Panduan Memilih Gadis Jelita

 

Darihal MuslimatMursyid menulis "Bismillahirrahmanirrahim.. buat tatapan muslimin2 sekalian juge buat panduan muslimat2 seangkatan..

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis
ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu,
perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang
wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 壮udah tiada
gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu
wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua
itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam
gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa
inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan
keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika
kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati
lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang
‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis
tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang
sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak
boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula
menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat
dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan
bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih
memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih
beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan
lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya
teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu,
kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini
menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,
terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi
sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah
ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu
tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga,
bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci
sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut
adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi
lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan
merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya
sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik,
sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia
hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi
baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang
membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang
cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan
dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan
hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama
keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk
mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka
berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin
berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih
jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan
menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di
masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar
kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun
pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak
begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap
lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka,
dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil
memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa

Sebenarnya
alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu
menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di
luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah
sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah
terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan
kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif
biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini
berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin
seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada
zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar
sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi
gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu
adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa
pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung
minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang
berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus
rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidikilah
apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana
dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa
mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam
menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal
ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu
berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari
membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi
gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan
keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat
dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk
memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya
mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada
zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak
perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat
bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran
cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik
bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan
input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredamya
zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita
bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis
satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama
saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan
identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah
jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar
kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama
malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun
lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada
empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana
kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana
agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada
keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan
setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak
boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik
pula!

Bertunang Jangan Lama

Blia
anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera
kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari
membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati
lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang
tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa
bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal
lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la
merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita
ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari
godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis
jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa
seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan
membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang
gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah
berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila
mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika
gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma,
lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami
yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang
sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi
idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan
cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk
memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar
dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa
anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda
kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya
atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami
jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada
anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki
lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah
hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil

Bertanggungjawab

Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu
menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya
menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka
mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta
menghormati pula ibubapa si gadis.

……………………..
Laman Petikan: http://syaheerah.multiply.com/

 

7 Responses to “Panduan Memilih Gadis Jelita”

  1. sEra-Wongi Says:

    semua milik kita adalah pinjman driNya hanya utk smntara…dan Allah boleh menariknya blik dlm sklp mt..pe yang plu kita lakukan da lh brsyukur dgn pe yang dmlki..wjh yg cntik jg adalah anugrah drNya…yg plu d syukuri bkn tuk di bangga2kn..bkn tuk brmegah2..

  2. ANESSE Says:

    dulu dh bace mende ni.tp ble bace skali lg pon x luak.tp br terpikir 1 mende.

    “Elakkan Dari Berkawan Dengannya”.klu x berkawan, camne nk knal hati budinya? bukan ke bile dah berkawan, so laki ni tau le camne pompuan ni layan org laki/kawan2 die kan..klu duk selidik je, mane nk knal org sbenar camne.

    “Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna”.
    hmm..takkan la seme pompuan nk buat camtu kt seme kawan laki die.penat le..mesti tunjuk true colours jugaknye.@least kawan2 yg btol2 knal die..

    yg len2 tu pon ade gak yg mcm x praktikal..kene tgk konteks gak ar..xde la generalize camtu.like “Cari Yang Duduk Bersama lbubapa.” klu org kat perantauan ni, camne nk duk ngan ibu bapa laks/takde ibu bapa/divorced parents..haha..

    juz giving my opinion..btol ok, salah mitak mahap.

  3. ainohikari Says:

    salam saudari anesse,
    di sini saudari berhak utk berkata ape-ape jd tdk perlulah utk meminta maaf.

    ok,skang izinkan saya utk beri sdkt pandangan tp dlm bntuk persoalan akan pndpt saudari di atas.

    sedari kata : ..klu tkberkwn cmne nk knal hati budi..
    sy kate : bukankah dalam Islam itu sudah diperkenalkan tntg pertunangn..apa tujuan kite bertunang?

    sedari kate : …xknle sume pmpuan nk buat cmtu….,penat le.
    sy kate : rasa2nye org yg tgh kemaruk cinta ni tahu perasaan penat ke?

    sedari kate : ..klu org kt perantauan ni cmne nk ddk ngn parents….
    sy kate : sila check blk apa yg diterangkn kt bhgn “cari yg duduk bersama ibu bapa”..jgn baca title saje.

    apepn sedara anesse,artikel di atas hanyalah salah satu panduan yg disyorkn oleh penulis.bukanlah satu panduan yg muktamad. lain org lain cara kan.
    cm yg penting kite mencintai seseorg itu adalah kerana Allah semata-mata. insyaAllah

  4. ainohikari Says:

    kuliah pengurusan cinta…

    http://www.clickcaster.com/pengurusancintakuliah

  5. ANESSE Says:

    yelahhhh…
    tp takkan nk harap ngan bertunang je, baru ade peluang nk knal hati budi.klu x bkenan, pastu putus tunang.pastu carik org len, pastu tunang plak.adoi…

    ape2 jela..topik ni klu diulas,smpi ble x abes..btol2 ni panduan je..xleh rigid2 =p

  6. Abg Aji Says:

    a’kum wbt…nak komen sket jer.setiap hukum tu akan dibuat berdasarkan senario semasa setiap kes.kena gak berpijak d bumi nyata.sekrang sgt berbeza dgn 1400 dahulu.seek d truth dgn refer kepada quran dan hadis, serta rajin2 wat diskusi dgn cendekiawan or kwn2 alim.alim bukan sekadar menguasai ilmu agama, tetapi yg dimahukan adalah mereka yg all-rounded.apa yg dibincangkan oleh syafie mungkin tak sesuai d zaman qadrawi.ramai ulama’ agama sekarang merujuk kepada kitab2 agama yg kurang praktikal dgn senario sekarang.oleh itu ceramahnya hanya akan menjadi sekadar ceramah, msuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.sebanyak mana yg kita tahu tak sepenting seperti sebanyak mana yg kita mahu.kerna apa yg kita mahu akan mengatasi apa yg kita tahu. inilah kata2 ustaz hasrizal yg selalu terngiang2 di hati.

    http://www.saifulislam.com

    waalaikumsalam wbt

  7. ainohikari Says:

    sedari anesse,
    topik ini klu dibncangkan elok2 akan menemui jln penyelesaianye insyaAllah cm kite yg berasa ckp bgus,bodoh sombong,berlagak pandai (aku ler tue) merasakan apa yg kite buat tu sdh btul..padahal sume ni dh terang2 ade dlm al-Quran,hadith,ijmak,qias dan sbgnye..
    “carilah cinta yg bleh mmbawa kite ke jalan syurga,jln yg diredhai Allah swt”

    abg aji,
    wslm warahmatullah..psl hkm ni aku mls nk komen,sbb aku bukan org yg arif dan aku tknk jadi org yg berlagak arif pdhal diri tu bodoh lagi bangang.
    org ilmuan kite slalu bgtau,jgn stakat belajar ugama sket,baca kitab2 sket,hafal hadith2 sket,dgr ceramah2 sket dah berani nk ckp tntg hukum-hakam..dan samalah jgk nk mmpertikaikn ulama.
    sape kte nk pertikai ulama2..ulama skarang ke lame ke itu tkpnting tp kite kn tgk ilmu diorg tu. adakah setaraf ngn kite? rasanye cm langit ngn bumi..dah hafal 1000 hadith ker? dh hafaz 30 juzuk al-Quran ker?
    aisey sheikh, ulama tu warisan an-biya`..fikir dulu sblm menulis..bmbg bnde yg ditulis itu memakan diri sendri.
    ok sblm aku berhenti
    aku bagi satu pesanan drpd tok guruku, jika kite tdk mahu amik pendapat seseorg ulama itu maka carilah pendapat ulama yg lain.jgn mempertikai,merendahkan apatah lg menghina seseorg ulama asbab pndptnye yg difikirkn dh tk boleh dipakai dh tkrelevan…smoga Allah bg kefahaman agama lg kpd kite,amin..
    jazakallah

    p/s: aku pn dgr jgk ceramah ustaz hasrizal..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.