Riba & Bentuknya dalam konteks semasa di Bank Konvensional

March 4th, 2007 by ainohikari

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Bangunan Secantik Ini Bukanlah Tanda Kejayaan Umatnya Jika Masih Terlibat Dengan RIBA. Umum
telah mengetahui bahawa antara perbezaan utama di antara Bank Islam dan
Bank Konvensional adalah keterlibatan dengan Riba. Justeru bahagian ini
akan mendedahkan secara ringkas dan padat berkenaan Riba dalam konteks
semasa.

Antara soalan yang kerap kali kita dengari berkaitan Riba adalah :

  • Apakah
    gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank
    Konvensional hari ini dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam?
  • Apakah pula yang di maksudkan bahawa riba adalah suatu penindasan dan menekan? Siapa yang ditindas sebenarnya?
  • Bagaimana mungkin sebuah Bank boleh meraih keuntungan tanpa mengenakan Riba?.

Penulisan ini akan cuba mengupas ringkas semua persoalan yang dinyatakan tadi.

1)     Apakah
gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank
Konvensional hari dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam?

Sebenarnya bukan hanya Islam
yang mengharamkan dan mengutuk amalan Riba, malah ia juga di haramkan
di kalangan orang Yahudi. Larangan ini termakstub di dalam kitab mereka
sama ada di dalam kitab undang-undang Talmud  ataupun Ibrani. (Rujuk
bab Exodus ayat-ayat 22:35-37 menyebut : Janganlah engkau mengambil
bunga wang atau riba daripadanya…)

Adakah Ia Halal & Boleh di Bawa ke Dalam Kubur?    

Selain itu Riba juga dicela oleh ajaran Kristian sebagaimana yang terdapat di dalam bab Luke 6:34-35. [1] 

Riba dalam bentuk hari ini boleh berlaku dalam keadaan berikut :-

1) RIBA DALAM PINJAMAN.

Apabila seorang pelanggan
datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan
yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk
:-

  • a- Membeli kereta ( Car Loan )
  • b- Membeli rumah ( Home Loan )
  • c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
  • d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
  • e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )

Dalam proses pinjam meminjam
di atas, proses pinjam meminjam antara kedua-dua pihak akan dibuat.
Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini : atas permintaan si
pelanggan B untuk membeli kereta, rumah, mendapatkan modal syarikat
atau peribadi, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B,
bagaimanapun sebagai imbalan balik kepada pihak Bank, mereka akan
menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8 % (sebagai contoh)
daripada jumlah pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama ‘interest’ bagi
membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan.
8 % ITULAH YANG DINAMAKAN RIBA AD-DUYUN JENIS AL-QARD. Sila lihat takrifan jenis riba ini sebelum ini. Semua jenis pulangan seperti ini adalah Riba secara sepakat ulama. [2]

Jumlah faedah yang dicampur
dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagikan pula mengikut bulan.
Menurut hukum Islam, jumlah RM 8,000 yang diperolehi ini adalah
merupakan hasil bank yang haram secara pasti. Pelanggan yang memberi RM
8,000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan
Riba.  Nabi SAW menyebut
 

الآخذ والمعطي سوآء

Ertinya : " Si pemberi (riba) dan si pengambil Riba adalah sama" ( Riwayat Muslim )

Persoalannya : Mengapa pula ia di haramkan ? apa salahnya peminjam dikenakan Riba (interest) ? 

Sebagai jawapan, ia diharamkan kerana :-

  • Eksploitasi kesusahan pelanggan :
    Hasil RM 8,000 itu sebenarnya diterima hasil daripada
    mengeksploitasikan kesusahan pelanggan. Iaitu, hanya pelanggan yang
    mempunyai keperluan kewangan mendesak terpaksa pergi ke Bank bagi
    mendapatkan pinjaman untuk merawati masalah kewangannya, tetapi dalam
    keadaan kewangannya mendesak, pihak Bank pula mengenakan bayaran
    tambahan (interest) atas pinjaman yang diberikan. Inilah yang dinamakan
    riba itu menekan dan menindas, di tambah pula apabila si pelanggan
    gagal membayar bayaran bulanan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.
    ketika itu, peminjam dikehendaki membayar penalti pula, penalti ini
    juga bersifat "compounding" (iaitu akan dimasukkan di dalam modal
    pinjaman dan akan berganda interestnya), ia adalah Riba yang menekan
    lagi menindas yang kelihatannya sudah menjadi kebiasaan dalam
    masyarakat.

Perbezaan di Bank-bank Islam
: Adapun, di dalam pengamalan perbankan Islam yang mengenakan sejumlah
wang sebagai denda atau bayaran kos rugi (ta’widh atau ‘compensation’)
yang dihadapi oleh Bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya
kepada bank dalam waktu yang ditetapkan, pembaca perlu membezakan
bayaran denda yang dikenakan oleh Bank-bank Islam dengan penalti oleh
Bank Konvensional.

Denda lambat bayar yang di kenakan oleh Bank Islam adalah berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman,
maka apabila bayaran ansuran tidak dilangsaikan pada waktunya, ta’widh
akan dikenakan. Ta’widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut
majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam
pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan
kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh
kebanyakkan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank
Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad.

  • Meruntuh Moral dan Akhlak :
    Faedah (interest) atau Riba yang dikenakan juga akan menyebabkan
    pudarnya akhlak mulia bantu membantu di dalam masyarakat, ia mengundang
    sikap orang yang berduit untuk menekan individu atau pihak yang
    memerlukan bantuan kewangan. Ini bakal menghancurkan sifat tolong
    menolong di antara manusia. Selain itu, ia bakal melahirkan masyarakat
    yang marah dan tertekan antara satu sama lain.
    [3]

  • Menyubur Sikap Si Kaya Malas Bekerja & Kurang Dinamik:
    Ia juga bakal melahirkan orang kaya atau Bank yang malas untuk bekerja
    keras bagi mencari keuntungan secara jual beli dan mengambil risiko,
    mereka akan mula berfikir mencari untung secara mudah, iaitu dengan
    memberi pinjam serta mengenakan interest. Lalu dengan cara ini mereka
    boleh mendapatkan untung dengan mudah sahaja. Islam tidak menerima konsep untung tanpa bekerja keras, dan Islam juga hanya menerima konsep :
     

الغرم بالغنم

Ertinya : " Ganjaran keuntungan adalah dengan menghadapi risiko" [4]

Dan juga hadith :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (dan jaminan barang yang dijual adalah selamat - bermakna tiada untung tetap dijanjikan)"  (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; As-Suyuti & Albani : Hasan)

Menurut Dr Muhammad
Az-Zuhayli menjelaskan lagi ertinya dengan katanya "sesungguhnya siapa
yang yang menanggung kos dan risiko kerugian, maka merekalah yang layak
mendapat manfaat atau keuntungan jika ada".
[5] 

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram.

Lihatlah bagaimana displin
Islam dalam memastikan setiap individu menyumbang sesuatu kerja yang
baik dan meningkatkan kualiti ekonomi.  Dengan wujudnya usaha-usaha
sebegini bertambahlah peluang kerja, semakin meriahlah suasana ekonomi
dan berkurangan jumlah pengangguran.

Pinjaman Dalam Islam ?

Perlu diketahui bahawa,
disiplin Islam dalam perihal pinjam meminjam yang dibenarkan hanyalah
pinjaman tanpa sebarang faedah. Sebagaimana di sebutkan dalam kaedah :
 

كل قرض جرّ نفعاً فهو الربا

Ertinya : "Setiap pinjaman yang membawa kepada sesuatu manfaat buat pemberi pinjam maka ia adalah Riba"  [6]

Imam Ibn Quddamah pula berkata :

كل قرض شرط فيه أن يزيده فهو حرام بغير خلاف

Ertinya : "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya untuk diberikan tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang khilaf" [7]

Justeru, tiada sebarang
keuntungan boleh dihasilkan untuk pemberi pinjam dari peminjam dari
aktiviti ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara
sukarela atas dasar bantu membantu. Ia disebut di dalam Islam sebagai
Qardh Hasan (pinjaman tanpa sebarang ‘interest’ dikenakan kepada si
peminjam).

Islam amat menggalakkan pinjaman tanpa faedah ini sebagaimana disebut oleh Baginda SAW :

" Pada malam aku dibawa ke syurga (semasa Israk Mi’raj), aku telah melihat tertulis di dalam pintu Syurga " Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali.."( Riwayat Ibn Majah)  

Justeru, tiada sebarang
keuntungan boleh dihasilkan untuk pemberi pinjam dari peminjam dari
aktiviti ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara
sukarela atas dasar bantu membantu. Ia disebut di dalam Islam sebagai
Qardh Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si
peminjam).

2. RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.

Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :-

Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

  • Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
  • Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Penjelasannya adalah seperti berikut :-

  • Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Dalam akaun jenis pertama
ini, Individu A meletakkan wangnya di dalam "conventional fixed deposit
account". Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak
pengendali/Bank akan mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan
wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan
digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat
yang kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk
memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-syarikat yang datang
kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu halal
mahupun haram.

Sebagai imbalan kepada para
pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah
tertentu (‘fixed interest’ atau ‘fixed return’) sebagai contoh 3 %
untuk diberikan kepada penyimpan @ pelabur (tambahan ke atas wang
modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 - 11 bulan, kadar
faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada
kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar
interest yang ingin diberinya.

Ingin ditegaskan di sini
bahawa, menurut Islam, kadar 3 % dari "fixed deposit account" tadi
adalah Riba ‘Ad-Duyun’ dari jenis ‘Al-Qard’. Ini adalah kerana,
sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam
(iaitu Mudarabah atau Musyarakah) tidak boleh menentukan pulangan
keuntungan di awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah pembahagian
keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).

  • Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Manakala dalam Akaun Simpanan
Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Sekali lagi terdapat Riba
secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap
sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang
dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan
si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas
pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu,
hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar
yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan wang
simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka
pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi
kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar interest itu tanpa mengira
sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian
Bank pasti bertambah dan membebankan.

Justeru, penindasan berlaku
dalam kedua-dua bentuk simpanan dan pelaburan konvensional di atas,
sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba)
atau pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).

Akaun di Perbankan Islam

Dalam pengurusan akaun secara
Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, dimana semua pelanggan
yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada
ingin menggunakan:-

  • a) Akaun Simpanan atas asas Wadi’ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);

Dalam kontrak ini, pihak bank
akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah sentiasa
selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi
memanfaatkan dan menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak
pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut
untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan
menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wangnya pada bila-bila masa serta
akan menanggung segala kerugian jika berlaku. Sebagai menghargai
pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank
menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat
untung, pihak Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada
penyimpan sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun jumlah dan kadar
pulangan dalam bentuk ‘hibah’ atau hadiah adalah terpulang kepada
budibicara bank sepenuhnya, malah mungkin tiada sebarang hibah dalam
keadaan tertentu. Jika ada pulangan, ia akan berubah-ubah menurut
prestasi pernigaan yang dibuat oleh Bank Islam itu. Sekiranya hasil
pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri
"hibah" yang agak baik sebagai galakkan dan ucapan terima kasih kepada
pelanggannya. Walaubagaimanapun hibah itu sama sekali tidak boleh
dijanjikan oleh Bank dan tidak boleh pula dituntut oleh si pelanggan.
[8]
Oleh kerana itu, jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan
mungkin tidak akan diberi sebarang hibah, wang simpanan mereka juga
tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-

  • Pelanggan
    berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa
    risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya
    terpulang kepada budibicara bank. Bagaimanapun, biasanya pihak bank
    akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan
    diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.

  • Bank
    juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada
    keuntungan. Justeru bank tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank
    Konvensional.

  • Tiada
    sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang
    dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak Shariah.

  • b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)

Satu lagi produk di dalam
pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah akaun pelaburan
yang menggunakan konsep ‘Mudharabah’. Ia bermaksud pihak pelanggan
ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama
produk-produk untuk akaun ini seperti " Akaun Pelaburan Umum Mudarabah"
atau "Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah" atau " Akaun Semasa
Mudarabah".

Menurut konsep ini pelanggan
bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat
peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya
melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di
tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank,
80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan digunakan untuk :-

  • a) Dilaburkan untuk kegunaan perniagaan bank Islam yang telah dipastikan halal
  • b)
    Dilabur kepada pihak ketiga yang juga dipastikan perniagaannya halal
    untuk membiayai perniagaan mereka, semua perniagaan ini telah di tapis
    oleh Majlis Penasihat Shariah dan pengurusan bank. Justeru semua
    "Shariah-Approved companies" ini telah di pastikan dengan teliti
    ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di
    perolehi adalah harta yang bersih.

Urusan tapisan dibuat secara
terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana "client-friendly",
iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau "transparent" dengan
"client".

Ia mungkin akan membuat
penilaian dari sudut "asset" mahupun "lialibilities" sesebuah syarikat,
tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa
Saham atau tidak. Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut
biasanya digunakan antaranya :-

  • i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

  • ii-
    Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap
    hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest
    income" berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

Adapun di Bank Konvensional,
proses pengendalian akaun simpanan dan pelaburannya adalah amat
berbeza, pertamanya ia tidak terikat dengan displin Shariah, akibatnya
mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh
memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek pematuhan Shariah atau
tidak.

Selain itu, pembaca mestilah
tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah
akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas,
ia di gelar "indicavtive Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan
bukannya kadar yang tepat dan dijanjikan oleh pihak bank, ia di
paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan
dan pelaburan Bank.

Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-

Cara Kiraan :-

Untung Sebenar  = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun

                                                      100

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru "indicative" atau andaiannya seperti berikut :-

3 X 70 (pelanggan) = 2.10

100

Maka, jumlah 2.10 % inilah
yang akan di paprkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang
Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank
memberikan pulangan dengan kadar di atas.

Perlulah sedari, seseorang
yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di bank konvensional
pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya dari
wang depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.

Sekian

Ust Zaharuddin



[1] Tahrim ar-Riba wa Tanzim Iqtisadi oleh Syeikh Muhd Abu Zahrah 

[2] Fawaid Al-Bunuk Hiya Ar-Riba Al-Haram, Al-Qaradawi, Muassasah Ar-Risalah, hlm44, 

[3]
Tahrim ar-Riba, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, hlm 55 ; Ar-Riba wal
Mua’malat al-Masrafiah, ibid, hlm 167 ; Hikmatu at-Tasyri’ al-Islami fi
Tahrim ar-Riba, Dar as-Sahwah, cet 2, 1407 H, hlm 63 ( dengan pindaan
dan tambahan) )

[4] Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, An-Nadawi, Dar al-Qalam, hlm 343

[5] Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Az-Zuhayli, hlm 494

[6]
Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla’ie, 4/60 ;
Ramai yang menyebut ia adalah hadith Nabi, tetapi setelah dianalisa,
terdapat perawinya bernama Sawwar Bin Mus’ab  yang lemah dan di anggap
"matruk". Bagaimanapun makna yang terkandung di dalamnya disepakati
penerimaannya di kalangan ulama kerana disokong oleh pelbagai dalil lain

[7] Al-Mughni, 4/318

[8] Al-Ma’ayir As-Shar’iyyah, AAOIFI, hlm  350

Pelaburan Masa Kini

March 2nd, 2007 by ainohikari

v"ABB Fund, Eaindex & Winlifund  Yang Diminati : Haram Lagikah ?
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Pelaburan
melalui internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang
awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang
ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya
begitu hebat dan menggunung hari demi hari.

Tanpa memikirkan
halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis tentang
‘nature’ sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka
berbondong-bondong menyertainya dengan ‘keyakinan’ ianya adalah halal
atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting baginya
adalah RM RM RM.

‘Keyakinan’ palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya http://www.zaharuddin.net/
dan disebar luas oleh yang sukarelawan Islam tersedar melalui email dan
yahoogroups yang pelbagai. Setelah meneliti pelaburan-pelaburan
‘favorite’ ini, ternyata hampir semuanya adalah tidak sah di sisi Islam
secara sepakat ulama.

Selain itu ternyata juga bahawa ianya
tidak lain hanyalah ‘pinjaman dengan pulangan Riba’ belaka dan bukannya
pelaburan yang sah atas dasar konsep ‘Mudarabah’ atau ‘Musharakah’ yang
diredhai Allah SWT. Kali ini kita semak sama-sama beberapa isu asas
dalam tiga dana pelaburan yang amat di ‘gilai’ oleh ramai. 

Saya
kira, mungkin ramai juga yang akan berhenti membaca artikel ini di sini
akibat teruji dengan satu perasaan hebat di hatinya, bimbang akan
‘terbaca’ sesuatu yang tidak enak berkenaan pelaburan yang menjadi
penyelesai masalah kewangan hidupnya. Apapun, saya tiada pilihan lain
kecuali menyahut apa yang dikatakan oleh Nabi SAW « Berkata benarlah
walaupun ianya pahit ».

Saya juga ada mendengar terdapat
beberapa indivdu utama pelaburan ini dengan sengaja mengatakan " Jangan
tanya ustaz yang reti, nanti dijawabnya haram, tak pasal-pasal susah
kita nak cari ahli" Bagi saya, ucapan ini tidak lain dari bercanggah
dengan kehendak ALLAH SWt yang mengingatkan kita " Tanyalah kepada yang
mengetahui jika kamu tidak mengetahui" dan juga ertin firman Allah SWT
: " Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada yang dapat
memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang berpengalaman"  ABB Fund, Eaindex dan Winlifund  Semasa
dihujani dengan soalan berkaitan pelaburan Em-Pay, saya juga dihujani
dengan lebih lebat dengan soalan berkenaan ABB Fund, Winlifund dan
Eaindex.

Jika saya jumlahkan semuanya, semua soalan ulangan ini
berjumlah lebih 150 kali kepada saya. Pada mulanya, ingin saya abaikan
saja kerana kesibukan tugasan yang rencam, tetapi hari demi hari saya
sendiri naik letih membaca soalan yang sama berulang kali, sehinggalah
tergerak hati untuk mengkajinya bagi manfaat umat Islam setelah
beberapa individu menelefon serta memberi penerangan lisan akan cara
pelaburan ini dibuat. Ia menjadi lebih cepat dan mudah jika ada yang
telah menyertainya menerangkan. Justeru, saya ingatkan, jiak masih ada
yang ingin saya cepat tolong menyemak pelaburan yang dikehendakinya,
anda perlulah menelefon saya dan menerangkan dengan jelas secara lisan.
Hanya kemudian selepas itu, saya akan ikuti dengan pembacaan ‘line by
line’ di web site syarikat terbabit.

Diwarwarkan Halal

Ketiga-ketiga
jenis pelaburan ini pernah dan kerap diwarwarkan ‘halal’ oleh individu
yang kurang biasa dengan displin mualamat Islam. Bagi ABBFund,
Winlifund dan eaindex ia secara tidak sengaja atau sengaja didakwa
halal kerana  dikatakan pelaburannya terhad kepada aktiviti halal
seperti industri minyak dan gas, hartanah, getah dan sebagainya yang
halal. Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui
sesuatu pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat
kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling
minima kita perlu melihat dari dua tahap. 

1) Tahap Pertama : Wang dari poket kita kepada syarikat pelaburan .
Inilah
tahap yang kerap dilupakan oleh para peserta ABB Fund & Swiss cash
dan sekutunya. Mereka kerap memfokuskan kepada tempat ABB melaburkan
dana terkumpulnya. Ini tindakan yang kurang tepat kerana kita perlulah
menyemak apakah aqad atau kontrak antara kita dan syarikat Pelaburan
itu terlebih dahulu. Ringkasnya, ia MESTILAH dibuat dengan tepat
menurut kehendak Shariah dan menepati cara dan syarat pelaburan Islam.
Jika tidak, aqad akan batal, maka tiada gunalah lagi untuk mengetahui
di mana dilaburkan dana terkumpul itu. Sebagai contoh mudah, si A
mencuri duit dan kemudian membeli al-Quran dengan duit curi itu. Hukum
adalah jelas dalam hal ini, walaupun duit itu digunakan dengan cara
yang betul di tahap kedua (membeli Quran), tetapi  kerana tahap pertama
(curi) adalah haram, maka tahap kedua yang baik tidak akanmenjadikan
pembelian itu halal.

2) Tahap Kedua : Wang
kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan untuk industri dan
instrumen pelaburan halal atau haram.  Kajian tahap pertama, terhadap
aqad di antara peserta dengan syarikat ABB ,Eaindex dan Winlifund
ternyata menunjukkan masalah yang sama iaitu :- Isu Pertama : ‘Fixed
Return’ atau keuntungan yang dijamin. Telah berkali-kali saya sentuh
isu ini, tapi nampaknya umat Islam masih kabur  dan tidak dapat
menangkap dengan jelas konsep sebenar pelaburan Islam yang dibuat atas
asas Mudarabah dan Musharakah. Saya ingin tegaskan di sini agar saya
tidak ingin lagi ditanya dengan soalan dan skim pelaburan yang sama.
Sebagai panduan utama :
SEBARANG PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN
UNTUNG SECARA TETAP ADALAH HARAM MENURUT KONSEP PELABURAN ISLAM
. Saya
harap dengan panduan amat amat mudah ini, semua orang boleh menjadi
menentukan ianya halal atau haram bagi dirinya setiap kali ingin
membuat pelaburan. Justeru, aqad antara peserta dan syarikat ini telah
dikira tidak halal di sisi Islam, Maka di ketika ini, tiada gunalah
menghabiskan tenaga menyemak tahap kedua. Bagaimanapun , bagi
mendatangkan lebih keyakinan kepada pembaca yang saya kira majoritinya
telah menyertainya, saya akan bantu anda untuk mengesan di mana
silapnya secara ringkas dan padat. ABB FUND   

Hal ini ternyata apabila kita melihat di web ABB Fund di http://www.abbfund.biz/ atau http://abfund.mine.nu/.
Kita akan dapati plannya begini :  Ini bermakna jika modal ‘pelaburan’
anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan sebanyak 2 % ,
dan jika anda letak USD 2000, maka akan mendapat 2.9 % setiap hari.
WINLIFUND Adapun Winlifund pula seperti berikut ( rujukanhttp://www.winlifund.com/investment.html)  :-  EAINDEX Manakala Eaindex pula sebagaimana berikut ( http://www.eaindex.com/index.php
) :-  Ini bermakna jika modal ‘pelaburan’ anda USD 20. Setiap hari anda
dijamin mendapat pulangan sebanyak 1.8 % , dan jika anda letak USD
1000, maka akan mendapat 2.0 % setiap hari dan jika diberi pinjam USD
5,000 akan dibalas dengan riba sebanyak 230 %. Dalam masa 100 hari.
Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini
adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan. Saya juga telah mengulas
perkara ini semasa saya menulis berkenaan Swiss Cash dan juga Em-pay.
EAINDEX dengan terus terang menyebut di laman webnya

"
EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by
providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each
index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from
inception"

Adakah anda perasan perkataan ‘FIXED
RETURN’ yang dinyatakan ? Inilah yang dikatakan Riba. Kerana Pelaburan
yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan,
hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak
membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Demikian keputusan
yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan
itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk
Bada’i as-Sonai’, Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ;  Mughni
Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44) Manakala Majlis
Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI yang saya sebutkan nama pakar-pakarnya
di bawah telah membuat  keputusan berikut,
berikut teks fatwanya :- إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة Ertinya
:
"Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang
tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" (
Al-Ma’ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240) Jaminan untung tertentu dalam
sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai
haram kerana ia adalah Riba.

Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut : أن الخراج بالضمان
Ertinya :
Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah
dengan menghadapi risiko (bermakna tiada
"(untung tetap dijanjikan dan
pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan
jual beli) "
  (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508
; Albani : Hasan)
Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan
adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang
pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman
dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep
pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram
dan kontrak menjadi batal menurut sepakat Ulama. 

Isu Kedua : ‘Commodity Futures’ dan Forex
 

Adapun
sekiranya, tahap pertama tadi berjaya, kita wajib memeriksa tahap kedua
pula. Apabila saya merujuk dan membaca ‘line by line’ penerangan
berkenaan ABB Fund dan Winlifund. Eaindex ternyata ia bukan sahaja
melabur di dalam industri minyak dan gas sebagaimana yang difahami, ini
disebutkan di web ABB  Major oil companies, energy services, oil and gas exploration and production companies, and natural gas pipeline companies. ,
tetapi ia juga terlibat menggunakan perniagaan ‘commodity futures’ dan
Forex bagi meraih keuntungan. Ini disebutkan dari petikan dari webnya
iaitu :  The ABFUND program is a long term
high yield private investment program managed by a group of
professional traders specialize in trading on equity market,
currencies , major market indexes and energy commodity futures

markets. Our successful trading record has maximize high yield return
to our investors’ investment and we are paying real-time in daily basis
through the PAY-IT 4 PROFIT SYSTEM.

Beirkut pula dalam web Winlifund ( http://www.winlifund.com/market.html )  " Basically, the markets are categorized into: Equities , Commodities  Currencies , Real Estates "
Anda nampak perkataan CURRENCIES, itulah perniagaan berkaitan Forex,
telah saya bawakan kajian dan keputusan Majlis Penasihat Shariah Dunia
di artikel saya ketika mengulas isu Swiss Cash, sila buka link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Berkenaan
‘Commodity Futures’ pula, saya amat pasti, para ustaz yang tidak
terlibat dengan industri perbankan dan kewangan di Malaysia atau
antarabangsa, AMAT SUKAR UNTUK MEMAHAMI apakah erti ‘commodity
futures’
, apatah lagi mengulasnya dari sudut hukum, mungkin membaca
tulisan saya ini pun boleh dilanda ‘migrain’. Ia perkara biasa dan
boleh diterima, kerana setiap ustaz mempunyai pengkhususan
masing-masing, seperti saya yang tidak mahir dalam bidang ‘faraid’
(pembahagian harta pusaka), tiada apa yang perlu dimalukan dan aib.
Cuma yang aib adalah berlagak ’specialist’ dan pakar lalu memberi fatwa
dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan mudah anda boleh
ditertawakan atau disanggah oleh ’specialist’ kelak dengan hujjah
‘check mate’. Justeru, saya menasihatkan orang ramai yang menjadikan
‘ustaz’ dan ‘ustazah’ sebagai kiblat dalam pelaburan ini memastikan
mereka benar-benar ’specialist’ dalam bidang ini, untuk itu cuba
meminta penjelasan kepada ustaz yang diikuti ini, apakah ‘Commodity
Futures’ dan bagaimana ABB Fund ini boleh menjadi halal bila terlibat
dengan commodity futures?. Sedangkan Majlis Penasihat Shariah Institusi
Kewangan Dunia telah membuat keputusan bahawa (Rujuk keputusan no
5/1/2, Al-Ma’ayir As-Shariah, hlm 371 ; Keputusan Persidangan Dallah
AlBarakah, tahun 1999, no 17/1):
TIDAK HARUS (HARAM) DARI SUDUT SYARA’
UNTUK BERURUSAN DENGAN ‘FUTURES CONTRACT’ (termasuk Commodity Futures)
SAMADA MEMBUATNYA, MEMBELI DAN MENJUALNYA.

Ia menjadi haram kerana sebab berikut :-

a)
Penjualan beli komoditi secara tangguh bayaran dan penghantaran
komoditi yang dijual . Ini menyebabkan ia tergolong dalam hadith,
berkatalah Ibn Umar : أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ Ertinya
:
"Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang"
(Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam
Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 ) Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn
Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani
menyebutkan bahawa telah Ijma’ seluruh ulama bahawa haram membeli
secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya.
(Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta,
3/308)

b) Menurut kebiasaannya penjual secara ‘futures’ ini
menjual komoditi yang belum berada dalam miliknya . Ini dilarang oleh
Nabi SAW sebagaimana hadith لا تبع ما ليس عندك
Ertinya :
"Janganlah (dilarang) kamu menjual sesuatu yang belum
dimiliki olehmu" (Riwayat At-Tirmidzi , no 1232 , Albani : Sohih )

Selain dua sebab ini terdapat 2 sebab lain yang menyebabkan Majlis
Ulama Fiqh mengharamkannya. Termasuklah unsur perjudian yang wujud.
Bagaimanapun, cukuplah dua hujjah ini untuk saya dedahkan kepada awam
agar infomasi yang diberikan tidak begitu berat. Sesiapa yang berminat
boleh rujuk di artikel saya tentang Swiss Cash, telah saya ulasnya http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72  

Sebagai
makluman, keputusan ini dibuat setelah sepakat seluruh Ulama Fiqh
SeDunia bersama perbincangan pakar ekonomi. Ahli Majlis Penasihat

Shariahnya dianggotai oleh ulama seperti berikut :-  ·       

Sheikh Mufti Taqi Uthmani (Hakim Syarie Mahkamah Tinggi, Pakistan - Pengerusi)

Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Mane (Hakim Mahkamah Mekah)       

Sheikh Prof. Dr. Muhammad Siddiq Ad-Dharir ( Prof Shariah, Univ     Khartoum, Sudan)      

Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof Shariah, Univ Damsyiq, Syria)

Sheikh Prof. Dr ‘Ajil An-Nashmi ( Prof Shariah, Univ Kuwait)    

Sheikh Husayn Hamid Hassan (Pengerusi Majlis Penasihar Shariah, Dubai Islamic Bank, UAE)       

Sheikh Abd Rahman Al-Atram ( Penasihat Shariah, Ar-Rajhi Investment Bank, Saudi)   

Sheikh Ali Tashkiri ( Setiausaha Agung, Kesatuan Dunia ‘Taqrib’ Sunnah dan Syiah, Iran)      

Sheikh Dato’ Ghazali Abd Rahman (Ketua Hakim Syarie, Malaysia)      

Sheikh Al-Ayyashi As-Sadiq Al-Faddad ( Ma’ahad Penyelidikan Islam, Islamic Development Bank, Saudi)      

Sheikhuna Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, Kumpulan Perbankan Dallah Al-Barakah Sedunia)   

Sheikh Ahmad bin Abdullah ( Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Shariah, Sudan)   

Sheikh Nizam Ya’qubi (Majlis Penasihat Shariah, Bahrain Islamic Bank)

Sheikh Nazih Hammad (Majlis Penasihat Shariah, Citibank Islamic )      

Sheikh Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan, Malaysia) 

Itulah
ahli Majlis yang membuat keputusan itu, saya tidak pasti jika anda
masih mempercayai orang tertentu di Malaysia sedangkan ia telah
dibincangkan oleh pakar-pakar seperti di atas.   

Isu Ketiga  : Syarikat yang amat diragui

Selain
itu, walaupun perniagaan minyak dan gas, eletrik,  adalah halal,
dokumen-dokumen utama dan cara jual belinya dilakukan hendaklah disemak
oleh sebuah Majlis Penasihat Shariah terlebih dahulu agar semua rukun
dan syarat jual beli diikuti. Sebagai contoh, Majlis Penasihat Shariah
Dow Jones Islamic Fund, sila buka laman mereka di http://www.investaa.com/
; sebelum meluluskan sebarang syarikat yang boleh di sahkan halal,
mereka akan mengkaji dengan teliti, antara contohnya mereka akan
memastikan syarikat tersebut tidak mempunyai pinjaman konvensional
lebih dari 30 % dan banyak lagi kaedah semakannya. Selain Dow Jones
Islamic, anda boleh merujuk cara semakan dan pengesahan yang dibuat
Jabatan ‘Islamic Capital Market’ di Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Dengan itu anda akan mengetahui bagaimanakah cara mereka mengesahkan
sesebuah Dana Pelaburan itu untuk boleh sebagai halal. Inilah antara
kerja di Suruhanjaya Sekuriti di Jabatan Pasaran Modal Islam. Tidak
perlulah saya dedahkan kaedah ’screening’ mereka kerana ianya agak
teknikal dan hanya akan memeningkan orang awam yang tidak berpengalaman
dalam hal pelaburan. Kesimpulan saya di sini adalah, ABB Fund dan
EAindex tidak pernah memikirkan tentang halal haram, mereka adalah
Kapitalis yang hanya mencari untung semaksimum mungkin tanpa
mengendahkan displin Islam, jika tidak mereka sudah tentu melantik
pakar-pakar Shariah untuk menyemak pelaburan mereka. Dengan tiga hujjah
ini pun sudah jelas, dan tidak perlu lagi saya mendedahkan kepincangan
Shariah dalam system agensi dan commission memperkenalkan ahli bawah
mereka. Jika tiga isu tidak lepas, yang lain juga tiadalah gunanya.

RUNGUTAN & RESPOND
 

"Kalau
macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah, ekonomi kita,
negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian luahan tak puas hati
yang pasti akan kedengaran bila artikel ini dibaca. Inilah jenis
respond ‘cari makan’ apabila sudah didedahkan satu persatu bahawa
pelaburan yang disertainya adalah bercanggah dengan hukum Allah
SWT. Iaitu, cuba mengaitkan dengan perkara lain agar kelihatan mustahil
untuk mengelaknya, selain itu ada juga yang akan mula mempersoalkan
kewangan peribadi saya pula. Padahal, ia tiada kaitan dengan hukum
pelaburan mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah focus isu ini kepada
topic lain. Nasihat saya, janganlah menjadi tidak teliti tentang hukum
sebelum melabur hanya kerana ia membawa keuntungan lumayan. Membuat
kesimpulan umum tanpa ilmu hanya membawa masalah dan kemerbahayaan
kepada diri sendiri. Saya tidak punyai masa yang panjang untuk
menjelaskan satu demi satu. Cukup saya katakan, bahawa lebih mudah
untuk saya menjelaskan secara ‘lisan’ dari menulis.  Justeru, anda
boleh menemui saya atau mendaftar di kursus kewangan Islam yang akan
diadakan 24 Februari 2007 jika anda ingin mengajukan soalan seperti
itu. Saya tidak mahu mempromosi kursus itu di sini, kerana itu saya
katakan, anda masih boleh mengajukannya secara telefon dan berjumpa
saya di kuliah-kuliah bulanan saya di serata lembah Klang secara
percuma. Saya kira, saya mampu menerangkannya dalam masa 5-15 minit
sahaja.

HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM

Hujah-hujah ‘favorite’ dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah seperti berikut :

Hujjah Pertama Mereka

: "Apa salahnya, bukankah ia boleh meningkatkan ekonomi  umat Islam",
Jawapan saya : "Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada
unsur keberkatan. Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat
dan pasti tidak akan berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang, ia
hanya menambahkan dosa seperti melahirkan lebih banyak si tamak,
penipu, pemberi dan penerima rasuah dan lain-lain unsur jahat yang
secara senyap menghancur sesebuah masyarakat. Ia disebut oleh Allah
dalam surah Al-Baqarah ayat 278 : "Allah memusnahkan keberkatan dari
harta Riba.." 

Hujjah Kedua Mereka   : "Maslahat" Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63….

Kesimpulannya ia adalah ‘Maslahat Mulghah’ iaitu Maslahat yang tertolak.

Hujjah Ketiga Mereka : "Jika tiada duit maka buat kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya.  Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut :  من جمع مالاً من حرام ثم تصدق به , لم يكن له فيه أجر Ertinya
: Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian bersedeqah
dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang ganjaran
kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no 797 : Sohih
menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani :
Dhoif)

Hujjah Keempat Mereka   : "Sampai tahap dharurat"  

Jawapan
saya : Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah sesuatu
perlara keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka seseorang boleh
hilang nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi). Saya percaya ramai
orang tidak melabur, tetapi masih hidup aman damai. Hujjah Kelima
Mereka   : Ada hadith kata " tak boleh lari dari riba di akhir zaman,
semua akan kena debunya" Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith
ini dhoif menurut imam Al-Munziri dan Albani. Hujjah Keenam Mereka  :
"Tak mengapa nanti kami bersihkan sebahagian bonus dengan mengeluarkan
zakat" Jawapan saya : Syarat wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki
harta itu dengan sah dari sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT (Rujuk Al-Badai’ As-Sona’i, Al-Kasani, 2/4
; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) . Jelasnya,
zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram, ia hanya boleh
menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara halal. Secara
sepakat ulama bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi yang
diperlukan adalah melupuskannya (Qadhaya Az-Zakat Al-Mu’asiroh, Dr Naim
Yasin, 2/208 ). Marah dan Menyekat Untung  Saya pasti ada yang amat
marah kerana ia telah mempunyai rangkaian yang cukup luas dan
keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun dengan lebat sekali. Apa
yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith Nabi yang telah saya
nyatakan dahulu iaitu كل لحم نبت  من سحت فالنار أولى به Ertinya
: "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka
lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil
‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226) Sebagai
penambah kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa pelaburan ABB
Fund, Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah tidak sah menurut
pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba dengan jelas. Saya
juga sedar betapa besarnya ujian jika saya berada di tempat pemain,
pelabur dan pelopor abb fund, eaindex dan sudah meraih untung
ribu-ribu..memang sukar. Cuma suka saya ingatkan bahawa, lagi sukar
sesebuah ujian, sudah tentu pahalanya juga lebih besar, sebagaimana
yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a dalam sebuah
riwayat :  "Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan
kesukaranmu’
Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang
nafsunya demi untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW
berbangga dengan anda !! Malah saya juga merasakan, pahala individu
yang sanggup berhenti kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya
yang menulis jawapan ini. Allahu akbar.! Sebagai akhirnya, tahukah anda
setara mana besarnya dosa Riba iaitu duit untung yang diperolehi dari
ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-Pay ini?. Saya nyatakan disini bahawa.
Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang
pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan
dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang
berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu’, 9/391
)   

BAHAYA DAN KECELAKAAN DARI RIBA
  Di
sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang
menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya
menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ia berdasarkan Firman Allah SWT : Ertinya : "Wahai orang-orang yang
beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki
Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal
meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya"
(Al-Baqarah : 278)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa
yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ’saki baki’ riba
dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi
peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ’saki
baki’, menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut
sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas
tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus. Saya
sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam
tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup
dikelilingi ‘virus’ Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi
membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah
bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal
ini. Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :  Ertinya : "Akan dikatakan
kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk
berperang dengan Allah SWT"   (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran,
At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366) Berkatalah Abu
Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling
menakutkan"   (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam
Malik Bin Anas rh pula berkata : Ertinya : "Telah ku membuka
lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati
(dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam
mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami’ Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh : " Allah
menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya
dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.  Allah SWT berfirman :  Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" (
Al-Baqarah : 276 )
  Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di
akhirat:- Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang
terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta
tersebut dari pemiliknya  kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah
dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir
(walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan
menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan
menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah,
cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di
timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan
doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an
‘iqtiraf  al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut,
1982 , 1/224).  Sabda Nabi SAW dari Ibn  Mas’ud r.a :- Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" (
Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn
Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )
  Di Akhirat :
Berkatalah Ibn Abbas r.a :  Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)  

c)   Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
 Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan
ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian
lagi lantaran kejelasannya. Nabi SAW bersabda : Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)  

d)   Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Satu dirham Riba  yang dimakan oleh
seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina
sebanyak 36 kali" ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ;
Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal
wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 ) Hadis ini bukanlah untuk merendahkan
dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru,
saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini.

e)  Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar,
Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba,
lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang
suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika kumpulan dalil ini masih tidak mampu menyedarkan anda dari
keuntungan dunia yang sementara, Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas
segala yang kita lakukan. Justeru, saya tiada sebarang komen lagi.
  Saya ucap tahniah bagi sesiapa yang mampu membaca satu persatu
tulisan ini ke tahap ini. Ini bermakna anda sememangnya masih mempunyai
iman di hati dan masih berfikir tentang urusan halal haram. Kini ilmu
telah ada, maka tindakan sahaja yang diperlukan. Akhirnya, cukuplah
sekadar ini huraian ringkas saya, samada pembaca dan peserta semua dana
pelaburan Riba ini ingin berhenti atau tidak, itu terpulanglah kepada
empunya diri masing-masing. Tugas saya secara sukarela yang saya
jalankan hanyalah mendedahkan kebenaran yang tidak dapat lagi
disembunyikan. Saya juga pasti ramai yang ingin berhenti tetapi tidak
tahu apa yang ingin dilakukan dengan keuntungan yang masuk, bagaimana
ingin mendapatkan kembali modal, haruskah untuk mendapatkannya kembali
dan pelabagi lagi bermain di kepala. InshaAllah saya akan cuba menulis
dalam artikel lain. Kerana tidak mahu memanjangkan lain artikel ini. 

Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 29 Muharram 1428 H  /  17 Februari 2007   

Menetapkan Amalan Pada Waktu-waktu Tertentu, Adakah Bid’ah?

February 21st, 2007 by ainohikari


Selalu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan menetapkan amalan
pada waktu-waktu tertentu ini dijadikan sebagai alasan untuk membid’ah
sesuatu amalan. Berhubung dengan perkara ini ada dua situasi yang perlu
diambil perhatian:

1. Menentukan amalan pada hari-hari yang mempunyai kelebihan
tertentu. Dalam Islam sememangnya amalan seseorang itu kadang-kadang
Allah swt memberi ganjaran berbeza mengikut waktu yang berbeza. Sebagai
contoh yang jelas solat berjamaah lebih afdhal dari solat bersendirian,
puasa Sunat pada hari panas dan terik adalah lebih utama, bersedekah
pada bulan Ramadhan ganjarannya lebih besar, berpuasa pada bulan haram
lebih fadilatnya, hadir lebih awal ke masjid pada hari Jumaat lebih
besar pahalanya, terdapat satu ketika pada hari Jumaat yang doa
dimakbulkan ALlah dan lain-lain lagi. Kelebihan-kelebihan waktu
tersebut telah thabit daripada Rasulullah saw. Sehubungan dengan itu
ada dua kaedah beramal pada waktu-waktu yang telah thabit kelebihannya
berbanding waktu-waktu yang lain:

a. Beramal bersandarkan kepada nas-nas yang khusus tentangnya
seperti puasa pada hari kesepuluh Muharram, puasa pada hari Wukuf,
solat tarawih pada bulan Ramadhan dan lain-lain. Maka bila kita
melaksanakan puasa atau solat pada waktu-waktu tersebut perlulah
diniatkan dengan niat khusus seperti Puasa 10 Muharram dan 9 Zulhijjah,
solat tarawih dan lain-lain.

b. Beramal bersandarkan kepada nas-nas yang umum iaitu seperti solat
sunat atau puasa sunat atau zikir atau membaca al-Quran. Kesemua amalan
solat sunat, puasa sunat, zikir atau membaca al-Quran ini boleh
didirikan pada bila-bila masa kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan
oleh ALlah swt seperti solat sunat selepas subuh, puasa sunat pada hari
tasyrik, zikir secara lafaz dalam tandas dan membaca al-Quran sewaktu
berhadas besar. Oleh itu sekiranya kita ingin melakukan ibadat-ibadat
yang bersandarkan pada nas-nas umum seperti ini pada hari-hari yang
tertentu seperti malam Nisfu Sya’ban dan lain-lain, maka tidak boleh
diniatkan dengan niat khusus seumpama ’sahaja aku solat sunat Nisfu
Sya’ban’ sebaliknya niat ’sahaja aku solat sunat (mutlak) atau solat
sunat khusus yang lain. Demikian juga jika kita membaca Yaasin sebanyak
3 kali maka niatkan sebagai membaca al-Quran secara mutlak bukan
sempena Nisfu Sya’ban dengan harapan segala amalan tersebut dapat
membersihkan dosa kita pada malam yang dijanjikan keampunan oleh ALlah
swt. Sekiranya kita melipat-ganda amalan pada malam tersebut melebihi
malam yang lain maka tiadalah dilarang. Seperti juga pada 10 malam
terakhir bulan Ramadhan iaitu antara malam Lailatul Qadar, maka kita
berniat dengan niat membaca al-Quran, zikir atau solat yang tidak
disandarkan pada Lailatu Qadar. Tidak boleh berniat ’sahaja aku solat
sunat Lailatul Qadar’, kerana tidak ada solat sunat seumpamanya, tetapi
solat sunat (mutlak) atau solat-solat khusus seperti tahajud, witir dan
lain-lain. Moga-moga amalan yang dilakukan pada waktu-waktu yang
mustajab seperti Lailatul Qadar dan Nisfu Sya’ban itu pahalanya akan
lebih berlipat-ganda daripada membaca al-Quran, zikir dan solat sunat
pada waktu yang lain.


Maka jika kita beramal seperti kedua-dua cara di atas pada waktu-waktu
yang tertentu berdasarkan nas khusus dan nas umum, tidak boleh disebut
amalan-amalan tersebut bid’ah.

2. Menetapkan amalan untuk tujuan-tujuan yang baik seperti
mendisiplinkan diri, memupuk ukhuwah dan lain-lain selama mana tidak
menentukan niat khusus amalan dan balasan-balasan khusus tentang amalan
tersebut, maka ia adalah harus. Contohnya jika seorang yang berhasrat
untuk menghafaz al-Quran menentukan dia akan membaca surah-surah
tertentu selepas solat. Demikian juga menentukan membaca juzuk pertama
dalam solat-solatnya pada hari pertama setiap bulan kemudian membaca
juzuk kedua dalam hari kedua berikutnya sehingga habis 30 juzuk setiap
bulan dengan tujuan menjaga hafazannya, maka ia adalah diharuskan.
Begitulah juga membaca Yaasin pada malam Jumaat dengan tujuan
mendisiplin ahli-ahli Kariah dan memupuk ukhuwah selama mana tidak
menthbitkannya dengan amalan khusus, maka tiada menjadi satu kesalahan.


Wallahu’alam

ITTIBA’ SALAF, SALAFI & MUTASALLIF : SIAPAKAH YANG KE SYURGA ?

February 18th, 2007 by ainohikari

ITTIBA’ SALAF, SALAFI & MUTASALLIF : SIAPAKAH YANG KE SYURGA ?

Membaca article tulisan Ustaz Zamihan di dalam utusan yang bertarikh 12 Febuari lalu[1],
pemikiran ini melayang mengingati kepada satu tulisan ilmiyyah
berkenaan hadis “tuntutlah Ilmu, walau ke negeri cina”, sebagai “ulasan
balik” dari kenyataan Mufti Perlis Muda di TV 1 bersama Johan Jaafar
yang lalu.

Tulisan beliau kali ini juga tidak kurang menariknya,
iaitu beliau membincangkan berkenaan “fahaman At-Tabdi’ yang telah
mengancam Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah”.

Membaca tulisan tersebut,
diri ini tidak berminat untuk mengulas, kerana, memikirkan secara
rasional, kebenaran sememangnya wujud di sebalik tulisan tersebut.

Walaubagaimanapun,
melayari laman web “al-ahkam” dan melihat ruangan forum dalam
membincangkan article ustaz Zamihan tersebut, aku mula merasakan betapa
dendamnya “geng-geng al-ahkam” kepada Ustaz Zamihan, sehinggakan ada
satu tulisan didalam forum tersebut menggunakan kalimah “pekak badak”
untuk di tujukan kepada ustaz Zamihan.

Mungkin aku adalah orang
baru dalam dunia “alam maya”, tetapi dalam jangka masa yang terlalu
singkat ini, aku dapat merasakan “geng-geng Al-Ahkam” merupakan antara
pengikut kuat Mufti Perlis Muda. Ditambahi pula mereka mendakwa mereka
adalah golongan “tajdid” yang sudah diketahui di peringkat universiti,
tetapi tidak diketahui di peringkat nasional.

Alasan dakwah
mereka adalah, mereka mendakwa mereka adalah golongan yang dikatakan
sebagai salafi, iaitu kelompok manusia yang mengikut golongan salaf
as-soleh.

Aku mula terfikir, mengapa mudah mendakwa bahawa
mereka adalah “mujaddid” sedangkan sesuatu gelaran itu tidak boleh di
berikan kepada diri sendiri.

Imam As-Syafii yang di kenali
kealimannya tidak pernah mendakwa dirinya sebagai “Al-Imam”, tetapi
disebabkan kealimannya yang telah di nilai oleh ulama-ulama mu’tabar,
menyebabkan beliau di gelar sebagai Al-Imam.

Imam Al-Bukhari
telah mengarang kitabnya yang masyhur yang bernama “sahih Al-Bukhari”
atau nama penuhnya “Al-Jami’ As-Sahih Al-Musnad min Hadith Rasulillah
SAW wa Sunanihi Wa Ayyamihi”. Kitab tersebut di isytiharkan
kesahihannya sehingga di iktiraf sebagai kitab kedua tersahih selepas
Al-Quran. Kesahihan kitab tersebut, bukanlah dari dakwaan Imam
Al-Bukhari sendiri, tetapi telah di iktiraf oleh Imam yang hebat juga,
iaitu Imam Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Mu’in dan beberapa ulama
muktabar di zaman tersebut. ini di akui oleh Abu Jaafar Al-‘Aqili[2].

Kalau
seseorang itu dilihat sebagai Alim, tetapi tidak pernah diisytihar
kealimannya oleh orang alim juga, maka hakikatnya orang itu bukan orang
alim. Kealiman seseorang itu perlu di nilai dan di isytihar oleh orang
Alim juga, maka barulah orang itu dikatakan sebagai orang Alim.

Maka begitujugalah “mujadid”; siapakah yang mengisytiharkan bahawa gerakan mereka ini sebagai gerakan “Tajdid”?

Orang-orang arab terdahulu ada berkata;

إنما يعرف ذا الفضل من الناس ذووه

Maksudnya;
          “Hanyasanya mengenali orang yang mempunyai kelebihan daripada manusia adalah  orang yang ada kelebihan (juga)[3]

JANGAN JADI MUTASALLIF

Mutasallif
adalah kalimah yang dimasyhurkan oleh seorang ulama besar dari Negara
Mesir yang bernama As-Syaikh Zaki Ibrahim didalam bukunya yang bertajuk
“ ‘Usmah An-Nabi ”[4].

Mutasallif
adalah “isim Fail” yang memberi maksud “orang yang berpura-pura
salafi”, seperti kalimah “صائم” yang mengandungi makna “orang yang
puasa”, tetapi “متصوم” mengandungi makna “orang yang berpura-pura
puasa”.

Rata-rata golongan yang mendakwa mereka sebagai salafi,
apabila dilihat kepada amalan dan penghujahan dalil, di fahami bahawa
mereka bukanlah salafi, tetapi mereka adalah mutasallif. Ini kerana,
jika di perhatikan dari sudut penghujahan dalil, banyak hujjah-hujjah
mereka tidak “berpijak” kepada penghujahan yang tepat.

Mereka
sekadar beristidlal dari beberapa nas dan dalil, tanpa mempunyai
syarat-syarat “mustanbit” (orang yang layak mengeluarkan hukum).

Semasa
belajar di Mesir, aku tinggal bersama rakan-rakan dari Indonesia yang
mendakwa mereka sebagai salafi. Setelah berkawan dengan mereka beberapa
ketika, didapati mereka mudah mengeluarkan hukum dengan semata-mata
membaca beberapa ayat Al-Quran dan beberapa Hadis, sedangkan mereka
sendiri mempunyai kelemahan didalam memahami Bahasa Arab dari sudut
Nahu dan Sorofnya.

Pem“bidaah”an secara “membabi buta” tanpa melihat kepada perkara yang dibidaahkan merupakan amalan “mutasallif”, bukan salafi.

Ini
kerana, didalam pengajian Fiqh, mengetahui sesuatu yang hendak
dihukumkan itu perlu diketahui terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukum.

Kaedah fiqh;

الحكم على شيء فرع عن تصوره

Maksudnya;
          “Hukum atas sesuatu adalah satu furu’ daripada gambarannya[5]

Seorang
Tuan Guru yang buta; tidak pernah menonton TV semenjak di lahirkan; di
tanya berkenaan hukum menonton TV. Memandangkan sesuatu hukum yang
dijatuhkan perlu mengetahui terlebih dahulu benda yang hendak
dihukumkan, dia telah meminta dari “mustafti” (orang yang bertanya)
agar mendatangkan TV kepadanya.

Ketika TV berada didepannya, dia meraba-raba TV tersebut, dan dia tidak boleh menjatuhkan hukuman.

Apabila
dipasangkan TV tersebut, terbunyi bacaan Al-Quran, maka guru tersebut
terus mengatakan bahawa hukum menonton TV adalah sunat.

Melihat
kepada fatwa Tuan Guru Buta tersebut bahawa hukum menonton TV adalah
sunat adalah hukum yang tidak berapa tepat. Ini kerana, menonton TV itu
sendiri mempunyai berbagai-bagai kategori. Menonton AF tidak sama
hukumnya menonton Al-Kuliyyah. Menonton Malaysia Idol tidak sama hukum
menonton Forum perdana Ehwal Islam (walaupun hukumnya sudah hampir sama
sebab ahli penal perempuan sudah bertabarruj) dan sebagainya.

Mengharamkan
amalan bidaah yang dilihat oleh ulama sebagai bidaah dibawah kategori
amalan khilafiyyah juga bukan dari amalan salafi, tetapi ianya adalah
amalan mutasallif.

Ini kerana, sikap sebegini seakan-akan telah menafikan kaedah Fiqh yang menyatakan;

أن الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد

Maksudnya;
          “Sesungguhnya sesuatu Ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan Ijtihad (yang lain)[6]

Imam
As-Sayuti menyatakan didalam kitabnya “Al-Asybah Wa An-Nazair” bahawa
sepertimana yang dinukilkan oleh Ibnu As-Sibagh, kaedah ini telah
diijmakkan oleh para sahabat. Sesungguhnya Abu Bakar (As-Siddiq) pernah
berhukum dalam sesuatu masalah. Hukuman tersebut telah menyalahinya
oleh Omar bin Al-Khattab[7].

SALAFI ADALAH MARHALAH MASA, BUKAN MAZHAB ISLAM

Kelahiran
kalimah “salafi” bukanlah satu perkara yang pelik, ini kerana, kalimah
tersebut merujuk kepada istinbat dari sabda Rasulullah SAW;

خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم يأتي قوم تسبق أيمانهم شهادتهم وشهادتهم أيمانهم

Maksudnya;
“sebaik-baik manusia adalah pada zamanku, kemudian orang-orang
berikutnya, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian orang-orang
berikutnya, kemudian datang satu kaum yang didahului sumpah mereka
daripada penyaksian mereka, penyaksian mereka adalah sumpah mereka[8]

Hadis
ini menerangkan kelebihan golongan yang terdahulu. Kelebihan mereka
adalah kerana mereka mempunyai “kehampiran masa” dengan Baginda SAW.

Ekoran
mereka merupakan golongan yang terawal, mereka memahami maksud Nabi SAW
dengan sebenar-benar pemahaman, tanpa perlunya mewujudkan “kaedah
pemahaman” atau “turuq Al-Istinbat” dari Al-Quran dan Al-Hadis.

Setelah
kewafatan Nabi SAW, perkembangan Islam telah berjaya memaut hati
manusia yang menganut pelbagai agama, maka Islam sudah di anuti oleh
bekas-bekas penganut agama seperti Nasrani, Yahudi, hindu dan
sebagainya.

Dengan perkembangan baik ini, golongan-golongan baru
dengan islam mula membandingkan agama ini dengan agama-agama anutan
mereka terdahulu sehinggakan lahirlah perdebatan di kalangan mereka
yang sebahagian besarnya melibatkan sahabat-sahabat baginda SAW sendiri.

Tidak
dinafikan juga, ada sebahagian dari penganut-penganut baru islam ini,
walaupun sudah memeluk Islam, tetapi mereka masih cenderung kepada
ajaran-ajaran lama mereka, sehinggakan ajaran yang mereka cenderungkan
itu di lebelkan sebagai Islam juga[9].

Ekoran
dari keadaan sebegini, menyebabkan lahirnya “kaedah-kaedah pemahaman”
atau “turuq al-istinbat” yang betul bagi memahami kehendak nas dengan
sebenar. Maka dengan demikian, lahirlah mazhab-mazhab didalam Islam
untuk memahamikan maksud sebenar yang dikehendaki oleh Nas-nas syarak.

Memahami
dari ulasan ini, salafi bukanlah satu mazhab islam, tetapi salafi
adalah satu marhalah masa yang mana di sana terdapat mazhab-mazhab
islam yang telah menyediakan “turuq al-Istinbat” bagi menjadikannya
sebagai “alat” untuk generasi akan datang dalam memahami nas-nas
syariat.

Dengan demikian, mendakwa diri ini sebagai “salafi” adalah salah, tetapi ungkapan yang paling tepat adalah “ittiba’ salaf”.

Mendakwa
diri ini sebagai bermazhab Salafi adalah satu kemungkaran dan jenayah
didalam syariat Islam yang dikategorikan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buti
sebagai “BIDAAH” yang tidak di redhai oleh Allah[10].

PENUTUP

Ulasan
ringkas ini bukanlah untuk meremeh-remehkan dakwaan dari pihak
tertentu, tetapi ulasan ini sekadar untuk memberi gambaran sebenar
disebalik dakwaan tersebut.

Tulisan ini juga, bukan membela
tulisan Ustaz Zamihan dan meremehkan golongan yang menyanggahinya,
ataupun sebaliknya, tetapi tulisan ini adalah untuk mencari titik
pertemuan disebalik perselisihan antara kedua-dua kelompok.

Mudah-mudahan kita tidak berada dibawah kategori manusia yang dikatakan sebagai “Syok sendiri” dengan dakwaan kita.

Yang paling utama disisi kita adalah ;

Marilah kita melawan penjajah yang telah menjajah system kehidupan, pemikiran dan ilmu kita !!!!!!!!!

Takbir !!!!!!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

darul-fiqh

Kisah Rasulullah SAW dengan Pengemis Buta

February 16th, 2007 by ainohikari

"Di sudut pasar Madinah ada
seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada
setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati
Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir,
apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun,
setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan
makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak
mengetahui bahwa yang menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah
wafatnya Rasulullah SAW,  tidak ada lagi orang yang membawakan makanan
setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat
terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya
Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan
merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya  kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan

kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang
ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun
yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung
pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis
Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan
membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.
Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan
makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang
yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku",
bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini
memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang
yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi
terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu
melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia
menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku
memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia
itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar
penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia
begitu mulia…. "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di
hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu
menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani
kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah
setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau
adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus
persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani
sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita
sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila
kamu mencintai Rasulullahmu…"

Tidur sebagaimana sunnah Rasullullah

February 15th, 2007 by ainohikari

"Seorang yang berusia 60
tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk
tidur
.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah
swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan
dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat
mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1.

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan
adalah syurga.

2.
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3.

Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4.
Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5.

Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.
Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8.
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak
lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw
, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina.

Tidur
bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,
Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar
benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan
marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika
kita bersetubuh dulu.”

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika
salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur
sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika
mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia
sedang mencaci dirinya sendiri”
.

Islam mementingkan
tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan
dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan
menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur
bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia
memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk

Sebaik-baik
gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk
mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada
gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan
perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan
sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda
cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat
berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik
sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula
perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda
melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus
mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak
melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah
dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika
ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu
terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan
seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering
mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya
dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke
seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan
baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .
5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda
juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali
sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun
awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah
terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada
Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya
kami akan dibangkitkan”
Kemudian lakukan sedikit regangan untuk
melonggarkan otot-otot badan .

"

Di Sebalik Wajah – Antara Hati, Peribadi, Dan Gaya

February 13th, 2007 by ainohikari

Dialog Satu:

Eh! Shima… Cantiknya kau hari ini. Fesyen baru nampak. Fuh! Jeans baru. Fit habis…
 

Em, iye ke? Em, thanks.
 

Dialog Dua:
 

Nama awak Fahdli kan?
 

Ye, nama saya Fadhli.
 

Saya
terpaksa mendenda awak kerana memakai baju round net (tidak berkolar).
Sebagai seorang pelajar di sini, sepatutnya awak sedia maklum akan
peraturan ini bukan?

Dialog Tiga:
 

Weh Diana, cuba kau tengok mamat tu… Kaya gila, baru masuk semester dua kat sini dah bawa BMW.
 

Mana kau tahu dia kaya? Mana tahu tu kereta family dia ke apa ker?
 

Itu
tak penting, tapi, yang penting, gaya dia tu menunjukkan dia mesti
orang kaya. Mesti ‘grand’ kalau aku jadi girlfriend dia…

Dialog Empat:
 

Peh! Rock habis beb gaya lu malam ni. Ni baru gua respect…

Ceh! Baru lu tau sapa gua sekarang arr…

Inilah
dia hakikat ‘life style’ hari ini. Hakikat remaja dan belia masa kini.
Penampilan dan gaya adalah element penting dalam kehidupan masa kini.
Tidak dinafikan, ianya memang penting. Gaya dan penampilan memang
penting.

Gaya
dan penampilan menunjukkan kematangan dan keperibadian sesorang
individu. Ianya memperlihatkan apa yang tersirat di hatinya. Dalam
bentuk persembahan melalui kaedah style berpakaiannya. Penampilan dan
karaktor yang baik, menunjukkan peribadi yang baik. Begitulah
kebiasaannya.

 

Namun, pada penilaian sipakah status baik dan buruk itu semua…?
 

Dalam
kita sibuk menjaga gaya dan penampilan, setakat manakah kita
benar-benar dipandang cantik dan hebat agaknya? Adakah cukup sekadar
cantik dan nampak grand di mata manusia? Dengan gaya sophisticated atau
modern style-nya. Memang sebahagian manusia memandang semua itu terlalu
tinggi. Namun, satu pandangan yang amat penting, yang tidak wajar kita
ketepikan. Bagaimana penilaian Allah s.w.t. terhadap gaya kita itu?

 

Inilah
yang sering kita terlupa ataukah mungkin sengaja dilupakan. Pernahkah
kita memikirkan perihal penampilan diri kita ini samaada dipandang baik
atau tidak di sisi Allah s.w.t.? Inilah penilaian pemakaian (standard)
yang paling utama yang perlu kita dahulukan dalam menentukan gaya
(etika) berpakaian. Penilaian Allah s.w.t. adalah perkara paling
penting menentukan kita ini mulia atau sebaliknya.

 

Sama-samalah
kita nilai samaada style berpakaian kita menepati standard Allah s.w.t.
atau pun tidak. Apakah standard Allah s.w.t. itu? Di mana kita perlu
merujuknya? Ya, iaitulah al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Janganlah sekali-kali kita mengabaikan rujukan utama kehidupan kita itu.

 

Ya,
rujukan dari dua sumber inilah yang sering kita abaikan. Walhal, inilah
manual kehidupan kita. Oleh itu, pastikanlah standard berpakaian kita,
tidak kira lelaki mahupun wanita, hendaklah melepasi (lulus) apabila
disemak dengan dua sumber itu. Pernahkah anda semak? Kalau belum
pernah, sama-sama lah kita semak. Ajak kawan-kawan yang lain sekali.
Dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih arif (berilmu).

 

Lihatlah
kecantikan dan hakikat keindahan panduan fesyen pakaian yang sebenar
yang digariskan oleh Allah melalui al-Qur’an dan Hadis Rasul-Nya.
Tidaklah patut sebagai insan yang beriman dan normal daya fikirnya,
menidakkan keindahan serta kesyumulan panduan tersebut…

 

Sebagai penutup, perhatikan maksud hadis ini;
 

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
 

 

Di
samping penampilan kita, Allah menitikberatkan kesucian hati kamu yang
sentiasa menjaga keikhlasan dalam menekuni dan mencermati perjalanan
mencari keredhaan Allah. Dengan hati yang bersih yang penuh keimanan,
maka-nya lahirlah amalan-amalan yang baik dari diri kita semua.
InsyaAllah.
 

 

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):

 

Wahai
anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan;
dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. yang demikian
itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
(al-A’raaf: 26)

 

 

Ketaqwaan
di sini adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara
keseluruhannya (dengan ilmu yang sihat). Meliputi semua aspek dan tidak
hanya dalam etika berpakaian. Maka-nya, daripada ketaqwaan itulah…
lahirnya kehebatan penampilan diri yang sebenar samaada di sisi Allah
s.w.t. sendiri atau pada penilaian manusia yang beriman dan insan-insan
yang lainnya.
 

 

Allahu ‘alam…

 

sumber asal

Peringatan Besar utk Kaum Hawa

February 5th, 2007 by ainohikari

Dipetik dari Kitab
Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke
dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka
tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW. "Siapa yang
dipintu itu?" Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali.
Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala
Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal
keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka
kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah
bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau
menangis?"
   
Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa
sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan
daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah
pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis
kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
   
Maka sabda Rasulullah SAW.;   
   
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung
dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah
mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya
daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan
dituangkan air panas ke dalam lehernya
; dan
   
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya
.
(Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat
pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak
(mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu
dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung
lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya
dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular
dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya
; dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung
hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api
neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke
dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar
; dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung
hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga
ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka
; dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
   
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
   
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa
anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar
daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul
mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

   
Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;   
   
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka
itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan
itu?"
   
Maka sabda Nabi SAW.;   
   

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak
kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya
daripada lelaki yang haram memandang dia,

   

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka
yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

   

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya
ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada
izin suaminya.

   

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam
kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah
dengan tiada izin daripada suaminya.

   

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan
api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa
sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada
memperhiasi bagi suaminya.

   

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat
akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada
ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan
kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan
meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada
hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan
daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

   

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan
kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya
ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher
suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina
dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

   

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan
tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

   

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam
mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia
adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit- ungkit pemberian
atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

   
SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN. Allahu A’lam   

Komen terhadap artikel: Sikap terhadap pemerintah tulisan Dr Mohd Azri

January 30th, 2007 by ainohikari

Respon @ Ulasan
Oleh Abu Abdillah

Tiga perkara penting yang diabaikan oleh Dr Asri ketika menulis tentang wajib taat kepada pemimpin. 
  1. Menterjemahkan sebahagian nas dan meninggalkan sebahagiannya.
    Belitu tidak menterjemahkan keseluruhan nas imam nawawi bahkan
    meninggalkan nas yang cukup penting berkaitan dengan makna hadis.
    Antara nas yang diabaikan berbunyi:
وتقدم قريبا ذكر اللغات الثلاث في الأثرة , وتفسيرها , والمراد بها هنا : استئثار الأمراء بأموال بيت المال .
Maksudnya;
“Terdahulu sebelum ini penyenaraian 3 makna ( الأثرة ) “mementingkan diri” serta penafsirannya. Yang dikehendaki dengan perkataan ( الأثرة
) “mementingkan diri” di dalam hadis ini ialah: pemimpin-pemimpin yang
mementingkan diri dengan menggunakan harta baitulmal (dengan
sewenang-wenangnya).
Hadis
ini tidak bermaksud umum yang merangkumi pemimpin-pemimpin yang tidak
menjalankan dasar Islam serta manafikan hukum Islam. Kerana jika
memasukkan pemimpin yang zalim dan menafikan hukum Islam di dalam
kategori hadis ini, maka ia adalah penafsiran melalui akal yang tidak
bersandarkan kepada kaedah yang betul. Hadis ini menyebut dua sifat
pemimpin yang tidak boleh digulingkan:
1.         الأثرة: pemimpin yang mementingkan peribadi di dalam penggunaan harta baitulmal sebagaimana yang disebut oleh imam muslim.
2.         أمور تنكرونها:
perlakuan pemimpin yang diengkari. Ia tidak memberikan erti kerajaan
yang tidak menjalankan hukum Allah S.W.T. serta menafikannya. Tetapi ia
bersifat perkara yang tidak disukai oleh orang ramai atau pihak
tertentu.
Adapun
kerajaan yang zalim dan kufur. Maka hukumnya berbeza dengan pemimpin
yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Jika kerajaan zalim, maka
berdakwah dengan menasihatinya dengan kata-kata yang baik adalah salah
satu langkah ke arah mengubahnya. Tetapi antara langkah yang diharuskan
juga bahkan diletakkan priority pertama ialah mengubah dengan tangan,
iaitu mengubah dengan kuasa dan kekuatan yang ada sebagaimana hadis
riwayat muslim.
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبلقبه، وذلك أضعف الإيمان.
Maksudnya;
“Barangsiapa
melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika
ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, jika ia
tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Yang demikian
itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”

3.         
Silap menterjemahkan makna ولا يخرج عليه yang disebut oleh Imam Nawawi.
Ia
bukan bermaksud "keluar menentang", tetapi dengan maksud melawan dengan
kekerasan seperti pedang dan seumpamanya semata-mata untuk mengubah
pemimpin yang mementingkan diri kerana perkataan خرج yang menggunakan huruf jar على
memberikan erti peperangan dan kekerasan persenjataan. Darisudut
pertimbangan feqah, Mudharat peperangan dan kekerasan adalah lebih
besar daripada sikap mementingkan diri pemimpin Islam yang menjalankan
hukum hakam Islam. Tetapi jika mudharat yang dilakukan oleh pemimpin
itu besar seperti menggadaikan hak rakyat dengan menjalankan sistem
yang bukan Islam (seperti melakukan Hima dan menafikan hukum Ihya’
Al-Mawat) sehingga golongan peribumi (setinggan) terhalau di bumi
sendiri, maka ia bukan lagi termasuk kategori pemimpin yang الأثرة
yang dimaksudkan di dalam hadis, maka cara menegurnya setimpal dan
sepadan dengan tindakan kerajaan itu sendiri. Bahkan pertembungan
antara hak dan batil adalah wajib jika kerajaan terus berada di dalam
kezaliman dan kekufuran. Firman Allah S.W.T:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتْ الْأَرْضُ
Maksudnya;

“Dan
kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka)
dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak
binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya
kepada sekalian alam.”
Ayat ini bersempena kewajipan perang golongan beriman dengan golongan kufur di dalam kisah Jalut dan Talut.

4.        
Menyandarkan manhaj para salaful soleh tanpa fakta yang kukuh.
Antara
para salaful soleh yang terang-terangan menentang pemerintah cukup
banyak disenaraikan di dalam sejarah Islam. Antaranya:
  1. Said Al-Musayyab:
    merupakan ulama tabiin yang paling alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof
    Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah adalah
    tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui
    baiah yang betul. Adakah Said Al-Musayyab silap kerana tidak berjumpa
    dengan khalifah dan menyatakan "perlantikan anda tidak sah" dan "tidak
    memegang tangan (penguasa itu) dan bersendirian dengannya",  bahkan
    sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan
    Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.
  2. Imam Ahmad bin Hambal:
    Menolak serta menyatakan keburukan pegangan khilafah pada masa itu
    berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja
    menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada
    itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain
    yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir
    terbunuh. Jika "mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar
    tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf kerana ia boleh membawa kepada
    porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf, nescaya imam
    ahmad dan ulama sezaman dengannya menyembunyikan hakikat al-Al-Quran
    adalah kalam Allah S.W.T. yang qadim.
  3. Imam Nawawi:
    Fatwanya jelas dan diketahui umum bahawa mengenakan cukai daripada
    rakyat adalah haram. Fatwanya ini mempengaruhi orang ramai sehingga
    berlaku tekanan kepada sultan zahir bebrus yang ketika itu memerintah
    kerajaan mamalik mesir menentang tentera monggol. Kenapa Imam Nawawi
    tidak menyembunyikan fatwa haram mengutip cukai dan mengambil sikap
    berdiam diri selepas Sultan Zahir bebrus menolak fatwa imam Nawawi?
Di
sana masih banyak contoh-contoh yang lain menunjukkan tindakan ulama
menentang kebatilan pemimpin di zaman mereka secara terang-terangan,
bukan secara bersembunyi dan bersekongkol dengan pemimpin. Bahkan ada
dikalangan mereka yang menolak jawatan-jawatan kerajaan sehingga
dipenjarakan kerana menolak jawatan qadhi kerana jawatan tersebut
dijadikan platform untuk menarik pengaruh orang ramai menyokong dasar
kerajaan yang zalim sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam Abu Zahrah
di dalam kitabya Tarikhnya.
Antara
perkara terpenting yang perlu kita fahami ialah, perbezaan antara orang
Islam yang memegang pemerintahan Islam di zaman lampau dan zaman
sekarang. Orang Islam (khalifah-khalifah) Islam di zaman lampau
dianggap sebagai zalim kerana mereka tidak menjalankan hukum Islam yang
menjadi perlembagaan negara. Sebagaimana hajjaj bin yusof membunuh Said
Al-Musayyab kerana dakwaan Bughoh tanpa membicarakannya menurut
undang-undang Islam yang menjadi paksi kepada sistem negara. Tidak
pernah berlaku di zaman lampau orang Islam memerintah berteraskan
sistem rom atau sistem parsi atau sistem monggol atau sistem selain
Islam. Yang berlaku ialah tidak melaksanakannya, bukan tidak
berteraskan sistem Islam atau meragui keadilannya. Dan inilah yang
diistilahkan sebagai pemerintah yang zalim.
Tetapi
di zaman ini menyaksikan suasana yang amat berbeza, di mana orang Islam
memerintah dan menggubal sistem negara berteraskan sistem samada barat
yang sekular atau rusia yang ilhad, atau mencampurkan sistem Islam
dengan sistem yang selainnya. Sesuatu yang tidak pernah disaksikan oleh
sejarah.
- Abu Maryam.
         Kaherah.
NAS ASAL DR ASRI.
Sikap Terhadap Pemerintah
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ
إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (٥٩)
Wahai
orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa)
dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik
(bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa’: 59)
“Daripada
‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda:
Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap individu
muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak
diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan
maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat
itu).” (Riwayat Bukhari, jil.: 6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.:
1469)
“Daripada
‘Abdullah Bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya
kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan
kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada
pemerintah).
Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah?
Sabda
Baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada Allah hak
kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, jil: 6, no.: 2588 dan Muslim, jil:3,
no.: 1472)
Al-Imam an-Nawawi r.h. (w.: 676 H) berkata:
“Berhubung
dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka, ia diharamkan
menurut ijmak dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak kaum
Muslimin walaupun mereka fasiq lagi zalim. Hadith-hadith yang telah aku
sebutkan amat jelas. Ahli sunnah sepakat bahawa pemerintah tidak boleh
digulingkan disebabkan fasiq (melakukan maksiat).” (an-Nawawi, Syarh
Sahih Muslim, jil.: 12, m.s.: 540)
Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat
Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya
Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga
perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak
menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan
menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia
memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tiada faedah)
membazirkan harta dan bayak bertanya (yang bukan-bukan).” (Hadis
Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169)
Adab menasihati Pemimpin
“Sesiapa
yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya
secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya
(penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan
aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak,
dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat
Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh
al-Albani ketika mentahqiq kitab al-sunnah, m.s.: 507)
Menasihati Dengan Berterusan
Al-‘Azhim al-Abadi r.h. berkata:
“Para
ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur
hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib
melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang
mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, jil: 11, m.s.: 330)
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Jihad
yang paling afdhal ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang lain:
Yang benar – terhadap pemerintah yang zalim ayat ketua yang zalim.
(Riwayat an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 161, Abu Daud, jil.: 4, m.s.: 124,
al-Tirmidzi, jil.: 4, m.s.: 471 dan ibn Majah, jil.: 2, m.s.: 1329.
Juga disahihkan oleh al-Albani)
Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:
“Mengheboh
dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj
al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan
hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.
Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.
Sebaliknya
jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka
dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka
atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.”

Dr. Soleh bin Fauzan berkata:

“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.”

Firman Allah s.w.t.:

وَإِذَا
جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الأمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ
رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الأمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ
الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَتُهُ لاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلا قَلِيلا (٨٣)
Dan
apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka
kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada -
"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal
itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia
Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas)
menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh
imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)
Tugas
ini bukanlah tanggungjawab setiap individu. Cara menggembar-gemburkan
kemungkaran (kesalahan) pemerintah bukanlah suatu nasihat dan bukan
juga manhaj salafus soleh.
Walaupun
niat pelakunya itu baik, iaitu untuk membantah kemungkaran namun
perkara itu lebih mungkar daripada maksiat yang dibantah. Ini kerana,
bantahan yang dilakukan itu tidak mengikut apa yang disyari’atkan
melalui al-Qur’an dan as-Sunnah. (Ibid, m.s.: 124)
Kemungkaran
itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang berkesan
mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu hanya
menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu.

Para
ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan
oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah mamki hamun, mempersenda
dan mencerca pemerintah.

Kata-kata mereka padat, tegas dan kadangkala keras. Ia dilakukan secara bersemuka.
Allah memerintahkan Musa dan Harun agar menasihati Firaun dengan cara yang baik.
Jika
firaun yang melampaui batas itu pun diseru dengan cara yang baik,
apatah lagi jika berhadapan dengan pemerintah muslim pada masa kini.
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (٤٣)فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (٤٤)
"Pergilah
kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam
kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan
kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha:
43-44)
Landasan
inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu.
Mereka sentiasa sabar dalam menghadapi karenah pemerintah dan
bekerjasama dalam perkara baik.
Sejarah
telah merakamkan watak tegas mereka ini. Walaupun mereka mempunyai
kekuatan dan mendapat sokongan rakyat namun para imam ahli sunnah tidak
pernah menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun ada di kalangan
mereka yang diseksa. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal r.h.
Golongan
ekstrim mungkin menganggap mereka lemah. Tetapi perbuatan mereka itulah
yang dituntut oleh sunnah dan himah. Ini kerana pemerintah yang dicerca
secara terbuka disebabkan perkara agama, mungkin menyebabkan akan
memusuhi agama itu.
Caci
maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam.
Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak
menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara
itu dan menerimanya.

Pemerintah umat ini masih ketandusan
nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para
ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para pemerintah yang
mendengarnya menitiskan air mata.

Para
ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan
dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka
mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah.
Mereka
hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa yang
sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh
pemerintah.
Tidak Bersubahat Dengan Kezliman Pemerintah
Para
ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama
pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat
untuk mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah
membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang
salah.
Ramai
pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada
pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama
dan ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka
untuk kepentingan sendiri.
Keadaan
ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan
fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah.
“Susungguhnya
selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan
pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan
mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku
bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong
kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada
kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat
ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 160 dan
al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani)
Dalam
berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan pendekatan
dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah.
Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam
sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat
yang hendak dicapai.
Setiap
muslim khususnya para ulama hendaklah mengikuti adab dan etika yang
betul dalam berdakwah kepada pemerintah. Kegagalan mematuhi tunjuk ajar
Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadikan kita gagal. Bahkan juga boleh
menjadikan dakwah itu sendiri bersifat mungkar
###
Oleh itu, hadis ini beerti, dalam perkara yang tidak bercanggah berdasarkan perkataan nabi الحق الذي عليكم
iaitu hak yang wajib atas kamu patuhinya. Oleh itu, hak yang wajib
diberikan kepatuhan ialah berkaitan dengan perkara yang tidak termasuk
di dalam kategori maksiat seperti mematuhi peraturan jalanraya, pegawai
memasuki pejabat pukul 8 pagi dan seumpamanya. Bermakna, tidak harus
kita membuat alasan, tak payah ikut peraturan jalan raya dan
seumpamanya kerana kerajaan zalim dan jahat, sebab tujuan taat itu
bukan untuk kepentingan pemimpin tetapi untuk kepentingan awam.
Adapun
perkara yang bercanggah, maka bukan sahaja tidak wajib mematuhi bahkan
wajib berusaha untuk mengubahkan kerana ia adalah mungkar yang
dinyatakan oleh nabi
من رأى منكم منكرا…... imam Abu Hanifah berkata:
لا يجوز الخروج عليه ولكن يجب السعي في تغييره.
  1. Silap menafsirkan makna الخروج على, sebab makna yang dimaksudkan oleh imam muslim ialah menentang dengan kekerasan dan peperangan. Sebab perkataan على
    memberikan erti kekerasan dan kekasaran. Tetapi ia tidak berlaku
    sedikitpun dalam negara kita melainkan kekasaran dan kekerasan dimulai
    oleh pihak kerajaan seperti menangkap, memukul dan seumpamanya.
  2. Penafsiran ayat  فقولا له قولا لينا.
Bermaksud:
1. ajak firaun kepada kalimah tauhid.
2. peringatkan mereka kepada syurga.
3. pangil firaun dengan gelaran bukan nama sebenar.
4. kata lembut dan manis. 
Dr asri hanya menyebut قولا لينا dengan
makna keempat sahaja. Adab kita dalam khilaf yang tidak bercanggah
dengan nas, ialah tidak menyalahkan pihak lain yang  berpegang dengan
pendapat yang lain.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang menyatakan قولا لينا dengan makna kata-kata lembut, adakah menegur dengan kata-kata keras dan tegas adalah salah dari sudut syariat?
Jawapannya adalah tidak: Antara yang menyebut kata-kata lembut adalah peringkat pertama teguran ialah penafsiran hasan Al-Basri
لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه قبل أن أعذر إليه
Sebab jika haram berkata keras dan tegas, nescaya nasnya berbunyi:
لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه ولكن قولا: أعذر إليه
 
Jangan kamu berkata: musnahlah kamu, tetapi carilah kemaafan untuknya.
 
  1. Silap sandarkan salafusoleh.
    1. Said Al musayyab dibunuh sebab mempertahankan fatwa tidak sah khalifah.
    2. Imam
      Ahmad di penjara dan diseksa bersama-sama sahabat sezamannya sehingga
      ada yang terbunuh kerana mempertahankan fatwa makhluk Al-Quran.
    3. Imam
      …….. mati dipenjara kerana menolak jawatan qadhi kerana jawatan
      tersebut dijadikan platform menarik pengaruh orang ramai menyokong
      dasar kerajaan yang zalim. Oleh kerana imam tersebut mahir selok belok
      politik, beliau menolak jawatan tersebut kerana menyedari jawatan itu
      bukan untuk fatwa, tetapi untuk menarik pengaruh masyakat bagi
      menyokong kerajaan, seterusnya dapat mengekalkan kuasanya.
    4. Imam
      Abu Hanifah: bertembung dengan Ulama kerajaan pada masa itu (Ibnu Abi
      Laila) dalam ‘membodek’ kerajaan. Beliau beberapa kali difitnah
      sehingga dipenjarakan disebabkan ketegasan menegur kerajaan.
       
  1. Makna zalim, fasik dan kufur.
  2. Periority tegur pemimpin.
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، وإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان
Antara
bukti ajakan pemimpin kufur dan zalim dengan kalimah lembut ialah
kandungan surat Rasulullah S.A.W. kepada pemimpin dunia pada zaman itu.
Antaranya ialah surat kepada raja parsi. Tetapi apabila raja parsi
menolak dengan angkuh dan bertindak mengoyakkan surat nabi, maka nabi
S.A.W. menyatakan "Allah S.W.T. membinasakan kerajaannya sebagaimana ia
membinasakan suratku".
  1. Method
    pengambilan hukum yang digunakan oleh Dr Asri di dalam mengistinbatkan
    seolah menggunakan metodhology zahiri yang hanya melihat makna dan
    maksud umum daripada sesuatu nas tanpa menggunakan kaedah usul yang
    betul untuk memahami nas.

Inilah bid’ah yg sebenar-benarnye…(sensitif nih)

January 29th, 2007 by ainohikari


ana nk bawa hadith riwayat Bukhari no 2695-2696


dari abi hurairah & zaid bin khalid berkata "telah datang seorang arab badwi lalu berkata:

wahai rasulullah,hukumlah kami dgn kitab Allah

lalu berkata org disebelahnya berkata :benar,hukumlah kami dgn kitab
Allah.maka berkata arab badwi tersebut:sesungguhnya anakku adalah
bekerja mengambil upah dengan lelaki ini , kemudian dia telah berzina
dgn isterinya (isteri org yg disebelah arab badwi tadi).maka org ramai
katakn padaku,keatas ankmu hukuman rejam,lalu aku menebus utknya dengan
membayar 100 ekor kmbing dan ank kecil perempuan (seorang hamba
perempuan) .kemudian aku bertanya lagi ahli ilmu maka mereka
mengatakn,sesungguhnya hukuman bagi ankmu adalah sebat 100 kali dan
dibuang negeri setahun.

lantas nabi menjawab:aku akn tetap menghukum kalian berdua dgn kitab Allah.adapun denda ank kecil perempuan dan kmbing tadi,[b]ditolak
.dan keatas ankmu sebat 100 kali dan dibuang negeri setahun,

Wahai Unais pergilah kepada isteri lelaki  ini, jika ia mengaku (telah berzina) maka rejamlh dia.

maka dia pun pergi dan  isteri lelaki tersebut mengaku (telah berzina)

Rasulullah mengeluarkan arahan menghukumnya

lalu ia pun direjam


hadith riwayat bukhari no 2697
"barangsiapa yg mengadakn perkara baru dlm urusan (agama) kami apa yg tiada pdnya,maka ianya ditolak"

…………………………………………….
jika kita amati secara mendalam mesej yg hendak disampaikn dlm hadith ini ckup jelas saling berkait antara satu sama lain.

sahabat nabi pening,bagaimana hendak melaksanakn hukuman keatas anknya
yg berzina dan seorg lagi hukuman utk istrinya yg berzina.

mereka bertanya pada org ramai yg jahil tentang hukum
agama,pndangan yg ternyata salah disisi syara’.mereka menyuruh byr dnda
sekian2…

apabila aduan tersebut didengari oleh Rasulullah,nabi terus mengatakn ianya ditolak.baginda
terus menerangkn hukuman yg syar’ie didalam islam iaitu hukuman
hudud.bujang kalau berzina-sebat 100kali,dah kawin berzina-rejam smpai
mati.

Rasulullah menolak denda2 tersebut kerana bercanggah dgn hukum
hudud.Islam mempunyai hukum sendri utk memelihara manusia.barangsiapa
yg mengubah hukuman tersebut,bid’ah.

samalh senario dunia sekarang yg membelakangkn syariat
Islam.apabila berzina,hkuman dnda sekian2,bunuh kena penjara atau
gntung,curi penjara….padahal hukuman utk kesalahan itu sudah ada dlm
Islam.saja mengubah…

mesej penting didalam hadith ini ramai yg terlepas pndang
bahawasanya mengubah atau mengadakan hukuman selain dari Islam adalah
bid’ah.Rasulullah menerangkn bhwa mengubah atau mengadakn urusan agama
kami padahal tiada dlmnya,maka ditolak.

urusan agama yg paling besar adalah hukumn didalam negara.maka
kalau berlaku penambahan atau perubahan,itulh sebenar2 bid’ah.kerana
ckup syarat.tidak membawa kebaikn dari segi akal dan syara’,bercanggah
dgn usul syara’.

ana berani mengatakn al-ilmaniyyah (mengasingkn urusan agama dgn
dunia) adalah bid’ah yg paling besar dan merbahaya buat masa
kini.perkara yg ditolak terang2an oleh baginda sedang berkuasa dinegara
kita,sedang memerintah negara kita.

mengapa tidak dibid’ahkn sahaja perkara ini?mengapa tidak dilawan habis2an oleh pencinta2 islam?

kalau nk tolak bid’ah,silakn tentang habis2an bid’ah ini.

Ibn Hajar dlm mensyarahkn kedua hadith yg telah disebutkn tadi:


"…barangsiapa yg mereka2 didalam agama,padahal tiada asal dari usulnya,maka tidak dterima aknnya……"

Sabda nabi "jika kamu melihat umatku takut utk
utk berkata;sesungguhnya engkau zalim,maka diterima selamat tinggal
kepadanya
" kanzul ummal no5540


dlm riwayat lain
"……maka perut bumi lebih baik dari mereka"

Rasulullah telah mengingatkn kita supaya jgn takut dgn
kezaliman.pemerintahan yg menjalankn perundangan bid’ah,secara nyata
dia adalh zalim.

mengapa dgn kami begitu punya berani seolah2 juara dlm Islam.akn
tetapi dgn taghut yg menaja kezaliman…senyap!mana pendirian dn
prinsip seorang muslim?

Rsulullah sendri,menyatakn selamat tinggal terhadap golongan
ini.rasulullah sndri telah mencela golongan seperti ini.seolah2 baginda
berkata,kalau penakut,menyatakn kezaliman pun takut,baik tk yah jadi
umat aku,selamat tinggal.baik duk dlm perut bumi.perut bumi lebih baik
dari sipenakut.

jika nk memperjuangkn sunnah,nah!ini sunnah!ini sunnah
perjuangan.ulama’ tidak pernak memperjuangkn seterusnya bertelagah dlm
perkara furu’.mereka mengajar kita,yg perlu diperjuangkn yg usul.bid’ah
yg usul…kerana itulh yg membentuk kesatuan