Puasa Bulan Sya`ban

August 27th, 2007 by ainohikari

Diriwayatkan oleh A’ishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan.
Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam
bulan-bulan lain melainkan bulan Sha’ban.”
[Sahih al-BUkhari (1969) dan
Sahih Muslim (1156)]

Hadith
ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan
Sha’ban. Sha’ban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk
melakukan lebih banyak puasa sunat.

Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Sha’ban adalah Sunnah.

A’ishah juga berkata: “Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Sha’ban” [Sahih al-Bukhari (1970)]

Dia juga berkata: “Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Sha’ban kecuali beberapa hari di dalamnya.” [Sahih Muslim]

Usamah b Zayd berkata:

Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Sha’ban.

Aku
bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab: “Ini
adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan.
Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh
Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang
berpuasa.”

 

Hadith ini diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasa’i (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu’ (3/120): “Ia mempunyai sanad yang baik”

Menentukan 15 Sha’ban untuk berpuasa

Bukti
yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada
hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Sha’ban yang digalakkan
secara khusus untuk berpuasa. Tidak ada kelebihan tertentu untuk
berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Sha’ban.

Terdapat
satu hadith yang lemah berbunyi: “Apabila pertengahan Sha’ban tiba,
dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya,
kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan
pada waktu terbenam matahari mengumumkan: ‘Adakah sesiapa yang memohon
keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan
dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran
agar Aku dapat ringankan?? …’ dan Dia terus bertanya sehingga terbit
fajar.” [Sunan Ibn Majah (1388)]

Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka. Beliau berkata:

Yang
benar adalah hadith ini rekaan. Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b ‘Abd
Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.

Ahmad b Hanbal dan Yahya b Ma’in telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith. [Juga rujuk: Majmu’ al-Fatawa (5/266)]

Oleh
kerana amalan mengkhususkan 15 Sha’ban untuk berpuasa tidak dapat
dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang
tiada asasnya. Semua ulama’ sepakat bahawa hadith yang lemah dan
direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.

Satu
pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana
hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang
lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik. Dalam kes ini, ia
boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia
tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.

Maka,
menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bid’ah) apabila mengkhususkan
hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang
tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bid’ah didalam agama.

Ini
tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15
Sha’ban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Sha’ban dan keumuman
hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Sha’ban adalah untuk
kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk
mengkhususkan hari tersebut (15 Sha’ban) untuk berpuasa.

 

Wallahu’alam.

ANAK MENJADI MURTAD SEBAB BAPA BUAT AMALAN SYIRIK!!!

August 3rd, 2007 by ainohikari

Merujuk di lamanweb bernama.com, ada mendedahkan satu berita berkenaan
dengan tindakan “orang no 1 negara” yang telah mengalungkan bunga di
Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 baru-baru ini[1].

Tindakan
“orang no 1 negara” tersebut sebenarnya satu amalan syirik yang
pengakuannya telah diakui sendiri oleh majlis mesyuarat mufti pahang
sekalipun[2].

Melihat
kepada kedegilan Bapa Islam Hadhari yang Badwi itu, menggambarkan
betapa beliau seorang yang didakwa sebagai seorang yang faham agama,
tetapi hakikatnya beliau merupakan pembawa racun-racun syirik yang
berbisa yang akan menghinggap dijiwa dan hati setiap umat Islam di
Negara ini.

MURTAD YANG MEMBIMBANGKAN

Di Malaysia, gejala
murtad sudah menjadi sesuatu isu yang membimbangkan (walaupun tidak
dibimbangi oleh mufti Perlis). Kemurtadan manusia di zaman ini sudah
sampai kepada tahap yang kritikal. Manusia sekarang bukan sekadar
mereka murtad, bahkan mereka sudah berani meminta bantuan pihak
mahkamah untuk mengisytiharkan mereka sebagai murtad.

Disamping
gejala ini merungsingkan pemikiran umat Islam di Negara ini, dilihat
“Orang No 1 Negara” yang merupakan Bapa kepada seluruh rakyat di Negara
ini telah melakukan satu amalan syirik yang telah di isytiharkan
kesyirikan amalan tersebut oleh pihak mufti-mufti.

Bila di
perhatikan kepada tindakan Bapa rakyat Malaysia ini, pemikiran kita
akan mendapat satu jawapan disebalik persoalan berkenaan gejala murtad
yang sedang menimpa umat Islam di Negara ini. Yang Ia menandakan,
gejala murtad yang sedang menimpa berpuncakan dari sikap dan tindak
tanduk yang dilakukan oleh “Orang No 1 Negara” sendiri.

DOSA SYIRIK

Syirik
merupakan dosa yang dinyatakan oleh Allah. Banyak-banyak dosa, semuanya
akan diampunkan oleh Allah SWT melainkan syirik. Perkara ini telah
dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنَّ اللَّهَ لَا
يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa
Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar”

(Surah An-Nisa’ : 48)

Dalam firman yang lain, Allah menyatakan;

إِنَّ
اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ
لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang
mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang
lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan
Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan
kesesatan Yang amat jauh”

(Surah An-nisa’ : 116)

Dari dua
firman Allah ini, Allah SWT menyatakan tentang kadar dosa bagi manusia
yang melakukan syirik kepada Allah. Pada ayat yang pertama, Allah
menyatakan bahawa syirik merupakan dosa yang besar, sedangkan dalam
ayat yang kedua, Allah menyatakan bahawa syirik merupakan kesesatan
yang jauh dari petunjuk dan hidayah Allah SWT.

SYIRIK ULUHIYYAH DAN SYIRIK RUBUBIYYAH

Sesungguhnya
syirik itu boleh berlaku dari sudut uluhiyyah Allah seperti melakukan
upacara kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara. Begitujuga, syirik
juga boleh berlaku di sudut rububiyyah Allah.

Kebanyakan manusia
melakukan syirik dari sudut rububiyyah Allah, iaitu mereka mendakwa
bahawa perlaksanaan Islam itu tidak dapat memberi keamanan kepada
Negara.

Kesyirikan dari sudut rububiyyah ini dinyatakan oleh Hadis berdasarkan tafsiran dari firman Allah;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
          “mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai tuhan selain dari Allah”

(Surah At-Taubah : 31)

Ketika
ayat ini dibacakan, seorang Nasrani yang bernama ‘Adi bin Hatim datang
berjumpa dengan Nabi dalam keadaan memakai salib di lehernya. Dia
berkata kepada Baginda SAW, “sesungguhnya mereka (orang yahudi dan
nasrani) tidak pernah menyembah pendita-pendita dan ahli-ahli agama
mereka”.

Mendengar perkataan Adi bin Hatim itu, Baginda SAW terus bersabda;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا  لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;

“bahkan, tetapi sesungguhnya mereka mengharamkan keatas mereka perkara
yang Halal dan menghalalkan kepada mereka perkara yang halal, lalu
mereka (orang yahudi dan nasrani) mengikut mereka (pendita dan ahli
agama mereka), maka itulah peribadatan mereka kepada mereka[3]

Dengan
hadis yang dinukilkan ini membuktikan bahawa, kesyirikan itu tidak
semestinya berlaku dari sudut uluhiyyah Allah, seperti disamping
menyembah Allah, tetapi menyembah juga tuhan selain Allah, mengalungkan
bunga ke tugu Peringatan negara dan sebagainya, bahkan syirik itu boleh
berlaku dari sudut rububiyyah Allah, seperti mengikut kata-kata
kepimpinan yang telah menghalalkan perkara yang Allah haramkan dan
begitulah sebaliknya.

WAJIB MENJATUHKAN PEMIMPIN YANG SYIRIK

Apabila
pemimpin melakukan amalan syirik, maka amalan syirik tersebut mudah
tersebar di kalangan manusia, ini adalah kerana, tindak tanduk rakyat
itu banyak dipengaruhi dengan perbuatan yang dilakukan pemimpin.

Justeru
itu, apabila seorang pemimpin di sesebuah Negara melakukan amalan
syirik, Islam mewajibkan untuk menjatuhkan kepimpinan Negara tersebut.
Jika tidak berbuat demikian, nescaya amalan syirik ini pasti akan
berleluasa di kalangan rakyat Negara dan akan melahirkan natijah yang
merosakan aqidah umat Islam.

Firman Allah;

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
          “Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang Yang beriman”

(Surah An-Nisa’ : 141)

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Ubbadah bin Somit yang berkata;

بايعنا على السمع و الطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن يكون كفرا بواحا عندكم من الله

Maksudnya;

“Kami membaiah (akan Rasulullah SAW) atas dengar dan taat dalam keadaan
cergas kami, kebencian kami, kesusahan kami, kemudahan kami dan
kepentingan diri atas kami dan bahawa kami tidak akan bertelagah dalam
sesuatu urusan akan ahlinya, melainkan bahawa adalah dia melakukan
kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah[4]

Menurut
Imam An-Nawawi, maksud dengan kekufuran dalam hadis ini adalah maksiat
yang dilakukan oleh pemerintah secara nyata. Begitujuga, Al-Hafiz Ibnu
Hajar menyatakan bahawa, hadis ini tidak ditanggung penakwilan[5].

dengan
perbincangan ini, jelaslah kepada kita, kekufuran merupakan punca yang
paling besar untuk menyebabkan sesuatu pemerintah itu boleh digugurkan
dari kuasanya.

Seperti yang diketahui, setiap yang kufur itu
merupakan syirik dan begitulah sebaliknya, maka dengan tindakan dan
amalan syirik yang dilakukan seseorang pemerintah menyebabkan wajib
kepada rakyat melucutkan pemerintah itu dari memerintah.

PENUTUP

Jika
orang-orang tua dahulu pernah mengungkapkan, “bapa kencing berdiri,
anak kencing berlari”, maka pada kali ini, dapat kita simpulkan, “Bapa
Negara melakukan amalan syirik, maka anak Negara akan menjadi murtad”.

Mungkin
punca gejala murtad sedang difikirkan mengapa ianya berlaku, tetapi
apabila melihat cara dan pendirian “orang no 1 negara” kita, dapat
difahami bahawa, semuanya berpunca dari dirinya sendiri.

Maka
dengan demikian, wajib kepada setiap muslim dinegara ini mengambil satu
tindakan dan usaha bagi mengatasi perkara ini. Jika tidak berbuat
demikian, maka dosa itu akan tertimpa keatas kepala setiap umat Islam
di Negara ini.

Pandang dan fikir !!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

MERUNGKAI MASALAH KHILAFIYAH DAN BIDA’AH

July 28th, 2007 by ainohikari

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berkata Syeikh Hasan al-Banna; “Khilaf
Fiqh dalam masalah-masalah cabang hendaklah jangan menjadi sebab
berlakunya perpecahan dalam agama dan membawa kepada permusuhan dan
kebencian kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya….”
.
[1]
 
Taujihat
Hasan al-Banna tersebut sewajarnya menjadi ingatan setiap muslim hari
ini kerana di depan kita ada matlamat perjuangan yang perlu kita capai.
Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri dalam masalah furu’, sudah
tentu penumpuan tidak dapat kita berikan kepada agenda yang lebih besar
dan utama.
 
Islam
membenarkan berlakunya khilaf di kalangan para mujtahid dalam
perkara-perkara furu’ yang tidak berkait dengan usul. Apabila berlaku
khilaf tidak semestinya yang satu benar dan yang satu lagi salah, yang
satu hak dan yang satu batil.
Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Dua
orang lelaki keluar bermusafir (pada zaman Rasulullah s.a.w.). Apabila
masuk waktu solat, mereka tidak memiliki air untuk mengambil wudhuk,
lalu mereka bertayammum dan mengerjakan solat. Namun setelah itu mereka
menemui air dan waktu solat masih ada. Maka salah seorang dari mereka
mengambil wudhuk dan mengulangi solatnya, adapun yang seorang lagi
tidak mengulangi solatnya. Tiba di Madinah, mereka datang merujuk
kepada Rasulullah s.a.w.. dan menceritakan apa yang berlaku itu. Lalu
Rasulullah berkata kepada lelaki yang tidak mengulangi solatnya; “Apa
yang kamu lakukan menepati sunnah dan solat kamu adalah sah/dikira bagi
kamu”. Kepada seorang lagi pula Rasulullah berkata kepadanya; “Bagi
kamu pahala/ganjaran dua kali”
.
(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai. Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, bab at-Tayammum)
Kerana
itu bagi Imam as-Suyuti, khilaf yang berlaku di antara mazhab-mazhab
berlegar antara yang paling benar dan yang benar, bukan di antara yang
benar dan yang salah.[2]
Oleh demikian, berdasarkan pandangan ini, apabila kita berpegang dengan
suatu pandangan mazhab –dalam masalah khilaf-, kita hanya layak untuk
berkata; ‘Pada hemat saya inilah pandangan yang paling benar, adapun
pandangan lain adalah benar’. Tidak harus kita berkata; “Bagi
saya inilah sahaja pandangan yang benar, adapun pandangan lain adalah
batil, munkar, bid’ah atau salah!”.
Perbezaan
pendapat di antara para ulamak mujtahid mendatangkan rahmat kepada
umat. Hal ini ditegaskan oleh banyak ulamak. Antaranya Imam Ahmad yang
berkata; “Perbezaan pendapat itu adalah kelapangan (bagi umat)”. Berkata Umar Abdul ‘Aziz; “Aku
tidak gembira jika para sahabat tidak berbeza pendapat. Kerana jika
mereka tidak berbeza pendapat tidak akan ada kelapangan bagi umat…”
.
Berkata Imam as-Syatibi; “Ikhtilaf antara ulamak adalah rahmat bagi umat”.[3]
Oleh
demikian, setiap orang Islam hendaklah berlapang dada dan menerima
kepelbagaian pandangan dalam Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak
mujtahid. Tidak menjadi kesalahan jika ia hendak mengkaji di antara
semua pandangan ulamak dalam suatu masalah, mana yang paling tepat.
Namun hendaklah ia benar-benar memiliki kemampuan untuk berbuat
demikian, di samping menjaga adab dengan para ulamak terdahulu serta
meraikan adab-adab khilaf.

Khilaf yang tidak diizinkan
Namun,
harus difahami juga bahawa bukan semua perkara harus berlaku khilaf.
Khilaf hanya harus dalam masalah furu’. Adapun dalam masalah aqidah
atau usul, tidak harus berlaku khilaf. Oleh demikian, apabila berlaku
pertembungan antara aqidah Ahlus-Sunnah dengan Muktazilah, Qadariah,
Syi’ah dan seumpamanya, orang Islam wajib berpegang dengan aqidah
Ahlus-Sunnah kerana ia adalah satu-satunya fahaman aqidah yang menepati
al-Quran dan as-Sunnah. Dalam suasana hari ini, umat Islam wajib
menolak segala bentuk ideologi yang bertentangan dengan aqidah Islam
seperti Sekular, Komunis, Sosialis, Liberalisme dan sebagainya kerana
tidak harus berlaku perbezaan dalam pegangan aqidah di kalangan umat
Islam.
Berkata Imam al-Khattabi; Khilaf dalam agama ada tiga bahagian;
Pertama; dalam mengisbatkan Pencipta dan keesaanNya. Mengengkari yang demikian adalah kufur.
Kedua; Dalam masalah sifat-sifat Allah dan kehendaknya. Mengengkarinya adalah bid’ah.
Ketiga; Dalam masalah furu’ yang diihtimalkan pelbagai pandangan.
Hal ini dijadikan Allah sebagai rahmat dan kemuliaan bagi para ulamak. Khilaf jenis inilah yang dimaksudkan dalam hadis Ikhtilaf (ulamak mujtahid) umatku adalah rahmat”.[4]
Berkata Imam as-Subki; Tiada syak bahawa khilaf dalam usul adalah sesat dan menjadi penyebab kepada segenap kefasadan sebagaimana ditunjuki al-Quran”.[5]

Tidak harus mengingkari masalah khilaf
Dalam senarai kaedah-kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang menegaskan;
لا ينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه
Tidak diingkari perkara yang diikhtilafkan, akan tetapi diingkari perkara yang telah diijmakkan”.[6]
Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab; “Munkar
yang wajib diingkari ialah yang telah diijmakkan oleh para ulamak ke
atasnya. Adapun perkara yang diikhtilafkan berkenaannya, maka di antara
pandangan sahabat-sahabat kami (yakni ulamak-ulamak mazhab Hanbali);
tidak wajib mengingkari orang yang melakukannya kerana ijtihadnya atau
kerana ia bertaklid kepada seorang mujtahid dengan taklid yang harus
”.
[7]
Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya’nya; Tidak
harus bagi seorang bermazhab Hanafi mengingkari seorang bermazhab
Syafi’ie yang memakna dhab, dubu’ dan yang tidak dibacakan Basmalah
(ketika disembelih). Begitu juga, tidak harus seorang bermazhab
Syafi’ie mengingkari seorang yang bermazhab Hanafi yang meminum nabiz
yang tidak memabukkan…”.
Berkata Imam Nawawi; “Amalan-amalan
dan ucapan-ucapan yang rumit yang tertakluk dengan ijtihad, tidak harus
orang-orang awam menceburinya dan tidak harus mereka mengingkarinya.
Hal demikian hendaklah diserahkan kepada para ulamak. Para ulamak pula
mereka hanya mengingkari/menegah perkara yang telah diijmakkan. Adapun
perkara yang diiktilafkan, tidak ada keingkaran terhadapnya kerana
menurut salah satu dari dua mazhab (berkenaan ijtihad); setiap mujtahid
adalah benar. Pandangan ini adalah yang terpilih di sisi ramai para
muhaqqiqin (penganalisis) atau kebanyakan mereka. Adapun menurut satu
pandangan/mazhab lagi; yang benar satu sahaja dan yang salah tidak
tertentu bagi kita dan dosa terangkat darinya…”.
Berkata Imam Ibnu Taimiyyah; “Jika
suatu masalah itu harus ijtihad padanya maka tidak dipertikaikan orang
yang berbeza pandangan sama ada ia seorang mujtahid atau yang
bertaklid”.

Berpegang dengan mazhab

Kaum muslimin terdiri dari dua golongan;
1.
Golongan yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini
dikenali sebagai mujtahid dan bilangan mereka amat sedikit kerana para
ulamak silam meletakkan syarat yang cukup ketat bagi ijtihad demi
menjaga agama dari diseleweng atau disalahtafsirkan. Golongan ini tidak
harus bertaklid. Mereka wajib mencungkil sendiri hukum hakam dari
al-Quran dan as-Sunnah.
2.
Golongan yang tidak memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini
adalah kebanyakan penganut Islam. Mereka dituntut merujuk kepada
alim-ulamak berdasarkan perintah Allah;
“…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”. (an-Nahl: 43)
فإنما شِفَاء العِيّ السُّؤالُ
“Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya”.
(Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni)
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Harus
bertaklid bagi orang yang tidak sampai darjah ijtihad. Wajib atasnya
mengikuti seorang imam yang dapat ia mengambil panduan darinya dan
bertaklid kepadanya dalam mengenali hukum-halam halal dan haram. Tidak
harus bagi orang sepertinya untuk memberi fatwa kepada orang lain
sekalipun ia memiliki keseluruhan kitab-kitab hadis”
.[8]
Berkata Imam as-Syatibi; “Fatwa-fatwa para mujtahidin dinisbah kepada orang-orang awam umpama dalil-dalil Syarak dinisbah kepada para mujtahid”. [9]
Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; Seorang
mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang
asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya.
Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli
ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau
dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam
kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang
pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh.
Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab
tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan
dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh….”
.[10]

Masalah Bid’ah

Bid’ah
akhir-akhir ini telah menggoncang kesatuan para pendokong Islam dalam
menghadapi musuh-musuh mereka yang semakin hebat dan semakin licik
mengatur serangan. Melakukan bid’ah sememangnya suatu kesalahan atau
dosa dalam Islam. Tetapi harus diingat bahawa bukan bid’ah sahaja
satu-satunya penyakit yang bakal merosakkan umat Islam dan kekuatan
mereka. Di sana terdapat penyakit kufur, syirik, nifaq, munkar, dosa
dan maksiat yang di mana penyakit-penyakit ini diulangi berpuluh kali
oleh Allah di dalam al-Quran (malah juga as-Sunnah) berbanding dengan
bid’ah yang disebut dalam beberapa hadis sahaja.
Malah
dewasa ini munkar dan maksiat menjadi masalah besar dalam masyarakat
kita, namun terdapat sesetengah pihak cuba memalingkan perhatian kita
dari memikirkan masalah besar tersebut kepada memikirkan persoalan
bid’ah dalam hal-hal furu’.
Para
ulamak sepakat bahawa istilah bid’ah mengikut Syarak hanya berlaku
dalam masalah agama. Secara khususnya ia merangkumi tiga persoalan;
1. Aqidah
2. Ibadah
3. Halal dan haram
Begitu
juga, mereka mensepakati bahawa perkara baru dalam agama yang
direka-reka tanpa mempunyai sebarang asas atau asal-usul dari Syarak
(sama ada dari al-Quran, as-Sunnah, Ijmak atau sebarang bentuk
pendalilan yang muktabar di sisi ulamak), maka ia adalah bid’ah yang
sesat. Ia dinamakan sebagai bid’ah haqiqiyah yang disepakati ulamak
bahawa ia haram dan tercela. Contohnya ialah;
1.
Dalam masalah aqidah; bid’ah Muktazilah, Jabariyah, Qadariah. Pada hari
ini dapat kita masukkan dalam bid’ah jenis ini; Islam liberal, Sekular,
Sosialis dan sebagainya.
2. Dalam masalah ibadah; memuja dan berdoa kepada kubur-kubur yang dianggap keramat, bernazar kepada selain Allah.
3. Dalam masalah halal-haram; menghalalkan riba, arak, judi, pelacuran, pendedahan aurat dan sebagainya.
Di
sana terdapat bentuk bid’ah yang diikhtilafkan antara ulamak iaitu
bid’ah yang dinamakan sebagai bid’ah idhafiyyah. Bid’ah Idhafiyyah
ialah suatu amalan yang terdapat asal-usulnya dalam syarak, cuma
kaifiyat dan cara pengamalannya sahaja yang ditambah dari yang
disebutkan Syarak. Kerana itu ia dinamakan Idhafiyah yang bermaksud
sandaran/tambahan. Contoh amalan yang termasuk dalam kategori bid’ah
idhafiyah ini ialah;
1. Berzikir dan berdoa selepas solat beramai-ramai (secara berjamaah).
2. Bersalaman selepas solat fardhu.
3. Membaca tahlil beramai-ramai.
4. Muazzin membaca selawat dengan suara yang kuat selepas melaungkan azan.
5. Tambahan Saidina dalam selawat.
6. Membaca Yaasin malam jumaat.
7. Berpuasa nisfu Syaban
8. Himpunan maksurat yang dibaca di waktu pagi dan petang.
Para ulamak dalam mentafsirkan bid’ah terdapat dua kecenderungan;[11]

Pertama;

Meletakkan semua jenis bid’ah adalah haram dan sesat tanpa
membahagikannnya kepada bid’ah hasanah dan bid’ah saiyyiah atau
mazmumah. Antara ulamak yang mempunyai kecenderungan ini ialah Imam
Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim, as-Syatibi dan aliran Salafi hari ini.
Bagi kumpulan ini, bid’ah idhafiyah juga tergolong dalam bid’ah yang
diharamkan. Bagi mereka, bukan hanya amalan perlu ada dalil, malah
kaifiyat dan cara mengamalkan juga perlu ada dalil.

Kedua;

Membahagikan bid’ah kepada dua kategori iaitu bida’h hasanah dan bid’ah
saiyyiah. Bid’ah hasanah ialah amalan-amalan yang menepati dalil-dalil
Syarak. Adapun bid’ah saiyiah ialah yang bercanggah dengan dalil-dalil
Syarak. Pandangan ini menjadi pegangan jumhur ulamak termasuk Imam
Syafi’ie, Imam Ibnu Hazm, Imam al-Ghazali, Imam Ibnu al-Athir, Imam
Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam al-Zarkasyi, Imam al-Qarafi dan
sebagainya. Bagi pandangan ini, jika suatu amalan itu terdapat
asal-usulnya dari Syarak, maka tidak boleh dinamakan bid’ah yang sesat
jika dilakukan dengan kaifiyat yang ditambah asalkan kaifiyat itu tidak
bertentangan dengan Syarak. Kecualilah jika terdapat dalil yang
menegaskan suatu amalan itu wajib dilakukan dengan kaifiyat tertentu,
maka tidak harus berpaling kepada kaifiyat yang lain seperti solat lima
waktu dan sebagainya.
Berkata Imam Syafi’ie; “Perkara-perkara baru dalam urusan agama ada dua jenis;
Pertama; Perkara baru yang menyalahi al-Quran, as-Sunnah, atsar (kata-kata sahabat) atau ijmak, maka ia adalah bid’ah yang sesat.
Kedua;
Perkara baru yang berbentuk kebaikan yang tidak ada seorang ulamak pun
yang mempertikainya, maka ia adalah perkara baru yang tidak
tercela.Saidina Umar r.a. pernah berkata mengenai solat Terawikh (yang
dilakukan berjamaah di belakang seorang imam); “Sebaik-baik bid’ah
ialah ini”. Ianya membawa erti bahawa ianya benda baru dan belum pernah
dilakukan sebelumnya…”.
[12]
Berkata Imam Ibnu Rajab; “Yang
dimaksudkan dengan bid’ah itu ialah perkara yang baru diwujudkan yang
tidak ada dalil yang membuktikannya di dalam Syariat. Manakala sesuatu
yang mempunyai dalil yang menunjukkannya, maka ia bukanlah bid’ah dari
segi Syarak walaupun ia bid’ah dari segi bahasa”
.
[13]
Dalam
apa keadaan sekalipun, setiap muslim harus menerima hakikat bahawa
amalan-amalan dalam bid’ah idhafiyah tersebut menjadi medan khilaf di
kalangan ulamak. Sebagaimana ditegaskan tadi, dalam masalah khilafiah
kaum muslimin hendaklah berlapang dada sesama sendiri demi menjaga
kesatuan sesama mereka. Adalah lebih baik memberi tumpuan kepada
membasmi gejala murtad, maksiat, munkar dan bid’ah haqiqiyah dari
menyebukkan diri dengan bid’ah idhafiyah yang pastinya tiada
penyudahnya. Hal tersebut telah diperingatkan oleh Syeikh Hasan
al-Banna sejak 50 tahun yang lalu di mana beliau menulis dalam risalah
Usul al-’Isyrinnya;
“Setiap
bid’ah di dalam agama yang tiada asal-usulnya (dari nas Syarak), hanya
semata-mata dipandang elok oleh hawa-nafsu manusia sama ada dengan
menambah atau mengurangnya, ia adalah sesat dan wajib diperangi. Namun
untuk membasminya hendaklah dengan jalan terbaik yang tidak membawa
kepada keburukan yang lebih besar”.
(Usul ke 11)

“Bid’ah
Idhafiyyah dan at-Tarkiyyah dan melazimi ibadah-ibadah yang mutlak
merupakan khilaf fiqh di mana setiap ulamak terdapat pandangannya
tersendiri. Namun tidak menjadi kesalahan untuk mencari kebenaran
berdasarkan dalil dan bukti”.
(Usul ke 12).
Syeikh Said Hawa juga menegaskan; “Tidak
harus kita menghukum suatu amalan sebagai bih’ah yang diharamkan
kecuali apabila telah disepakati oleh imam-imam mujtahid atau imam-imam
fatwa bahawa ia adalah bid’ah. Adapun jika mereka berikhtilaf dalam
membid’ah atau mengharamkannya, maka perkara terbabit adalah luas
(yakni diberi kelonggaran) dinisbah kepada orang awam. Adapun bagi
orang yang mengetahui jalan-jalan dalil, maka perkara tersebut baginya
lebih sempit di mana jika yang rajih baginya ialah dalil terkuat yang
membid’ahkannya, maka wajib atasnya menjauhi perkara tersebut. Namun
tidak ada hak baginya untuk berkeras mengingkari orang yang mengikuti
imam-imam mujtahid atau imam-imam fatwa dalam hal atau masalah seumpama
itu…”
.
[14]
والله أعلم بالصواب

Bacaan dan rujukan;
1. Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, Dar al-I’tisham, Qaherah-Mesir (1989)
2. Fahmul-Islam Fi Dzilali al-Usul al-‘Isyrin, Syeikh Jum’ah Amin Abdul-Aziz, Dar ad-Da’wah, Iskandariyah-Mesir (1990).
3. Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, Imam an-Nawawi, Muassasah al-Mukhtar, Qaherah-Mesir (2001)
4. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, al-‘Allamah al-Minawi, Dar al-Fikr (tanpa tarikh).
5. Al-Asybah wa An-Nazair Fi Qawa’id wa Furu’ Fiqh asy-Syafi’iyyah, Imam as-Suyuti, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan.
6.
Taghyir an-Munkar Baina al-Ifrat wa at-Tafrit, al-Hafidz Ibn Rajab
al-Hanbali, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Syirbin-Mesir (1991).7. Al-Wajiz Fi
Usul al-Fiqh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr
al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).
8. Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1996)
9.
Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, Dar as-Salam,
Qaherah-Mesir (1992).Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud,
Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).
[1] Usul ke 8 dari Usul Isyrin, Syeikh Hasan al-Banna.
[2] Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, hlm. 34.
[3] Fahmul-Islam, hlm. 134.
[4] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi.
[5] Faidhul-Qadier, hadis no. 288.
[6]
Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.Dikecualikan khilaf
yang lemah dan boleh menjadi faktor pendorong kepada larangan yang
telah disepakati. Contohnya; Khilaf dalam masalah riba an-Fadl.
Sekalipun terdapat pandangan Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar
mengharuskannya, tetapi pandangan mereka amat lemah kerana terdapat
hadis soheh yang banyak yang menegaskan pengharamannya. Malah terdapat
keterangan bahawa mereka berdua telah menarik kembali pandangan mereka
itu. Begitu juga, khilaf dalam masalah nikah Mut’ah. Khilaf tersebut
adalah lemah dan boleh membawa kepada penzinaan. (Rujuk; Taghyir
an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 64. Lihat juga;
Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.).
[7] Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 63-64.
[8] Fahmul-Islam, hlm. 111.
[9] Fahmul-Islam, hlm. 111.
[10] Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, hlm. 409.
[11] Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, hlm. 123.
[12] Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, jil. 3, hlm. 21.
[13] Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (dinaqalkan dari kitab Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 361).
[14] Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 341-342.

Usrah Ibnu Masran Al-Banjari

Bolehkah Wanita Berdakwah

June 23rd, 2007 by ainohikari

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

Umat Islam terutamanya para
muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan
lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini.
Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan
lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran
agama.

Tidak dapat dinafikan,
banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan
asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya
membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan
kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia
diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah
Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut
tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin
mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri
nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?

Suara Wanita

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

 

أنَّ
رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن
الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما
لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya
Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan
banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority
ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi
majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak
yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan
suaminya.." (Riwayat Muslim)

 

Saya bukan ingin mengulas isi
kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita
dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita
itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang
membuktikan suara wanita bukan aurat. 

Hasilnya, pandangan terkuat
dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali
menganggap suara wanita bukanlah aurat.

 

Berubah Menjadi Aurat

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.

Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.

"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya

" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.

"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga

"ish..naik le bulu roma saya
dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah,
eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum
kambing.

Bayangkan bagaimana
keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu
mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara
umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda
dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat
untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk
menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.

Walaupun mahasiswi itu berada
di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak
gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa
yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil
berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap
butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.

Entah apa yang merasuk mereka..

Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :

"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"

"siswi mana" tanya saya

"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu

Cuba lihat apa yang terjadi,
hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati
seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika
siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !


Teringat Di Jordan

Saya juga teringat satu hari,
ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika
itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita
yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa
bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan
mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada
seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana
penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang ‘ada rupa’ serta
’solehah’. Hmm solehahkah mereka …? 

Pinjam meminjam pun berlaku
dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men ‘copy’ ke
komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang
mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik
dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya. 

Amaran Allah

 

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

 


فَلاَ
تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah
kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi
orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka
bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan
tatacaranya)
" (Al-Ahzab : 32)

 

Para ulama tafsir  menyebut,
suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan
(yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan
mahram)
tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li
Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

 

Imam As-Suddi berkata :
larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya
(lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan
menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat
( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

 

Berdasarkan dalil ayat ini,
apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam
bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki
yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita
yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah
harus.

 

Suara Wanita Ketika Beribadah

Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin
menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan
lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan
menggunakan tepukan sahaja.

 

Hadithnya :-

فقال
رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في
صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata
Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila
ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah
kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk
wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

 

Arahan nabi untuk wanita
bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari
memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ;
Al-hawi al-Kabir, 9/17)

 

2) Wanita dan azan

 

Imam al-Jassas ketika
mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini
memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya
jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki (
Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

 

Demikian juga pandangan
mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah
pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

 

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

 

Sudah tentu wanita harus
untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan
mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para
lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

 

Imam Ibn Hajar berkata :
"jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika
solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath
Al-Bari, 9/509 )

 

Jelas bahawa suara wanita
yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah
hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha
wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana
itu disebutkan


 

فرع : صرّح في النوازل
بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح
للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )

Ertinya : Ditegaskan bahawa
suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda
: Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita,
maka tiada harus didengari ‘tasbih’ wanita oleh si lelaki"
( Syarh
Fath  Al-Qadir, 1/206 )

 

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita
tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya
sahaja, demikian pendapat Ato’, Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie (
AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

 

 

Kesimpulan

 

Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

 

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam
; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya
secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang
mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki
(Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ;
‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu’, Ibn Al-Mufleh, 1/372
)

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan.
Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki
secara Ijma’. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur
, 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

 

Maka kumpulan nashid wanita
hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah
bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur
dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak
awam juga.

 

Kebiasaannya apabila
persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang
canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi
tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya
bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.
Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti
pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki
bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

 

" tapi ustaz, inikan
alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang
seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan
penyokong kumpulan nashid wanita.

 

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

 

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya
:
" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk
juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal)
Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor"
(
Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya
khilaf ; Majma’ Az-Zawaid, 10/228  )

 

Justeru, tidak boleh
menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita.
Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

 

Jangan pula ada yang mendakwa
kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan
dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia
sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu
buruk.

 

Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

 

Hadith ini menjelaskan tidak
boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan
ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang
diharamkanNya.  ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

 

Demikianlah dakwah dan
pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya
perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram)
sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk
komersial dan mengaut untung sahaja.

 

Setiap hasil untung dari
jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil
yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk
wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan
juga untuk kaum wanita.

 

Sedarilah kumpulan nashied
wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia
pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh
Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.

BANTAHAN KEPADA ARTIKEL

Apabila
tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong
nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan
satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan
nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.

Hadith ini adalah seperti berikut :-

Ertinya
:
Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke
rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan
bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari
Bu’ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata
Abu Bakar  r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW?
Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335

 

Dalam riwayat lain :

عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ
تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ
وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ
الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام
فقال دَعْهُمَا

ُErtinya
: "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua
orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi
dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath, maka baginda terus baring
dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku
sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi
terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya
"

 

Secara
ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya
nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-

1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.

2) Dua orang
jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan
penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang
dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya
sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas

 

"وليستا بمغنيتين"

Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به

Ertinya :
Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan
keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim,
6/182 : fath Al-Bari, 2/442)

 

3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah.
Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam
An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-

وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن

Ertinya :
Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi
MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi
perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)

 

4) Takrif ‘Jariah’ selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-

 

قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ

Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)

قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ

Ertinya :
Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya
digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 :
Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )

 

Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma’bud :-

 

لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب

Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a’rab ( Awnul Ma’bud, 13/181)

 

Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

Sekian

http://www.zaharuddin.net/

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

May 25th, 2007 by ainohikari

Tips @ Petua

"

Menjaga
kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan
luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk
perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan
banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari, kecuali tidur sebentar pd tgh hari (–> sunnah)

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3.
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa
dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan
buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak
merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa
bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu
menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak
berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi
sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut
subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi
kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah
jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan
terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah).
Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk
di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan
jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah
lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan
tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu
senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata
janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan
memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu
kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada
buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa
bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian
sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Makanan Rasulullah s.a.w

April 22nd, 2007 by ainohikari

"Selera
makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda saw. sangat gemar
makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan
istimewa orang Arab , sop dimakan bersama roti juga disukai. Madu,
cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang
juga disukai. Nabi saw. juga menggemari memasukkan kurma  bersama susu
dan mentega. Baginda saw. tidak suka makanan pedas. Makanan manis
adalah kegemaran Baginda saw.

Nabi saw. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.Ketika
minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali  dari bibirnya .
Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas
makan Nabi saw. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.  Baginda
saw. menyukai orang -orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan
sup Nabi saw menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat
merasainya.
Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari
An-Nu’man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari
makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah
melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja
untuk mengisi perutnya!

Dalam
riwayat Muslim pula dari An-Nu’man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada
suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari
dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian
menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang
didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi
perutnya.

Suatu riwayat yang
diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari
Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW
ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya:
Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau
sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban
beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu.
Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu
Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari
kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia
menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad
meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu
Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam
hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya – atau pun
katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra.
berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya
lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang
bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab
Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk
dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu
Ya’la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya
sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW
tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap.
Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib
Wat-Tarhib 5:154; Majma’uz Zawatid 10:325)

Bukhari
dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata:
Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan
Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan,
padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata
Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan
air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari
kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah
kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu
sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu
Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk
sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu
atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa
makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun
jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi
memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah
ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh:
Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila
aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa
begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di
mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak
pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Dalam
riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang
dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di
Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak
pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari
berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah
SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma
dan air.
(Kanzul Ummal 4:38)

Dalam
riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.:
Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan
sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu
mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib
Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia
memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW
selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya
pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam
secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali
ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak
pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti
yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak
pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah
puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi
memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur
malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur
karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya
dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah
ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang
makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau
menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW
meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang
kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah
Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong
roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada
Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari
yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka
Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa,
wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya
tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong
darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma’uz Zawa’id 10:312)

Ibnu
Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah
SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan:
Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak
beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari
meriwayatkan dari Sahel bin Sa’ad ra. dia berkata: Tidak pernah
Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan
menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya:
Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung?
Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak
beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu
lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak
terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian
kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal
itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi
memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami
datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat
kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka
Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya
terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu
Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para
sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu
lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada
perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih
makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan
telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan
dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak
orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di
akhirat.’

Bukhari dan Ibnu Abid
Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama
sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah
kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk
badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!

(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).


Sudah berapa harikah kita sentiasa kekenyangan
layari

http://tunasislam.blogspot.com/

"

Onani ?

April 7th, 2007 by ainohikari


Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur’an:

وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى
وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

terjemahan LPZH

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali
kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah
tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.

Al-Mu’minun  5-7

Onani juga hanya berupaya memberikan kepuasan sementara kepada
pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk
melakukan hubungan seksual yang lebih sempurna. Ini adalah kerana
manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk memuaskan kehendak
seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan apabila manusia
cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat, tidak
pula memuaskannya. Justeru itu onani
tidak akan berjaya memuaskan nafsu seksual tetapi hanya akan melahirkan
nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada perbuatan yang lebih
buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun ada sesetengah ahli fiqh (Al-Qaradhawi dan Ali Tantawi) berpendapat bahawa onani
dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kegentingan syahwat
dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan syahwatnya dan dapat
pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang lebih
besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran
.

Kebolehan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan:

memilih yang terkecil dari dua mudharat.

Di sini perlu ditegaskan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di
atas hanyalah dalam suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan
onani yang dilakukan setiap hari atau setiap masa yang terlahir dari
perbuatan melihat video-video, majalah-majalah atau angan-angan lucah. Yang
pertama dibolehkan atas dasar pertimbangan maslahat agama manakala yang
kedua diharamkan atas dasar pertentangan dengan perintah dan
nilai-nilai agama.

* Makna Onani - perzinahan dengan tangan.

Keutamaan Zikrullah Dalam Amalan Seharian

March 31st, 2007 by ainohikari

Bermulanya
Ad-Din itu adalah mengenal Allah. Setelah mengenal Allah barulah kita
dapat mengingatiNya. Begitulah halnya bagi pengamal zikr Tarekat Ahli Sufi yang mana amalan zikr ini menjadi teras kepada segala ibadah ( ibadah khususiyah mahupun ibadat umumiyah).

Perintah supaya sentiasa mengingati Allah itu, adalah berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah.

Antaranya adalah :

 

1. Firman Allah swt di dalam surah Al-Ahzab 41-42 :

 

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُو اللهَ ذِكْراً كَثِيراً. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mengingati Allah

dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya

di waktu pagi dan petang”.

 

2. Surah An-Nisa’ 103 :

 

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُوا اللهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ…

“Maka apabila kamu telah selesai akan solat (mu), ingatlah Allah

dikala berdiri, dikala duduk dan dikala berbaring…..”

 

Dan sunnah yang menjadi dalil supaya berzikr itu seperti :

 

3. Hadith dari At-Tarmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda’ (marfu’) :

 

أَلاَ
أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ
وَازْفَعِهَا فِى دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ
وَالْوَرَقِ وَخَيْرٍ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَنَضْرِبُوا
أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ. قَالُوا: بَلَى. قَالَ:
ذِكْرُاللهِ.

“Tidakkah kuberitahukan kepada kamu tentang amalmu yang paling

baik dan paling bersih disisi Tuhan-mu dan paling tinggi (mengangkat)

darjatmu, dan terlebih baik bagimu dari (berperang) melawan

musuh, lantas kamu memenggal batang leher mereka dan mereka pun

memenggal batang lehermu?” Para Sahabat pun menjawab : “Bahkan”.

Nabi saw pun bersabda : “Zikrullah”.

 

4. Hadith Muslim dari Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

 

مَا
جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِساً يَذْكُرُونَ اللهَ فِيهِ إِلاَّ حَفَّتْهُمُ
الْمَلاَئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ
عِنْدَهُ

“Tiadalah
duduk sesuatu kaum (kumpulan) itu di dalam suatu majlis yang mana ada
zikrullah (mengingati Allah) di dalamnya melainkan (disebut) akan para
Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka, dan Allah mengingati
mereka termasuk orang (yang dekat) disisi-Nya”.

 

5. Hadith al-Bukhari pula :

 

إِنَّ لِلَّهِ مَلاَئِكَةً يَطُوفُونَ فِى الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا

يَذْكُرُونَ اللهَ يُنَادُونَ هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ. قَالَ : فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ

إِلَى السَّماءِ الدُّنيَا.

“Sesungguhnya
bagi Allah itu ada malaikat yang mengelilingi di jalan-jalan mencari
orang-orang yang berzikr. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan)
yang berzikr kepada Allah, lalu mereka berseru : “Ayuh, mari kepada
hajat kamu”. Lantas Nabi saw bersabda : “Maka para Malaikat itu
mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit
dunia”.

 

Hadith -2 yang menerangkan kelebihan zikr ini terlalu banyak.

 

Adapun zikr ini terbahagi kepada dua :-

 

a. zikr Jahr yakni Lisani (lidah)

b. zikr Sirr / Khafiy yakni Qalbi (hati)

 

Zikr Jahr ialah zikr menyebut “Allah Allah Allah” dengan lidah yang disertai dengan suara. Zikr ini

sukar
dilakukan secara berterusan kerana banyak halangan dari kesibukkan dan
pekerjaan-2 dunia, umpamanya ketika bercakap, sudah semestinya
menghentikan seseorang itu dari berzikr apatah lagi pada
perbuatan-perbuatan yang lain seumpamanya.

 

Manakala
zikr Sirr pula ialah zikr yang tidak bersebut, tidak bersuara dan tidak
pula berhurf malah dikenali juga sebagai zikr Khafiy yang bermaksud
(tersembunyi). Zikr Sirr ini merupakan tumpuan jasad (anggota tubuh
badan) dan ruh (hati) untuk melahirkan suatu perasaan dan ingatan
kepada yang Khaliq samada dalam keadaan sedar mahu pun fana (lenyap).
Zikr Sirr ini tidak akan tergganggu dengan pekerjaan harian walau apa
keadaan sekali pun atau di mana sahaja kita berada. Walaupun mata (dan
termasuk anggota jasad yang lain) sedang nyenyak tidur tapi hati tetap
berzikr tanpa henti pada setiap saat.

 

Oleh
kerana itulah pengamal Tarekat Naqsyabandiyah al-Khalidi memilih zikir
Sirr ini, kerana peranan hati (qalbi) dalam kehidupan adalah sangat
penting. Hati adalah tempatnya pancaran cahaya dan penuh dengan
kerahsiaan. Para sufi mengumpamakan hati ini sebagai raja manakala
batang tubuh (badan) sebagai kerajaannya dan anggota-anggota tubuh pula
(mata, telinga, lidah, tangan, perut, kaki dan termasuklah kemaluan itu
sendiri) merupakan rakyat dan tentera-tenteranya. Jika baik raja itu
maka baiklah kerajaannya serta baik pula pekerjaan rakyat jelata atau
tentera-tenteranya. Sekira jahat raja itu maka jahatlah keseluruhan
kerajaan serta rakyat jelata atau tentera-tenteranya sekalian. Lalu
melekatlah di dalamnya segala sifat-sifat yang tercela (mazmumah), maka
seluruh anggota jasad menjadi keji dan mungkar.

 

 

6. Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih kedua-duanya bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

 

وإنّ فى الجسدِ مضغةً إذا صلحتْ صلح كلّه

وإذا فسدتْ فسدَ الجسدُ كلّه، ألا وهى القلْبِ


Dan sesungguhnya bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia
baik maka baiklah badan seluruhnya; dan apabila rosak (jahat) ia, maka
rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah hati “.

 

7. Seseorang tidak dianggap beriman sekiranya hati itu belum membenarkan sesuatu yang wajib diimani.

 

Di dalam himpunan hadith oleh al-Imam Nawawi dalam syarahnya Matan al-Arba’in :

 

لا يستقيمُ إيمانُ عبدٍ حتَّى يستقيمَ قلبه

“ Tidak lurus iman seorang hamba itu sehingga lurus (lebih dahulu) hatinya “.

 

8. Dan sesuatu ibadah pun tidak dikira sah selagi tidak disertai dengan niat di dalam hati.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith di dalam kitab sahih kedua-duanya :

 

إنَّما الأعمال بالنّياتِ وإنما لكلّ امْرىءٍ ما نوى

“ Hanya segala amal itu dengan niat (hati) dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan “.

 

Ijmak
ulama menyatakan bahawa amal anggota tidak diterima selagi tidak
disertai amal hati, sedangkan amal hati diterima meskipun tanpa amal
anggota.

 

Jika pekerjaan hati tidak diterima, nescaya tidaklah diterima iman seseorang kerana iman itu adalah percaya dengan hati.

 

Mengenai zikr dengan hati ini terdapat banyak dalil-dalil Al-Quran dan Hadith, di antaranya :

 

9. Firman Allah swt di dalam surah Al-Mujaadalah : 22

 

…أُلَآئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ….

 


Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam
hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang
daripada-Nya “.

 

 

 

 

 

 

 

 

10. Surah Al-Hujurat : 3

 

إِنَّ
الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِندَ رَسُولِ اللهِ أُوْلآَئِكَ
الَّذِينَ امْتَحَنَ اللهُ قُلُوبَهْم لَِلتَّقْوَى لَهُم مَّغْفِرَةٌ
وَّأَجْرٌ عَظِيمٌ

 


Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulillah
dan mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah
untuk bertaqwa, maka bagi mereka ampunan dan pahala yang besar “.

 

11. surah Al-A’raf : 205

 

وَاذْكُرْ
رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَّخِيفَةً وَّدُونَ الْجَهْرِ مِنَ
الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالأَصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

 


Dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut, dan dengan tanpa mengeluarkan suara, di waktu pagi dan petang
dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang lalai “.

 

Adapun hadith-hadith yang menyebut tentang zikr Sirr ini diantara lainnya ialah :

 

12. Hadith al-Baihaqi dari Aisyah, bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

 

يفضل
الذكر على الذكربسبعين ضعفاً إذا كان يوم القيامة رجّع الله الخلائق إلى
حسابه وجاءت الحفظة بما حفظوا وكتبوا. قال الله تعالى : انظروا هل بقى
لعبدى من شىءٍ. فيقولون : ما تركنا شيئاً ممّا علمناه وحفظناه إلاّ وقد
أحصيناه وكتبناه. فيقول الله تعالى : إنّ لك عندى حسنةً وأنا أجزيك به وهو
الذّكر الخفىّ.

 


Zikr yang paling afdhal (utama) dari segala zikr (zikr jahri) yang mana
ianya diberi tujuh puluh kali ganda (darjatnya). Apabila pada hari
kiamat kelak, Allah menghimpunkan semua makhluk-Nya ke tempat
perhitungan, Dan Malaikat Penjaga pun datang membawa apa yang mereka
jaga dan apa yang mereka catat. Allah pun berfirman kepada Malaikat
Penjaga :


Perhatikanlah, masih adakah sesuatu yang tertinggal dari hambaKu?’…Lalu
mereka pun menjawab : “ Tidak satu pun kami tinggalkan dari apa yang
kami ketahui dan apa yang kami jaga, melainkan kami batasi dan sudah
kami tulis dengan sebenarnya “. Maka Allah pun berfirman (kepada
hamba-Nya) : ‘ Sesungguhnya kebaikanmu ada pada-Ku Dan Aku akan
membalasnya. Kebaikanmu itu ialah zikr Khafiy.”

 

13. Hadith al-Bukhari dan lainnya menyatakan bahawa Nabi saw bersabda :

 

أنا غند ظنّ عبدى وأنا معه إذا ذكرنى. فإن ذكرنى فى نفسه ذكرته فى نفسى. وإن ذكرنى فى ملأٍ ذكرته فى ملأٍ خيرٍ منهم

 


Allah berfirman : Aku adalah di sisi dugaan hamba-Ku. Aku besertanya
apabila dia berzikr kepada-Ku. Maka jika ia mengingat Aku dalam
hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku. Dan jika ia
ingat kepada-Ku secara berjamaah, nescaya Aku ingat kepadanya dalam
kelompok berjamaah yang lebih baik daripada mereka “.

 

14. Hadith Abu ‘Uwanah, Sahih Ibnu Hibban dan al-Baihaqi :

 

خيرُ الذّكرِ الخفىُّ وخيرُ الرّزْقِ ما يكفى

 

“ Sebaik-baik zikr ialah zikr yang tersembunyi dan sebaik-baik rezeki adalah sesuatu yang mencukupi “.

 

15. Hadith al-Baihaqi :

 

الذّكرُ لا تسْمعه الحفظةُ يزيدُ على الذّكرِ الذى تسْمعه الحفظةُ بسبعين ضعفاً


Zikr yang tidak terdengar oleh Malaikat Penjaga melebihi dari zikr yang
didengar oleh Malaikat Penjaga, dengan tujuh puluh kali ganda “.

 

Begitulah di antara dalil-dalil yang menghendaki supaya kita memperbanyakkan zikr, terutama zikr Siir atau Khafiy ini.

 

16. Syeikh Abu Sa’id Al-Kharraz pernah menyatakan :

 


Apabila Allah swt hendak melindungi seseorang, maka dibukakan-Nya pintu
ingatannya (zikr). Jika kelazatan zikr telah terasa, maka dibukakan-Nya
pintu pendekatan (taqarrub) dan diangkatkan-Nya pula martabatnya di
hadapan manusia. Sesudah itu didudukkan-Nya di atas tauhid ( akidah
yang teguh) dan diangkatkan-Nya pula tabir (hijab), sehingga ia
mempunyai pandangan tembus (kasyaf). Kemudian dimasukkan-Nya ke dalam
Darul Fardaniah (alam penuh kerahsiaan). Tersingkaplah dinding jalal
(kemuliaan) dan ‘azmah (kebesaran). Tatkala pandangannya menembus ke
alam jalal dan ‘azmah, maka tinggallah dia tanpa dia. Pada waktu itu
jadilah ia Fana beberapa waktu, tenggelam dalam nikmat rahsia kebesaran
Allah swt dan terus dilindungi-Nya “.

 

17. Khalid bin Ma’dan menyatakan :

 


Seseorang (ahli zikr) itu mempunyai dua penglihatan diwajahnya. Dengan
penglihatan pertama itu (dua mata) ia dapat melihat dunia, manakala
penglihatan yang kedua yakni mata hati, dia dapat melihat sesuatu yang
ghaib yang dijanjikan Allah swt kepada hamba-Nya “.

 

 

 

18. Ahmad Ibnu Hadhrawaihi berkata :

 


Hati itu adalah wadah. Apabila telah penuh dengan kebenaran, maka
memancarlah cahayanya ke seluruh tubuh. Sebaliknya apabila penuh dengan
kebatilan maka seluruh kegelapan menyelubungi tubuhnya “.

 

19. Zunnurul Misri berkata :

 


Bertafakkur (zikr Sirr) sesaat lebih baik daripada beribadatnya manusia
dan jin. Apabila Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya
terdapat gambar-gambar dan patung-patung, maka mana mungkin saksi-saksi
kebenaran (syawahid) akan masuk ke dalam hati yang di dalamnya penuh
dengan hal-hal selain Allah?”

 

20. Syeikh Abu Hassan as-Syadzli menyatakan :

 

“ Sebesar zarrah amal dihati adalah seimbang dengan sebesar gunung amal dianggota “.

 

Jika
zikr dengan lidah diperkuat dengan zikr dalam hati, maka hal itu lebih
sempurna. Dan jika diperkuatkan lagi dengan menghadirkan pengertiannya,
maka hal itu lebih sempurna lagi. Jika berharap kepada Allah itu
dilakukan sepenuh hati dan ikhlas, maka itulah puncak zikr yang paling
tinggi.

 

Imam
Fakhrur Razi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan zikr lisan ialah
mengucapkan kalimat suci dengan lidah seperti bertasbih, tahmid dan
bertakbir serta menyebut ismuz-zat iaitu ‘ Allah, Allah, Allah ‘ adalah sebagai memuji akan keEsaan Allah Ta’ala.

 

Manakala
zikr Sirr/Khafiy (hati) ialah tafakkur mengingat Allah serta merenungi
rahsia-rahsia ciptaan-Nya secara mendalam dan mengintai-intai
(muraqabah) tentang zat, asma`, sifat dan af’al Allah Yang Maha Mulia.

 

Terdapat
satu lagi zikr yang dinamakan zikr Jawarih (anggota). Zikr ini
merupakan suatu bentuk penyerahan dan ketaatan dalam pengamalan.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa zikr tersebut terbahagi kepada tujuh
jawarih iaitu :

 

  1. Zikr mata dengan menangis.
  2. Zikr telinga dengan mendengar yang baik-baik.
  3. Zikr lidah dengan memuji Allah.
  4. Zikr tangan dengan memberi sedekah.
  5. Zikr badan dengan menunaikan kewajipan.
  6. Zikr hati dengan takut dan berharap.
  7. Zikr ruh dengan penyerahan diri kepada Allah dan rela.

 

Zikr
dengan lidah, hati dan jawarih dengan bertafakkur kepada Allah adalah
lebih baik dari berjihad Fi Sabilillah. Tetapi jihad Fi Sabilillah
adalah lebih baik dari zikr hanya dengan lisan sahaja.

 

Wallahu A’lam

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

March 27th, 2007 by ainohikari

  • Wahai
    anakku !  Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan
    berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan
    menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.


  • Wahai
    anakku !  Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan
    yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti
    baja untuk menyuburkan tanaman.

  • Wahai
    anakku !  Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat
    batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari
    itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.


  • Wahai
    anakku !  Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan
    mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.
    Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa
    menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


  • Wahai
    anakku !  Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah
    budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi
    dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu.  Perumpamaannya
    seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


  • Wahai
    anakku !  Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia
    terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.
    Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan
    menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.  Jika berlaku
    sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.


  • Wahai
    anakku !  Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu
    sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya
    sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu
    darimu.


  • Wahai
    anakku !  Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada
    dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak
    menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja.  Ketahuilah
    tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah
    diperdayakan oleh dunia.


  • Wahai
    anakku !  Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan,
    janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu
    bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu
    dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.


  • Wahai
    anakku !  Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan
    disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat
    dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia.  Ketahuilah sesiapa yang
    tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah
    tentu ia akan menyesal kelak.


  • Wahai
    anakku !  Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan
    berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk
    ajar darinya.  Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah
    yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu
    disirami air hujan.


  • Wahai
    anakku !  Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah
    kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam
    didalamnya.  Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang
    bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah
    tawakal kepada Allah.


  • Wahai
    anakku !  Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis
    perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah
    majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan
    kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis
    perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.


  • Wahai
    anakku !  Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis
    dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.  Ingatlah, tidak semua
    yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit
    itu akan menjadikan kita segar.


  • Wahai
    anakku !  Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang
    berlebih-lebihan.  Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari
    yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


  • Wahai
    anakku !  Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan
    nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan
    di akhirat.  Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi
    pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu
    terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.
    Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah
    belaka.


  • Wahai
    anakku !  Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.
    Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang
    sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


  • Wahai
    anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan
    dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan
    dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima
    teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

  • Kewajipan bersiasah untuk kedaulatan Islam

    March 4th, 2007 by ainohikari

    ISLAM DAN SIASAH (POLITIK)

    Dari
    segi bahasa, Islam memberi maksud penyerahan diri. Adapun makna Islam
    dari sudut istilahnya terlalu banyak definisi yang dikemukakan oleh
    ulama.

    Jika membaca kitab karangan Dr Abdul Karim Zaidan yang
    bertajuk “Usul Ad-Dakwah”, beliau telah mendatangkan lebih enam
    definisi bagi Islam. Walaubagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah
    menyatakan bahawa, Islam adalah sebuah agama yang berdasarkan kepada
    hadis jibril[1], iaitu sabda Nabi SAW sebagai jawapan dari persoalan
    jibril yang bermaksud;

    “Islam adalah, kamu bersaksi bahawa
    tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah
    Rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, kamu berpuasa
    Ramadhan, haji di Baitullah sekiranya kamu mampu kepadanya”

    Hadis ini sebenarnya merupakan definisi Islam yang paling konprehensif bagi memahami islam yang sebenar.

    Bersyahadah
    bukan memahaminya dari sudut menyebutnya dengan lidah semata-mata,
    bahkan kandungan syahadah itu hendaklah difahami dengan meletakan
    ketauhidan yang tinggi pada Allah.

    Mengakui “uluhiyyah” Allah
    dan “Rububiyyah” Allah merupakan syarat keimanan seseorang yang
    mendakwa diri mereka sebagai mukmin. Menafikan salah satu dari
    kedua-dua tauhid ini atau menafikan kedua-duanya sekali, maka orang
    tersebut sudah dikira sebagai terkeluar daripada Islam.

    Sebagai
    muslim, kedua-dua tauhid ini perlu di serasikan dengan gerak kerja.
    Golongan ahl kitab yang telah terkeluar dari islam adalah berpunca dari
    mereka hanya mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut
    “uluhiyyah” Allah, tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan
    “Rububiyyah” Allah SWT.

    Perkara ini jelas dengan tindakan
    mereka yang menafikan kenabian Nabi Muhammad SAW; yang telah ditetapkan
    oleh Allah sebagai Nabi akhir zaman. Dengan semangat kebangsaan Bani
    Israil yang terlalu menebal, sehinggakan mereka berani menkufuri Nabi
    Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

    Keadaan ini telah dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya yang bermaksud;

    “Sebahagian
    besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu
    kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari
    diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran” (Surah
    Al-Baqarah : 109)

    Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa
    punca kedengkian bani Israil yang mahu nabi itu dari bangsa mereka,
    tetapi Allah telah memilih Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi akhir zaman,
    menyebabkan mereka bukan sekadar mengkufuri Nabi SAW sahaja, bahkan
    mereka telah berusaha untuk memurtadkan orang-orang yang telah beriman
    dengan Allah dan Nabi SAW[3].

    Disebabkan sikap ahl kitab yang
    telah menafikan tauhid “rububiyyah” maka dengan demikian, tauhid
    “uluhiyyah” itu ternafi dari mereka, walaupun mereka mendakwa bahawa
    mereka mentauhidkan Allah dari sudut “uluhiyyah” sekalipun.

    BERSIASAH MERUPAKAN TUNTUTAN TAUHID

    Sesungguhnya
    Allah adalah tuhan yang maha adil kepada makhluknya. Keadilan Allah itu
    terbukti dengan mengutuskan Nabi-nabi bagi mendidik umatnya supaya
    menjalani kehidupan mereka dengan baik dan harmoni.

    Maka
    dengan demikian, Allah mendatangkan Al-Quran kepada Nabi SAW untuk
    disampaikan kepada umatnya bagi merealisasikan keadilan-Nya itu
    terhadap makhluk-makhluk.

    Al-Quran adalah sebuah kitab;
    merupakan panduan hidup manusia bagi mereka mendapat kehidupan yang
    baik. Maka dengan demikian, perlaksanaan Al-Quran perlu di usahakan
    supaya Al-Quran itu tidak sekadar menjadi bahan bacaan, teori,
    perbincangan mufti-mufti dan musabaqah sahaja, bahkan Al-Quran wajib di
    letakan pada tempatnya iaitu dilaksanakan didalam pemerintahan,
    kehidupan dan sebagainya

    Setelah kejatuhan khalifah osmaniyah
    di Turki pada tahun 1924 , maka umat sudah mula dijadikan sebagai
    “bahan buli” oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam sudah mula di jajah
    oleh musuh-musuh Islam dari semua segi, samada dari segi pemerintahan,
    pemikiran, ilmu dan sebagainya.

    Dengan keadaan sedemikianlah,
    berusaha kearah mendaulatkan Islam menjadi fardu Ain kepada seluruh
    umat Islam. Memberi maksud; apabila seseorang umat Islam tidak berusaha
    kearah itu, maka orang islam tersebut sudah berada didalam dosa.

    SIASAH ISLAMIYYAH (POLITIK ISLAM) DI MALAYSIA

    Malaysia
    adalah salah sebuah Negara yang tidak terketinggalan sebagai Negara
    yang pernah di jajah oleh musuh Islam. Walaupun penjajah telah
    meninggalkan negara, tetapi pemikiran, kepimpinan, system pemerintahan
    penjajah masih lagi kuat diamalkan di Negara ini.

    System
    kapitalis didalam ekonomi Malaysia merupakan antara bukti kukuh yang
    menyatakan bahawa Malaysia masih lagi kuat mengamalkan system
    pemerintahan penjajah. Maka dengan demikian, tidak pelik, kenaikan
    harga barang menjadi isu yang sering dibincangkan dikalangan rakyat
    Malaysia pada setiap tahun.

    System pemerintahan yang
    “merantingkan” atau “membirokan” agama menjadi sebagai bukti bahawa
    pemerintahan Negara ini berdasarkan kepada system penjajah.

    Maka
    dengan demikian, mengubah segala system penjajah ini merupakan sesuatu
    yang wajib. Walaubagaimanapun, apakah cara yang terbaik bagi menukarkan
    system penjajah tersebut kepada system Islam?

    Tidak ada cara
    lain, hendaklah di usahakan supaya kita berusaha kearah untuk
    menggantikan kepimpinan yang ada sekarang kepada kepimpinan yang
    berteraskan kepada Islam.

    Di Malaysia, kaedah yang paling baik
    untuk menukarkan kepimpinan tersebut adalah menggunakan kaedah
    pilihanraya yang berhajat kepada penubuhan parti-parti. Maka dengan
    kesedaran ini, lahirlah di Malaysia sebuah parti yang bernama PAS, atau
    Parti islam Se-Malaysia.

    Tindakan itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana kaedah fiqh ada menyatakan;

    “tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah sesuatu yang wajib[4]”.

    Ada
    sebahagian dari kalangan “agamawan” mendakwa bahawa, kaedah pilihanraya
    adalah bercanggah dengan Islam, dengan alasan bahawa kaedah tersebut
    telah “diciplak” dari barat.

    Perlu difahami, tidak semua
    kaedah barat perlu di tolak, bahkan selagi mana kaedah tersebut tidak
    bercanggah dengan nas yang qatii, maka kaedah tersebut boleh di terima.

    Juga perlu difahami, perlaksanaan kaedah pilihanraya bukanlah
    menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia hanyalah
    merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

    Tidak
    semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana berdasarkan
    kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengambil
    fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti berikut;

    (a)
    Rasulullah menerima fikrah “menggali parit” dalam peperangan Ahzab,
    sedangkan fikrah menggali parit dalam peperangan adalah fikrah yang
    datang dari kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.

    (b)
    Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang
    ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis
    kepada orang Islam yang buta huruf[5]

    Oleh yang demikian,
    tidak semua kaedah barat ditegah, bahkan dibenarkan kepada kita
    mengambil kaedah barat selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam
    dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.

    PENUTUP

    Menyokong
    dan mendokong PAS memberi makna, berusaha hendak menggantikan system
    pemerintahan penjajah kepada Islam. Maka dengan demikian, tindakan
    sedemikian adalah sesuatu yang wajib.

    Kepimpinan PAS terdiri
    dari manusia yang tidak ma’sum dari melakukan kesilapan, maka dengan
    demikian PAS menyediakan ruang untuk di kritik atas tujuan kemenangan
    Islam.

    Mengkritik dengan tujuan yang baik adalah sesuatu yang
    wajib. Adapun mengkritik untuk menjatuhkan dan merosakan PAS di samakan
    dengan menjatuhkan usaha hendak mendaulatkan Islam.

    Maka
    dengan demikian, semua kritikan perlu dilakukan, tetapi dilihat, adakah
    kritikan itu mahu membangunkan PAS atau mahu merosakan PAS.

    Jika
    kritikan itu bertujuan untuk merosakan PAS, maka dia sudah berada
    didalam lingkungan orang yang telah melakukan dosa, kerana mahu
    merosakan usaha untuk mendaulatkan Islam didalam pemerintahan Negara.

    Wallahu ‘Alam