5 syarat utk lakukan maksiat
Wednesday, November 1st, 2006
mujahid304 menulis "Sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua.. - DPPPKJASIN
Suatu
hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku
nasihat.
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!"
tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
laranganNya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal
di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat
yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta
syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu.
Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian
lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai
Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan
tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah
pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil
terisak-isak.
Wallahua’lam
kunjungilah blog kami di
www.jasindaily.blogspot.com
"