Archive for September, 2006

Segala-galanya 11 September

Sunday, September 10th, 2006

Semenjak tragedi 11 September 2001, sandiwara AS benar-benar terserlah di dalam setiap peristiwa yang berlaku. Setelah rejim kejam AS berpuas hati membunuh umat Islam di Afghanistan dan meletakkan agen mereka, Hamid Karzai di sana, AS kemudian merancang untuk menyerang Iraq. Selain dari alasan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran, ASjuga turut menjastifikasi serangan mereka dengan mengatakan bahawa Iraq mempunyai hubungan dengan kejadian 11 September 2001. Ia dikatakan bermula dengan pertemuan sulit Muhammad Atta (kononnya salah seorang perancang 11 September) dengan perisik Iraq di Prague, Republik Czech pada April 2001. Menteri Dalam Czech, Stanislar Gross mengesahkan Atta berada di Prague pada 2001 dan telah bertemu dengan Samir al-Ani, diplomat Iraq. Menurut satu akhbar Jerman, Atta telah memberikan arahan tentang serangan 11 September pada satu pertemuan yang lebih awal dan beliau datang kembali ke Prague untuk mengambil bungkusan antraks pada April 2001 [Daily Telegraph, 1/12/2001].

Itulah di antara kejadian-kejadian yang dikatakan berlaku. Tetapi pada akhir siasatan, polis Czech memutuskan bahawa tiada dokumen ditemui yang membuktikan Atta pernah melawat Prague pada April 2001. Bukti yang ada hanya menunjukkan bahawa dia pernah melawat Prague dua kali pada tahun 2000. Polis juga mengatakan bahawa lelaki yang kelihatan seperti Atta yang bertemu Samir al-Ani sebenarnya adalah seorang warga Iraq yang bernama Saleh, seorang penjual kereta terpakai datang dari Nuremberg, Jerman [Daily Telegraph, 18/12/2001].

Cerita ini sebenarnya direka oleh Barat sebagai propaganda agar dunia mempercayai wujud satu konspirasi (oleh orang Islam) dalam meletupkan WTC. Kepercayaan masyarakat dunia kepada propaganda ini akan memudah dan memperlancarkan segala serangan rejim AS ke atas negeri umat Islam. Dakwaan AS di atas disahkan salah apabila Time Magazine pada 13/5/2002 menyatakan bahawa cerita tersebut adalah lemah, manakala BBC online mengesahkan bahawa Atta berada di Florida ketika itu [BBC Online, 1/5/2002]. Perang Iraq sebenarnya tiada kaitan dengan 11 September, tetapi cerita pertemuan Atta di Prague masih ditanam supaya melekat di pemikiran orang ramai. Barat mahu kita percaya bahawa perang Iraq juga berkaitan dengan perang melawan pengganas. Dengan kata lain, pemikiran masyarakat dunia sentiasa dikongkong agar tidak melupakan peristiwa September.

Walaupun AS sebenarnya telah lama mengaitkan umat Islam dengan keganasan, mereka benar-benar berjaya melakukannya setelah peristiwa 11 September 2001. Bermula dari sini, setiap kejadian yang berlaku dilabel dengan begitu mudah sebagai ‘keganasan’. Dunia pun diheret untuk mempercayainya sebagai keganasan. Yang terbaru adalah peristiwa cubaan meletupkan kapal terbang Trans Atlantik yang dikatakan bertujuan menyerang rejim AS dari London. Kejadian ini mungkin direka kerana dunia telah melupakan kisah letupan bas dan kereta api di London pada 7 Julai 2005 yang sudah semakin lapuk. Bukan sahaja di Barat, malah letupan kereta api di India pun dikaitkan dengan pengganas atau 11 September. Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari pemimpin Barat yang mahu kita percaya kewajaran dan kepentingan ‘perang melawan pengganas’ (War on Terror).

Rejim Amerika secara konsisten menggunakan isu untuk menarik persetujuan rakyat menyokong dasar luar mereka. Perang-perang yang berlaku juga sering dikaitkan dengan isu melawan pengganas. Ysaha rakyat Palestin yang mempertahankan bumi mereka dari pencerobohan Israel dilabelkan pengganas. Kemenangan parti Hamas melalui pilihanraya tidak disahkan kerana dikatakan ekstrim dan serangan sentiasa dilakukan ke atas Hamas atas alasan menghapuskan pengganas. Serangan terbaru Isarel selama 34 hari ke atas Lebanon turut dikatakan untuk melemahkan Hizbullah yang dicop sebagai pengganas. Pendek kata, apa-apa sahaja perang yang mereka isytiharkan akan dikatakan perang melawan keganasan.

Wahai kaum Muslimin, Allah Subhanahu wa Ta’ala memperingatkan kita di dalam firman-Nya, "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti…" [TMQ Al-Hujurat (49):6]. Jika Allah mengingatkan kita supaya berhati-hati dengan berita dari orang-orang fasik, apatah lagi jika berita-berita tersebut datangnya dari orang-orang kafir yang memusuhi Islam, orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah dan musuh kita semua. Oleh itu, sungguh pelik sekiranya pemimpin kaum Muslimin benar-benar percaya dengan berita yang dibawa oleh rejim Amerika. Sungguh aneh sekiranya para pemimpin benar-benar percaya bahawa majoriti gerakan Islam adalah gerakan pengganas sebagaimana yang diberitakan oleh rejim AS. Sungguh keji pula bagi para pemimpin kaum Muslimin yang sengaja mengada-ngadakan berita bahawa gerakan ini dan gerakan itu adalah pengganas. Mereka ini benar-benar mengikut telunjuk Barat.

HIKAYAT 1 DALIH, 1001 PEPERANGAN

Saturday, September 9th, 2006

11 September 2006 menandakan genapnya 5 tahun peristiwa pelanggaran pesawat terbang ke atas bangunan World Trade Centre (WTC), sebuah mercu tanda kemegahan rejim Amerika Syarikat (AS). Walaupun tragedi ini telah lama berlalu, tetapi perhatian, pernyiaran, perbincangan dan respon yang diberi menunjukkan seolah-olah ianya seperti baru semalam berlaku. Inilah di antara kejayaan AS dalam membawa dunia untuk sentiasa memikirkan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan rentetan dari peristiwa tersebut.

Seperti tahun0tahun yang lalu, tragedi ini akan diperingati di seluruh dunia sama ada dengan menyiarkan semula rakaman peristiwa, bertafakur beberapa minit, mengalungkan bunga-bunga di pusara, serta menangisi pemergian mereka yang telah terkorban termasuklah anjing kesayangan mereka. Peringatan sebegini dibuat oleh AS di dalam usaha mereka untuk cuba menunjukkan kepada dunia bahawa keganasan seperti ini patut dijadikan pengajaran agar tidak berulang di masa akan datang. Yang lebih tepat adalah peringatan tersebut sebenarnya ditujukan kepada rakyat AS khasnya dan penduduk dunia amnya agar sentiasa berwaspada terhadap Islam (Islamphobia) dan kaum Muslimin yang dianggap sebagai golongan ‘pengganas’.

‘Peringatan’ juga ditujukan khas kepada pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang tunduk kepada Barat agar berhati-hati dengan golongan yang ingin menegakkan semula Deen Allah di muka bumi ini kerana mereka ini adalah ‘pengganas’. Jika perlu, tangkap, penjara dan bunuh sahaja mereka. Tetapi bagi golongan yang mengamalkan cara hidup Barat, mengambil undang-undang dan sistem Barat, berpemikiran sekular dan liberal, mesti dijaga, malah diangkat setinggi-tingginya. Inilah kesan yang paling nyata selepas tragedi 9/11 di mana siapa sahaja dikalangan umat Islam yang tidak tunduk kepada kehendak rejim AS akan dianggap sebagai pengganas, tetapi mereka yang mengikut telunjuk mereka akan dianggap sahabat. Oleh itu, selagi ada golongan yang memusuhi AS, maka selagi itulah AS akan memanfaatkan tragedi 9/11 ini untuk menghapuskan umat Islam melalui dasar ‘Perang Melawan Keganasan’.