Archive for December, 2006

Engkaukah Pencinta Wanita

Wednesday, December 13th, 2006
Muslimah

5Aduhai
wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam
yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi… peribadi seorang
muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki… keredhaan Ilahi.
 

Jagailah
dirimu… suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri
yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak
Islami… siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari
segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini.
Ingatlah, E/>Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.E
(Ali Imran, (3): 185) 5



Engkau-Kah Pencinta Wanita?

As-Salaa mu alaikum

Em,
semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah
sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu
Eb>aku memang pencinta wanitaEnamun ku bukan buayaEaku memang
pencinta wanitaEyang lembut seperti diaEbla, bla, & bla lagi..
Ehuhu, aku pun terlayan lah sekaliEem, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita?
Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius
sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak
rak… kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi
bukan mencintai.

Memang
patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si
lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya… em, bergaya ker?
Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la… (compare
dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai…
terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang
aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini… huhu, malu aku nak
mencintai wanita sepertinya…

Begitu
murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke
mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah.
Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kanE

Then,
aku terus termenung memikirkanEmacam sama je gambaran dengan
wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan IslamE Yang mana
menurut
Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat
ke-33 surah al-Ahzaab), "Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan
di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata,
"Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan
gaya yang menghairahkan.

Huhu,
menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam
ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula
menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya… di kala lelaki
berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si
perempuannya berpakaian pelikE Pelik… kerana dibuka sana dan sini.
Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya
(fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh
tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk
tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku
terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam
turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman
jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir
dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah
supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan
di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam
datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan
lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita
dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan
jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang
sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi
yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina
dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk
Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia
sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan
Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak
punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah
kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang
sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa
mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan.
(Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun,
kini… apa dah jadi ni… para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah
tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan
dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em… carilah lelaki yang
baik-baik…

Aduhai
wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam
yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu… peribadi
seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki… keredhaan
Ilahi.

Jagailah
dirimu… suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri
yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak
Islami… siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari
segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini.
Ingatlah, E>Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.E
(Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternodaEmaka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpaE

Renungilah maksud ayat ini;

E>Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baikE(al-Ahzaab (33): 32)

Eb>Hendaklah
mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik)
ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan Emuslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.E(al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka… jelaslah di sini siapa sebenarnya PENCINTA WANITAE/i> yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya… Islam. 

Dan,
kepadamu lelaki… bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita
(bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah.
Bukan main tibai jer… Jika benar anda pencinta wanita, buktikan
dengan etikanya.

Em… wanita, jadilah wanita yang baik-baik… demi masa depan anda!

Eb>Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula).
E(Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu alam… (habis sudah ku termenung…)