassalam �eala
Rasulillah:

Setiap muslim hendaklah mempelajari hukum-hakam
Bersuci dan Solat, Zakat – bagi orang yang kaya- dan
Puasa. Dia juga hendaklah tahu tentang hukum halal dan
haram dalam perkara makan, minum, pakaian, perhiasan
kehidupan dan sebagainya.

Dia boleh mempelajarinya melalui kaset, CD atau VCD
dan buku-buku agama masa kini. Juga, dia boleh
mendapatkannya dengan memanfaatkan kemudahan internet
tetapi dia perlu memastikan latar belakang orang alim
tersebut
. Dia hendaklah seorang yang menguasai bidang
Fiqh dan Hadis, Maqasid Syariah, luas pengetahuannya
dalam pelbagai mazhab Salaf dan Khalaf, lebih
cenderung ke arah memudahkan –ketika terdapat dalil-
dari menyusahkan dan menyempitkan.

Hendaklah juga seorang muslim itu mempelajari hukum
Islam dan syariatnya mengikut keperluannya, seperti
hukum-hakam Bersuci dan solat seharian iaitu solat
fardhu lima
waktu dan solat mingguan iaitu Solat
Jumaat yang wajib atas setiap lelaki muslim. Yang
diperlukan hanyalah cukup tahu tentang perkara-perkara
asas bukan masalah-masalah yang pelik, yang jarang

berlaku
dan pendetailan yang perlu ditinggalkan
permasalahan tersebut kepada para ulama yang khusus
dalam bidangnya.

Contohnya, seorang muslim hendaklah tahu tentang
hukum-hakam Puasa sebelum datangnya bulan Ramadhan,
hukum-hakam Zakat apabila cukup nisabnya, mengikut
keperluannya, seperti seorang peniaga perlu
mempelajari Zakat Perniagaan dan dia tidak dituntut
untuk tahu tentang Zakat Ternakan, Pertanian dan
Tanaman. Jika dia sudah berkemampuan untuk mengerjakan
Haji maka dia perlu tahu tentang hukum-hakam yang
penting tentang Haji.

Hukum Halal dan Haram yang berkait dengan kehidupan
seharian:

Dia juga hendaklah mengambil tahu tentang perkara
halal dan haram yang berkait dengan kehidupan
sehariannya seperti makan, minum, pakaian, perhiasan
hidup, rumah, kerjaya dan tatacara hidup berkeluarga
dan bermasyarakat. (Kami telah menjelaskannya dalam
buku kami �gHalal dan Haram dalam
Islam
�h yang telah
diulang cetak lebih dari 50 kali dalam Bahasa Arab dan
telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa,
alhamdulillah) .

Setiap muslim perlu mengetahui hukum-hakam yang
berkait dengan dirinya. Seorang pemimpin mesti tahu
hukum-hakam kepimpinan, seorang peniaga mesti tahu
hukum-hakam perniagaan, seorang doktor mesti tahu
hukum-hakam perubatan, seorang suami mesti tahu hak
dan kewajipan suami-isteri, begitu juga isteri,
seorang bapa mesti tahu hukum-hakam berkaitan
keibubapaan dan pendidikan anak, begitu juga ibu.. dan
begitulah seterusnya.

Ilmu akhlak dan adab:
Setiap muslim wajib mempelajari ilmu akhlak dan adab
yang dapat mendisiplinkan tingkah lakunya dengan
kaedah syarak. Maka dia tidak meninggalkan apa yang
Allah perintahkan kepadanya dan dia tidak melakukan
apa yang Allah larang kepadanya, menghiasi peribadinya
dengan akhlak mulia dan meninggalkan sikap yang buruk.

Dia boleh mempelajari ilmu ini sama ada dengan berguru
dan mendengar daripada orang alim yang dipercayai dari
segi ilmu dan taqwanya serta mempunyai kefahaman yang
jelas dalam agama dan kehidupan realiti semasa.

Inilah cara dan kaedah yang perlu diketahui oleh orang
awam dan tidak ada pilihan yang lain. Dia hanya perlu
memilih orang alim mana yang dia hendak belajar
daripadanya.

Orang Islam perlu membezakan di antara orang alim
sebagai penceramah yang boleh diambil daripadanya
pelbagai nasihat dan peringatan dan orang alim yang
faqih yang boleh diambil daripadanya hukum-hakam
syarak. Maka bukanlah setiap penceramah dan pemberi
nasihat, atau alim dalam tafsir dan hadis, boleh
dipercayai dari segi kefaqihannya dan fatwanya.

Sesungguhnya Allah telah membahagikan kelebihan dan
kemampuan antara setiap manusia, kecuali bagi sesiapa
yang Allah telah anugerahkan kelebihan dan kemampuan
dalam pelbagai cabang ilmu, dan bilangan mereka ini
hanyalah sedikit.

Ramai orang awam yang keliru dalam hal ini. Mereka
sangka semua yang pandai berceramah itu faqih dalam
hukum-hakam syarak, maka mereka pun bertanyakan para
penceramah ini permasalahan yang rumit, kemudian
menjawab persoalan mereka ini berdasarkan ilmu yang
cetek, maka mereka telah melakukan kesalahan yang
banyak dan besar, tanpa mereka sedari. Kalau mereka
insaf, mereka akan mengatakan: �gTanyalah orang lain,
kami tidak tahu
�h. Semoga Allah
merahmati sesiapa yang
sedar akan kemampuannya dan mengetahui batasnya.
Sesungguhnya telah ada satu hadis yang sahih (Muttafaq
�eAlaih) yang menyuruh kita berhati-hati terhadap orang
yang ditanya, kemudian diberi fatwa tanpa ilmu, mereka
ini sesat dan menyesatkan orang lain.

Pendekatan belajar pada masa kini
Antara pendekatan belajar pada masa kini ialah dengan
mendengar melalui kaset/cd, ianya merupakan pendekatan
yang penting dan berkesan. Seseorang boleh
menggunakannya dalam keadaan dia berada di dalam
keretanya atau di tempat kerjanya, seorang wanita
ketika berada di dapur dan selainnya tanpa perlu
bersusah payah bagi tujuan selain pendengaran dan
pemahaman yang memerlukan pada penumpuan.

Selain itu, pada masa kini terdapat pelbagai rancangan
agama yang disiarkan melalui televisyen dan radio, dan
juga yang boleh didapati melalui video cd dan audio
cd, maka seorang muslim itu hendaklah bijak dalam
memilih kaset/cd yang sesuai untuk didengar. Tidak
semua kaset/cd agama baik untuk didengar kerana
sebahagian dari kaset/cd ini umpama makanan yang telah
rosak dan tercemar. Hakikatnya, ianya lebih banyak
membawa mudarat dari manfaat, dan meruntuhkan dari
membina kerana ia tidak didasarkan pada disiplin
ilmiah dan dalil-dalil syarak yang sahih.

Kebanyakan dari kaset/cd seperti ini melampau dalam
memberi peringatan tentang azab kubur dan azab hari
akhirat, didasarkan atas metodologi menyusahkan dari
memudahkan, menakutkan bukan menggembirakan, bukan
seperti yang diperintahkan oleh Nabi SAW.

Ada bapa yang menceritakan kepada saya tentang anak
perempuannya yang bangun pada tengah malam dalam
keadaan mengigau dan takut, dan ini berlaku sejak
beberapa tempoh, sejak dia mendengar kaset yang
melampau dalam menceritakan azab kubur termasuk apa
yang terdapat di dalamnya dengan pelbagai binatang dan
serangga yang berbahaya dan berbisa serta macam-macam
lagi yang diperkatakan.

Sebagai tambahan, pada masa kini terdapat kemudahan
internet yang menyajikan pelbagai maklumat tentang
Islam.

Apa yang wajib diawasi
Adalah menjadi satu kewajipan bagi kami untuk
mengingatkan orang Islam supaya tidak mengambil ilmu
agamanya melainkan daripada orang yang dipercayai dari
segi ilmunya dan amalan agamanya dan tidak mengambil
ilmu agama daripada sesiapa sahaja. Bahkan seorang
muslim hendaklah menapis dan berhati-hati dalam
mengambil ilmu agama dari pelbagai sumber. Bukan semua
buku yang dicetak dan diterbitkan boleh dipercayai
dari segi semakan ilmiahnya. Berapa banyak buku yang
telah dicemari dengan perkara-perkara khurafat dan
sesat. Antara yang perlu diawasi ialah: Israiliyat
dalam Tafsir, hadis-hadis palsu yang direka sebagai
Hadis Nabi, cerita dongeng dan kisah mimpi yang tidak
logik yang disertakan sekali ketika memberi nasihat
dan peringatan.

Maka saya menasihatkan kepada setiap muslim yang
mementingkan ilmu pengetahuan yang betul: Jangan
mengambil sesuatu hadis melainkan daripada orang yang
alim dalam hadis, bukan semua ulama dan penceramah
tahu tentang perkara itu.

Adalah baik juga dalam hal ini bagi seorang muslim
untuk merujuk buku tentang hadis-hadis masyhur seperti
�gAl-Maqasid Al-Hasanah�h oleh As-Sakhawi atau �gKasyful
Khafa
�f wa Mazilul Ilbas fi masytuhira minal hadis �eala
Alsinatin Nas
�h oleh Al-Ajluni dan
seumpamanya.

Belajar melalui pembacaan
Seorang muslim juga boleh belajar melalui pembacaan
buku-buku karangan ulama yang dipercayai kerana setiap
perkataan yang ditulis mempunyai nilai dan kesannya
dalam memberi panduan dan menambah pengetahuan. Ia
lebih panjang umurnya dan lebih kekal kesannya. Maka
seorang muslim hendaklah bijak membezakan antara buku
agama yang sesuai dibaca oleh orang awam dan buku
agama yang sesuai dibaca oleh golongan yang khusus
dalam bidang agama. Terlalu banyak buku yang dicetak
saban tahun, baru atau lama, ada yang memberi manfaat
dan ada yang memberi mudarat. Maka setiap orang
hendaklah buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Telah berkata seorang bijak pandai: Anda adalah apa
yang anda baca.

Di sini kita mengingatkan tentang bahaya buku yang
dibaca sepertimana bahaya kaset/cd yang didengar.

Ada buku-buku yang memang diketahui kemudaratannya dan
jelas bahayanya seperti buku-buku karangan golongan
Atheis yang ingkar, ada buku-buku umpama meletakkan
racun di dalam manisan seperti kebanyakan buku
golongan sekular, Marxis dan seumpamanya yang boleh
menyesatkan masyarakat Islam awam dari kebenaran dan
memperelokkan yang sesat tanpa disedari.

Buku yang paling merbahaya
Antara buku yang paling merbahaya untuk dibaca ialah
buku-buku agama yang tiada disiplin ilmiah, yang tiada
dibuat editan dan semakan, penuh dengan kebatilan,
terlalu banyak perkara-perkara melampau dan sesat,
yang biasanya disasarkan kepada masyarakat awam, yang
tidak mampu untuk membezakan di antara yang baik dan
buruk.

Termasuk juga: buku-buku yang ditulis oleh golongan
zahir yang melampau dan keras dalam pendapat, yang
seolah-olah mahu mengharamkan kepada manusia semua
benda yang halal, dengan menggunakan pendekatan
menyusahkan bukan memudahkan, menakutkan bukan
mengembirakan.

Sepatutnya diadakan satu pengawasan atau kawalan
terhadap buku-buku dan terbitan yang disasarkan untuk
masyarakat awam ini sepertimana pengawasan dan kawalan
terhadap mutu dan kualiti makanan yang tercemar, rosak
dan menjejaskan kesihatan. Saya yakin bahawa
pencemaran pemikiran lebih berbahaya dari pencemaran
tubuh badan.

Selain itu, tidak semua orang ada kebolehan dalam
membaca buku-buku klasik. Ia memerlukan kemahiran
khusus untuk memahaminya kerana terdapat dalamnya
istilah-istilah, perkara-perkara ilmiah yang
berhubungan dengan pelbagai disiplin ilmu, sama ada
dari segi bahasa, syarak dan mantiq, menyebabkan orang
ramai terhalang dari memahaminya. Maka, hendaklah dia
berguru dengan orang yang alim, yang dapat membuka
kata kuncinya dan meletakkan sesuatu pada tempatnya
yang betul. Barangsiapa yang membacanya seorang diri
yang mana dia bukan ahlinya, diumpamakan orang yang
berjalan di padang
pasir tanpa penunjuk arah, ditakuti
dia akan musnah atau hilang.


Oleh itu, para ulama umat ini telah mengingatkan
supaya tidak mengambil ilmu daripada golongan penulis
yang hanya mendapat ilmu melalui pembacaan buku-buku
sahaja tanpa pernah belajar di pusat-pusat ilmu,
menjalani kehidupan bersama masyarakat di dalamnya,
bergaul dengan para guru dan muridnya. Dengan sebab
ini, sebahagian universiti pada masa kini mensyaratkan
peratus kehadiran seorang pelajar ke kuliah tidak
boleh kurang dari 75% dan tidak diiktiraf sebagai
pelajar universiti tersebut jika tidak hadir ke
kuliah.

Artikel ini diterjemahkan dari sumber asal:
www.qaradawi. net
Fatwa bertarikh 21 September 2004.

Hukum Berkaitan dengan Janggut

December 6th, 2007 by ainohikari

Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang

Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan
wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang
lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta
pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah
kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan
tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu
dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab.
Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara
dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai
dan memelihara janggut.
H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami
bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau
menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan
Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang
oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang
beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda
melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara
misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua
golongan orang-orang kafir. Antara motif utama dari larangan baginda
itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya
tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman
dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau
jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh
Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk
ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana
terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan
terang tentang pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang
kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka
kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan
larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat
difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di
bawah ini:

Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang
menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R
Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah s.a.w : Bahawasanya ahli
syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah
meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu. H/R
al Bazzar.

Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai)
orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong
(mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka.
H/R Muslim.

Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat
yang lain pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R
al Bukhari.

Dari Abi Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Di
antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut,
bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong
janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu
potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R Ibn Habban.

Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah
s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi)
memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah
menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka. H/R al Baihaqi.

Dari Ibn Umar ra berkata : Kami diperintah supaya memelihara janggut.

H/R Muslim.

Dari Abi Hurairah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R Muslim.

Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Peliharalah
janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru
(menyerupai) Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.

Dari Ibn Abbas berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu
meniru (menyerupai) Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah
janggut kamu.
H/R al Bazzar.

Jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqah) menegaskan bahawa
suruhan yang terdapat pada hadith-hadith (tentang janggut) adalah
menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah kerana ia menggunakan lafaz
atau kalimah (ÕíÛÉ ÇáÇãÑ) : nada (gaya) suruhan yang tegas, jelas (dan
diulang-ulang).
Lihat : (ÊÝÓíÑ ÇáäÕæÕ) Adib Saleh. Jld. 2 m/s 241.

Larangan Nabi Muhammad s.a.w agar orang-orang yang beriman tidak
mencukur janggut mereka dan tidak menyerupai Yahudi, Nasrani atau
Majusi telah dilahirkan oleh baginda melalui sabdanya dengan beberapa
gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, terang dan tegas. Sebagaimana
hadith-hadith sahih di bawah ini:

Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu.

H/R al-Bukhari dan Muslim.

Tinggalkan cara mereka (jangan meniru orang-orang musyrik) peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu. H/R al-Bazzar.

Tinggalkan cara Majusi (jangan meniru Majusi). H/R Muslim.

Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.

Janganlah kamu sekalian menyerupai orang-orang yang bukan Islam, peliharalah janggut kamu. H/R al-Bazzar.

Hadith-hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w telah mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar
memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskin misai
mereka. Di samping itu mengharamkan mereka dari meniru perbuatan
orang-orang kafir, sama ada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi, munafik
atau orang fasiq yang mengingkari surahan dan melanggar larangan yang
terdapat di dalam hadith-hadith sahih tentang janggut dan penyerupaan
sebagaimana kenyataan dari hadith-hadith sahih di atas tadi.

Begitu juga jika diteliti beberapa hadith di atas, maka antara
ketegasan hadith tersebut ialah melarang orang-orang beriman dari
meniru (menyerupai) perbuatan, amalan atau tingkah laku golongan
Yahudi, Nasrani, Majusi dan semua orang-orang kafir, iaitu peniruan
yang dilakukan dengan cara memotong (mencukur) janggut dan kemudian
memelihara pula misai (kumis). Amat jelas dalam setiap hadith di atas
suruhan atau perintah dari Nabi Muhammad s.a.w agar orang-orang yang
beriman memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskan
misai mereka. Antara tujuan suruhan tersebut ialah supaya orang-orang
yang beriman tidak menyerupai golongan orang-orang kafir tidak kira apa
jenis kekafiran mereka. Nabi telah memberi peringatan melalui
hadith-hadith sahihnya kepada sesiapa yang melanggar dan mengabaikan
perintah syara termauklah memelihara janggut.

Hadith dari Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan
Tabrani yang telah dikemukakan di atas, perlu dijiwai dan dicernakan di
hati setiap mukmin agar sentiasa menjadi panduan dan perisai untuk
memantapkan pegangan (istiqamah) dalam memelihara hukum berjanggut.
Hadith yang dimaksudkan ialah:

Dari Ibn Umar ra berkata : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu.

H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani. Menurut keterangan al-Hafiz al-Iraqi dalam (ÊÎÑíÌ ÇáÇÍíÇÁ) bahawa sanad hadith ini sahih.

Kesahihan hadith di atas dapat memberi keyakinan dan penerangan
bahawa sesiapa yang meniru atau menjadikan orang-orang jahiliah sama
ada dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh dan
mengenepikan amalan yang telah ditetapkan oleh agama Islam yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka peniru tersebut akan tetap
menjadi golongan kafir yang ditiru selagi tidak bertaubat malah akan
terus bersama mereka sehinggalah di akhirat. Kesahihan ini dapat dikuat
dan dipastikan lagi dengan hadith sahih di bawah ini:

Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah
penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah. H/R
al-Bukhari.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan
Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan (mereka
sehingga ke akhirat).

Memelihara janggut adalah fitrah Islamiyah yang diamalkan oleh
semua nabi-nabi, rasul-rasul a.s, para sahabat dan orang-orang yang
soleh. Pengertian fitrah Islamiyah boleh difahami dari apa yang telah
dijelaskan oleh Imam as Suyuti di dalam kitabnya:

Sebaik-baik pengertian tentang fitrah boleh dikatakan bahawa ia
adalah perbuatan mulia dipilih dan dilakukan oleh para nabi-nabi dan
dipersetujui oleh syara sehingga menjadi seperti satu kemestian ke
atasnya.

Sirah atau sejarah semua rasul-rasul dan nabi-nabi sehinggalah ke
sirah Nabi Muhammad s.a.w serta tarikh semua para sahabat terutama
Khulafa ar Rasyidin telah didedahkan kepada kita bahawa mereka semua
didapati memelihara janggut kerana mengimani dan mentaati setiap
perintah agama dan berpegang kepada fitrah yang diturunkan kepada rasul
yang diutus untuk mendidik dan menunjukkan mereka jalan kebenaran.
Mereka yakin hanya dengan mentaati Nabi atau Rasulullah s.a.w dalam
semua aspek akan berjaya di dunia dan di akhirat. Antara kisah nabi
yang terdapat di dalam al-Quran yang disebut dengan janggut ialah kisah
Nabi Harun sebagaimana firman Allah:

Harun menjawab : Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan pula kepalaku. TAHA, 20:94.

Para Isteri Nabi Muhammad s.a.w juga suka melihat Nabi berjanggut
sehingga ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang Nabi.
Sebagaimana hadith sahih di bawah ini:

Dari Aisyah Ummul Mukminin berkata : Aku mewangikan Nabi s.a.w
dengan sebaik-baik wangi-wangian pada rambut dan janggutnya. Muttafiq
alaihi.

Berkata Anas bin Malik : Janggut Nabi s.a.w didapati lebat dari
sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya. H/R Ibn
Asyakir (dalam Tarikhnya).

Di dalam kitab (ÝÊÍ ÇáÈÇÑí) Jld. 10, M/s. 335, terdapat teks yang ditulis:

Memelihara janggut adalah kesan peninggalan yang diwariskan oleh
(Nabi) Ibrahim alaihissalam wa ala nabiyina as salatu wassalam
sebagaimana dia mewariskan (wajibnya) janggut maka begitu juga
(wajibnya) berkhatan.

Dari Jabir berkata : Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya. H/R Muslim.

Dari Muamar berkata : Kami bertanya kepada Khabbab, adakah
Rasulullah s.a.w membaca (al-Quran) di waktu Zuhur dan Asar? Beliau
berkata : Ya! Kami bertanya, dari mana engkau tahu? Beliau menjawab :
Dengan bergerak-geraknya janggut baginda. H/R al Bukhari.

Dari Jabir berkata : Kebiasaannya Rasulullah s.a.w apabila bersikat
dimulakan pada rambutnya kemudian pada janggutnya. H/R Muslim.

Dari Umar berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebat janggutnya,
di riwayat yang lain tebal janggutnya dan di lain riwayat pula subur
janggutnya.

H/R at Turmizi.

Dari Anas bin Malik berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila
berwuduk meletakkan tapak tangannya yang berair ke bawah dagunya dan
diratakan (air) di janggutnya. Beliau bersabda : Beginilah aku disuruh
oleh Tuhanku.
H/R Abu Daud.

Terdapat pada janggut (Nabi s.a.w) janggut yang putih. H/R Muslim.

Tidak kelihatan uban di janggutnya kecuali sedikit. H/R Muslim.

Rambut yang putih (uban) di kepala dan di janggut (Nabi Muhammad s.a.w) tidak melebihi dua puluh helai. H/R al-Bukhari.

Semua Para Sahabat r.a Berjanggut

Melalui keterangan yang diperolehi dari hadith sahih, athar dan
sirah (sejarah para sahabat) terbukti tidak seorangpun dari kalangan
para sahabat yang mencukur janggut mereka dan tidak seorangpun yang
menghalalkan perbuatan mencukur janggut. Ini terbukti kerana didapati
keseluruhan para sahabat berjanggut. Sebagaimana keterangan dari
hadith-hadith di bawah ini:

Didapati Abu Bakar lebat janggutnya, Uthman jarang (tidak lebat)
janggutnya tetapi panjang, dan Ali tebal janggutnya. H/R Turmizi.

Berkata al-Bukhari : Ibn Umar menipiskan misainya sehingga
kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya.
Lihat: Fathulbari, jild 10, m/s 334.

Semasa Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam
janggutnya, mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong. H/R
al-Bukhari.

Hadith-hadith di atas bukan sahaja menjelaskan suatu contoh
perbuatan Nabi Muhammad, para nabi sebelum baginda dan juga para
sahabat yang semua mereka memelihara janggut. Malah hadith-hadith di
atas juga merupakan lanjutan yang berupa suruhan dari nabi-nabi dan
rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w meneruskan suruhan (lanjutan) tersebut ke atas
orang-orang yang beriman supaya memelihara janggut mereka. Anehnya,
dalam hal suruhan yang nyata ini dirasakan sukar difahami oleh
segolongan para mufti, kadi, imam, ustaz dan alim ulama yang bertibaran
di negara ini. Apakah mereka tidak pernah terjumpa (terbaca) walaupun
sepotong dari beberapa hadith-hadith sahih sebagaimana yang tercatit di
atas yang mewajibkan memelihara janggut sehingga mereka tidak sudi
memeliharanya? Jika sekiranya mereka telah terbaca salah satu dari
hadith-hadith tersebut mengapa pula tidak mahu menerima dan
mentaatinya? Apakah mereka merupakan ulama buta, tuli, pekak dan bisu
sehingga tidak dapat melihat, memahami, mengetahui dan menyampaikan
sebegitu banyaknya hadith-hadith sahih yang memperkatakan tentang
janggut? Mengapa pula suruhan dan larangan syara sebagaimana yang
terdapat di dalam firman Allah di bawah ini tidak mereka sedari?:

Dan apa yang disampaikan oleh Rasul maka hendaklah kamu ambil
(patuhi) dan apa yang ditegah kamu (dari melakukannya) maka hendaklah
kamu tinggalkan. AL HASYAR, 59:7.

Ayat di atas memberi penekanan agar setiap orang-orang yang beriman
bersikap patuh (taat), sama ada patuh dengan cara melaksanakan segala
apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya atau patuh dengan cara
meninggalkan segala apa yang telah dilarang atau diharamkan.

Orang-orang yang beriman tidak boleh mencontohi sikap Iblis yang
enggan mematuhi suruhan Allah s.w.t apabila diarah supaya sujud kepada
Nabi Adam a.s. Iblis dilaknat kerana mengingkari satu suruhan Allah.
Keengganan mematuhi suruhan Rasulullah s.a.w samalah seperti
mengingkari suruhan Allah kerana mentaati Rasulullah adalah asas
mentaati Allah, maka mereka yang tidak mahu mematuhi arau mentaati
suruhan Rasulullah s.aw yang diulang berkali-kali supaya memelihara
janggut dan jambang dengan alasan berjanggut itu tidak kacak, selekeh,
kelihatan comot dan sebagainya. Maka keingkaran dan alasan seperti ini
ditakuti menyerupai alasan Iblis dan petanda yang mereka telah mewarisi
sikap Iblis yang bongkak, biadab, bangga diri dan akhirnya ia
dikekalkan di nereka hanya lantaran tidak mahu mematuhi satu-satunya
suruhan Allah s.w.t iaitu sujud kepada bapa sekalian manusia..

Mentaati Allah dan Rasulnya dalam setiap aspek adalah bukti kukuh
yang menandakan seseorang itu benar-benar mencintai Allah s.w.t dan
RasulNya, kerana syarat untuk mencintai Allah dan RasulNya ialah
ketaatan. Sebagaimana firman Allah:

Katakanlah jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutlah aku,
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. ALI IMRAN, 3:31.

Cinta perlukan pembuktian walaupun dalam hal atau perkara yang
kecil dan dianggap remeh. Sikap orang-orang yang beriman apabila
mengetahui bahawa Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum dan
menyeru mereka supaya mematuhinya, maka oleh kerana cinta mereka yang
bersangatan terhadap Allah dan Rasulnya maka mereka akan mematuhinya
tanpa banyak persoalan. Kepatuhan mereka adalah benar-benar didorong
oleh rasa cinta kepada Allah dan RasulNya sebagaimana firman Allah:

Sesungguhnya jawaban orang-orang yang beriman apabila mereka diseru
kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan
mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah
orang-orang yang beruntung.AN NUUR, 24:51.

Orang-orang yang beriman akan mentaati segala suruhan Allah dan
RasulNya walaupun sekecil-kecilnya kerana mereka mengimani bahawa
suruhan Allah s.w.t wajib dipatuhui. Mereka menyedari jika suruhan yang
kecil dan mudah tidak mampu dilaksanakan tentunya yang besar-besar akan
ditinggalkan. Malah orang yang beriman akan sentiasa berpegang teguh
dengan suruhan Allah s.w.t sebagaimana yang terdapat pada ayat di bawah
ini:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(Nya) dan
berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah)
dengan terang. AL MAAIDAH, 5:92.

Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. AN NISAA 4:64.

Ayat-ayat di atas merupakan suruhan agar kita mengambil (mentaati
suruhan yang berupa setiap apa) yang didatangkan (yang berupa perintah)
dari Allah dan RasulNya kemudian meninggalkan semua yang ditegah
(dilarang atau diharamkan) serta melaksanakan semampu mungkin setiap
suruhan terutamanya yang nyata wajibnya.

Allah dan RasulNya tidak meridhai perbuatan orang-orang kafir, oleh
sebab itu melaknat siapapun dari kalangan orang Islam yang meniru cari
mereka yang tidak diridhai oleh Allah dan RasulNya seperti perbuatan
mencukur janggut kemudian memelihara misai mereka sahaja. Orang-orang
yang menyedari bahawa perbuatannya yang suka meniru perbuatan
orang-orang kafir itu dibenci, dilaknat dan tidak diridhai oleh Allah
dan RasulNya tetapi mereka masih meneruskan perbuatan tersebut dan
menyukainya, maka ingatlah Allah telah mengancam orang-orang seperti
ini dengan firmanNya:

Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka mengikuti (apa
yang menimbulkan) kemurkaan Allah dan (kerana) membenci keridhaanNya,
sebab itu Allah menghapuskan (pahala) amal-amal mereka. MUHAMMAD,
47:28.

Nabi menegah orang-orang yang beriman dari mencukur janggut dan
jambang mereka malah berkali-kali menyuruh memeliharanya dengan
berbagai-bagai ungkapan agar dapat difahami dan diterima oleh umatnya.
Apakah benar seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya jika perkara
yang paling mudah dan tidak mengeluarkan modal ini mereka abaikan dan
tidak memperdulikannya langsung? Apakah mereka tidak mampu untuk
memahami suruhan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak mahu mentaatinya? Suri
tauladan dari siapakah yang sewajarnya ditiru oleh orang-orang yang
beriman? Apakah lebih berbangga dan menyenangi contoh yang ditiru dari
Yahudi, Nasrani atau Majusi yang ditegah dari menirunya? Atau mencintai
contoh dari Rasul utusan Allah, contoh dari para sahabat baginda dan
contoh dari orang-orang soleh yang dibanggakan oleh setiap orang yang
beriman apabila dapat mematuhi dan mentaati contoh tersebut? Contoh
yang terbaik dan selayaknya dibanggakan hanyalah contoh yang ada pada
diri Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah
(dan kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak mengingati Allah. AL AHZAB,
33:21.

Maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu
termasuk golonganku dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. IBRAHIM, 14:36.

Berkata as-Syeikh Ismail al-Ansari dalam memperkatakan hadith (athar) dari Ibn Umar r.a:

Tidak syak lagi bahawa kata-kata Rasulullah s.a.w dan perbuatannya
lebih berhak dan utama dipatuhi daripada kata-kata selain dari baginda,
tidak kira siapapun orang itu. Lihat: ÊÍÑíã ÍáÞ ÇááÍì . ááÚÇÕãì m/s 6.
Muhammad Ahmad bin Ismail

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w dan sunnahnya ialah dengan cara
mencontohi segala suri teladan dan amalannya, mentaati seruannya dan
mematuhi segala suruhannya sedaya mungkin. Berjanggut atau berjambang
adalah suri teladan, suruhan dan amalan yang berupa sunnah para rasul,
para nabi, para sahabat dan orang-orang soleh sejak dahulu kala
sehinggalah ke hari kiamat.

Baja Mujahadah

September 7th, 2007 by ainohikari

Dr. Danial bin Zainal Abidin

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak Hawa nafsu."

Dalam
sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu
seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana
Allah."

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara
dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia
mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat
dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan
mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam
Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah
dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu
serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu
seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar
serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah…. Dia tidak akan
sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.

Berhubung dengan ini
Abdullah ibn Mubarak berkata, ‘Jika cintamu !benar, kamu akan
mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati
sesuatu’."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang
percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada
pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang
sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat
jangka panjang yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of
the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang
menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya
begitu asyik dan ghairah (are we in that category?) dengan keseronokan
jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang."

Mereka
yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan
kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk
mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah
hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
"Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak
pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak
pernah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan
kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa
adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada
mujahadah.
Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan
kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa
nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir.

Nabi ketika disoal
tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, ‘Bantulah dirimu
dengan banyak bersujud’. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan
banyakbersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka
yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada
Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka
yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan
Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."

Berhubung
dengan ayat iniImam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah
berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang
perkara yang belum diketahui."

Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencariilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal."

Junaid
Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat,
Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan."

Sahabat
Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk
melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan
ganjaran."

Demokrasi dan Daulah Islamiah

September 6th, 2007 by ainohikari


Artikel Pilihan

Apakah demokrasi yang
diamalkan di negara kita menurut syara’ ataupun tidak. Adakah ianya
relevan dan mempunyai jalan dalam ijtihad muasoroh ulama’ kini? Adakah
ianya perlu dikekalkan sekiranya sistem syariah dipraktikkan secara
total? (bermaksud kuasa mahkamah syariah menyamai kuasa mahkamah sivil
sebagai contohnya).  Artikel ini mengupas tanpa menjadikan nafsu dan
persepsi sempit sebagai hujah.

Di dalam kitab Fiqh Ad Daulah, Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi
telah menjelaskan bahawa pelaksanaan demokrasi adalah dibenarkan kerana
ianya mirip dengan gagasan syura Rasulullah. Terdapat segelintir
masyarakat yang memeperjuangkan konsep syura Rasulullah tanpa mereka
melihat bagaimanakah sebenarnya pelaksanaan syura dan perbincangan pada
zaman Rasulullah. Profesor Yusof melihatkan maslahah yang boleh
diperolehi dengan menggunakan sistem yang diasaskan oleh kaum bukan
Islam dengan memasukkan unsur Islamis dalam pelaksanaannya.

a) Demokrasi dan akal

Perbezaaan
utama syura Islam dengan pelaksanan demokrasi adalah, demokrasi
membenarkan majoriti menetapkan keputusan walaupun bercanggah dengan
hukum Al Quran dan as Sunnah. Sekiranya pelaksanaan syariah diaplikasi,
golongan non muslim hanya akan membahaskan perkara yang bersifat
maslahah umum dan bukannya perkara yang jelas hukumnya di dalam rujukan
Islam. Hakikatnya demokrasi membuat keputusan dan membentuk perundangan
melalui akal fikiran manusia (common law sebagai contoh).

b) Konsep Al Qudhat

Di
dalam Islam bidang perundangan, fatwa, pelaksanaan dan kehakiman
terangkum didalam perbahasan skop al Qudhat. Di dalam skop ini tiada
pemisahan di dalam pembentukan hukum terkini, pelaksanaan serta
kehakiman berdasarkan perundangan tersebut. Namun di sebabkan untuk
memudahkan pelaksanaan kini, bidang kuasa ini boleh dipisahkan
sebaliknya kesemua fatwa terkini perlu diluluskan oleh pihak
perundangan sebelum di laksanakan oleh pihak kehakiman. Hari ini kita
menyaksikan institusi fatwa tiada hak untuk membawa perkara fatwa di
dalam perbahasan perundangan Parlimen. Ini menyebabkan tiada perbahasan
berkenaan syariah di Parlimen. Pada zaman Rasulullah SAW, Rasul sendiri
bertindak sebagai pemimpin negara, hakim serta melaksanakan semua
undang-undang. Namun dalam kepesatan masyarakat Islam, majlis Qadhi
ditubuhkan untuk memudahkan pelaksanaan hukum Islam pada zaman
kesultanan Abbasiyah serta Umayyah. Sultan menggubal undang-undang
dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama’ negara (untuk perkara yang
tidak jelas hukumnya di dalam Al Quran dan Al Hadis).

c) Ahli halli Wal Aqdi

Konsep
ini adalah konsep dimana perwakilan masyarakat adalah ahli halli wal
aqdi yang berilmu, adil serta pandai membuat keputusan bersama-sama
dengan khalifah. Konsep ini boleh diterapkan di dalam demokrasi
sekiranya calon dewan rakyat dan dewan negara mahupun kabinet menurut
kriteria seorang ahli halli wal aqdi Islam. Pada zaman pentadbiran
Saidina Umar RA, majlis ini ditubuhkan untuk memudahkan pentadbiran
beliau. Majlis-majlis pentadbiran awam ditubuhkan untuk maslahah
pentadbiran awam (walaupun belum pernah ditubuhkan pada zaman
pentadbiran Rasulullah SAW ). Persoalan juga timbul tentang hak wanita
dalam menjalankan bidang perundangan dan eksekutif. Namun dalam ijtihad
Imam Abu Hanifah wanita dibenarkan memegang jawatan tertentu kerajaan
termasuk menjadi hakim dengan syarat tertentu selagi tidak memegang
jawatan tertinggi kerajaan. Manakala Imam Abu Ya’la Al Farra’ yang
banyak menulis dalam bidang siasah Islam tidak menggariskan lelaki
sebagai syarat pentadbir tertinggi. Pada zaman Saidina Umar RA juga
kita menyaksikan Ummul Syifa’ binti Abdullah dilantik sebagai penyelia
pasar (suatu jawatan yang mencabar pada zaman tersebut).

d) Pilihanraya

Persoalan
juga timbul lantaran pilihanraya kelihatan bukan daripada pelaksanaan
Islam. Perlu diketahui semasa Imam Al Mawardi menjadi Qadhi di Kufah,
beliau pernah menggagaskan pelaksanaan pilihanraya pemilihan khalifah
Iraq oleh rakyat Kufah dan Baghdad (Ianya berpusat disini kerana
masyarakat berilmu ramai tertumpu di sini). Pilihanraya juga menepati
konsep siasah syariyyah dimana masoleh mursalah digunapakai. Dalam
kepesatan penduduk sesebuah negara serta kesedaran kepimpinan yang
meningkat, pilihanraya adalah solusi terbaik untuk itu serta
mengelakkan huru-hara dalam sesebuah negara.


Kesimpulan

Sebagai
kesimpulan, kita sewajarnya mengetahui konsep demokrasi sebenar tidak
dapat dilaksanakan pada hari ini melihatkan kepada perwakilan rakyat
sendiri yang tidak membawa agenda rakyat tetapi agenda kepartian.
Walaupun di dalam demokrasi ianya menekankan kedaulatan rakyat serta
menganggap rakyatlah sebenarnya pemerintah, namun di dalam Islam
kedaulatan hanyalah terletak pada Allah SWT serta kuasa pelaksana
undang-undang Allah ditaklifkan kepada khalifah Islam dengan dibantu
oleh para ilmuan dan ulama’. Cumanya titik pertemuan demokrasi
dengan Islam ialah, rakyat terbanyak boleh memilih anggota ahli halli
wal aqdi yang sesuai serta berhak memilih khalifah (Amir) yang adil
serta menepati konsep Islam
. Inilah titik homofili yang perlu
difahami dalam kita menggunakan demokrasi sebagai menepati kaedah
masoleh mursalah dalam mewujudkan kepemimpinan yang benar-benar
menepati syariah serta disukai rakyat.

Disebalik Permainan

September 3rd, 2007 by ainohikari
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada
satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di
tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid
muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa
saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika
saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,
maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja
murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum
kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya
yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita
dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita
menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu
tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai, dan ketika "keluar
berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak
lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa
malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang
asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya
Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu…"
"Baiklah,
permainan kedua…" begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur’an, cikgu
akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada
ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang
mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru
memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya… Musuh-musuh Islam tidak
akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang
ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah
Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya,
jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya
dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi
dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan…"
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan
kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan
perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup,
pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah
meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah
yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka
tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang…" Matahari bersinar terik takala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya…

Renungilah sahabat
semua… Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita dan
keluarga. Marilah kita sama-sama sedar bahawa agama bangsa dan tanahair
kita semakin terancam ! Umat Islam semakin mudah dibeli dengan wang
ringgit , dilalaikan dengan keindahan dan memuja keseronokan hidup,
hingga hilang maruah dan harga diri! Justeru itu marilah kita betulkan
apa yang termampu bersama-sama. Usah biarkan hingga segala-galanya
sudah terlambat seperti apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di
negara lain, barulah kesedaran itu timbul. Mungkin masih belum
terlambat tetapi kita sudah terlalu lewat untuk merubah dan memperbaiki
kerosakan umat .

Y a Allah satukanlah umat Islam dengan ajaran Mu . Amiiin…