Sehebat manusia, hebat lagi Allah…. renung-renungkanlah
"Assalaamualaikum. ..
Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.
1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah
menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil
arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya
mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar
Turki.
9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau
dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan
dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap
dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah
seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh
kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan"
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat
kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2.Sakit jantung.
3.Penyakit darah tinggi.
4.Panas
sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga
diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha
suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya
tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang
ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama
36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak
seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi
balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya
hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan
bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa,
mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang
diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga
tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi
Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar
beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi
Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Dari Abdullah bin ‘Amr
r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah
diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt.
Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wassalam…
kunjungilah blog kami di
www.jasindaily.blogspot.com

January 9th, 2007 at 10:54 pm
bagus2,buat ku insaf utk seketika.sjk biler start blog ni
January 10th, 2007 at 4:00 am
hmm xingat..
sajo2 jah ni,buke nk memblog sungguh pn.